Wednesday, August 29, 2012

Tukang Masak Siam

Kita biasa dengar orang sebut orang Siam sedangkan yang dimaksudkan itu mungkin sedara-mara kita di Selatan Thai yang sebenarnya ialah orang Melayu dan beragama Islam. Aku sering diajukan soalan oleh pelanggan kedai makan aku tukang masak orang mana? Aku sentiasa menyebut dengan tepat iaitu orang Pattani dan kebiasaannya akan di balas "Ooo... Ore alik sano, patut la sedap". Ore alik sano (orang sebelah sana) juga antara nama feveret masyarakat Kelantan menggambarkan orang Selatan Thai yang berada di seberang sempadan.

Kelebihan tukang masak Selatan Thai ni diakui selain masakannya yang sedap (biasanya dipelajari dari pengalaman dari bawah) adalah kecepatan mereka menyiapkan sesuatu hidangan. Nasi goreng biasa boleh disiapkan dalam masa seminit dua. Selain tukang masak, pekerja kedai makan / kedai tomyam dari Selatan Thai biasanya lebih rajin bekerja dan tidak memilih jenis kerja, semua dibuat dari persiapan bahan basah, persiapan kedai (susun atur meja kerusi), basuh pinggan, cuci lantai kedai, semua sekali boleh diharap.

Kekurangan pula yang paling diketahui ramai adalah bila mana mereka ini pulang ke kampung. Punya la liat nak bleh datang balik walau gaji setinggi mana pun. Ini tabiat yang sukar diubah bahkan menjadi satu pandangan serong masyarakat terhadap pekerja Selatan Thai. Mereka bagus bekerja tapi kebagusan dan kerajinan itu sekelip mata nyaris dilupakan dek kerana tabiat mungkir janji ketika pulang ke kampung. Mesti jugak sekurang-kurangnya sehari cendeng (mengelat). Menjadi satu masalah kepada pengusaha restoran untuk menyatakan hari mula berniaga setiap kali kedai cuti.

Beberapa cara telah dicuba, seperti meminimakan jumlah pekerja di kalangan mereka, contoh tukang masak sahaja diimport, selebihnya pekerja dari penduduk setempat, tapi masalah lain pula dikesan, mereka kurang memberi kerjasama dan sentiasa tidak berpuas hati dengan tahap kerja orang-orang kita. Akhir sekali mogok tak nak memasak. Terpaksa la pakcik sendiri turun padang memasak. Sekurang-kurangnya kedai bukak dan berjalan seperti biasa.

Kedai aku kini 100% menggunakan pekerja Selatan Thai, nak bagi sebulu, tapi mereka la yang jadi bos, takde mereka tak berniaga la aku. Kebanyakkan mereka masih muda, 20-30 an. Yang belum mahir dan ada minat akan cepat belajar dan dapat menjadi tukang masak dengan pantas. Ukhuwah sesama mereka kuat lebih-lebih lagi yang satu kampung.

Kepada orang Selatan Thai yang terbaca entry ni jangan amik hati. Seharusnya diterima dengan lapang. Ini adalah fakta dan pergi la tanya mana-mana pengusaha kedai tomyam pasti ditemui masalah yang sama. Tok sah kata tokey orang sini, tokey abang diaorg sendiri ke, orang kampung dia sendiri ke, masalah tetap sama.

Di sini aku nak nasihatkan khususnya pekerja kedai makan dari Selatan Thai, rancanglah percutian anda. Maklum lebih awal bila nak balik dan rancang betul-betul lama mana nak balik. Sebulan ke setahun ke. Asalkan dirancang dan dimaklum dengan awal. Kita tak kisah nak cuti lama mana, tapi bila tarikh kembali bekerja seperti yang telah dijanjikan sila lah bertugas. Ini adalah amanah. Hidup kita akan lebih bermakna dan diberkati.

Satu yang aku perasan, walau dengan kemahiran dan gaji yang agak tinggi mereka perolehi, jarang dapat mencipta satu kehidupan yang selesa. Aku duk perati mungkin kerana mereka tidak kekal dengan satu kedai yang membolehkan partnership dilakukan. Keduanya mungkin disebabkan hilang keberkatan akibat sering memungkiri janji. Sering kali! Apakan daya, nak berkeras jawabnya sekali mogok, tak berniaga la aku.

Kesimpulannya, kita tengok la sejauh mana dan apakah perancangan aku ni berjaya untuk melalui atau melakukan perubahan kepada masalah ini. Perlukan diwujudkan satu konsortium / agen pembekal pekerja kedai makan. Atau inisiatif dan keistimewaan lain sebagai penggalak atau juga peringatan dan teguran ikhlas dan pandangan dari segi Islam lebih menyentuh jiwa mereka untuk sekurang-kurangnya tepati janji terlebih dahulu. Wallahualam dan semoga Allah melembutkan hati kita semua.

24 comments:

  1. salam..nak tanya kalau ada contact macam mana nak dapatkan tukang masak siam..saya pun menghadapi masalah yang sama...nak mintak tolong dari awak sebab urgent nak pakai tukang masak lepas raya nanti... ni cantact no. saya: 012-5559089. blh sms jer maklumlah hengpon x canggih..hehhe

    ReplyDelete
  2. kalau awak ada kenalan tukang masak thailand boleh contact saya di 013-3993030, saya memerlukan tukang masak ala carte dengan segera. tq

    ReplyDelete
  3. Memerlukan tukang masak thailand. urgent. 0197779865. Amat memerlukan bantuan. tq

    ReplyDelete
  4. Memerlukan tukang masak thailand 0168762140. Bintulu, sarawak.

    ReplyDelete
  5. Berapa gaji sesuai utk tukang masak thailand

    ReplyDelete
  6. Saya memerlukan tukang masak ala Thai & pembantu am bertempat di Ijok. Selangor dengan segera. Kediaman disediakan. Warga Thai dialu-alukan. Hubungi Azman 0197997661

    ReplyDelete
  7. Saya memerlukan tukang masak ala Thai & pembantu am bertempat di Ijok. Selangor dengan segera. Kediaman disediakan. Warga Thai dialu-alukan. Hubungi Azman 0197997661

    ReplyDelete
  8. Kami memerlukan tulang Masak Thai di serdang Selangor

    ReplyDelete
  9. Kami juga memerlukan tukang masak thailand call number ni 01119787279

    ReplyDelete
  10. saya memerlukan tukang masak masakkan thai,pembantu tukang masak,pembancuh air dan pelayan dengan segera...hubungi-01111150401

    ReplyDelete
  11. saya memerlukan tukang masak masakkan thai,pembantu tukang masak,pembancuh air dan pelayan dengan segera...hubungi-01111150401

    ReplyDelete
  12. Kami memerlukan tukang masak thailand. Jika ada hubungi 019313020

    ReplyDelete
  13. Kami memerlukan tukang masak thailand. Jika ada hubungi 019313020

    ReplyDelete
  14. saya memerlukan tukang masak masakkan thai,pembantu tukang masak,pembancuh air dan pelayan dengan segera...hubungi 0123468253.. Di Vistana condo

    ReplyDelete
  15. saya memerlukan tukang masak masakkan thai,pembantu tukang masak,pembancuh air dan pelayan dengan segera...hubungi 0123468253.. Di Vistana condo

    ReplyDelete
  16. saya memerlukan tukang masak masakkan thai dengan segera hubungi 0176589376

    ReplyDelete
  17. Memerlukan tukang masak thai lelaki atau pompuan. Hubungi 0193008154

    ReplyDelete
  18. Memerlukan tukang masak thai segera...tempat tinggal di sediakan
    Sila hubungi kami 0189404507/0197192985

    ReplyDelete
  19. Memerlukan tukang masak thai segera...tempat tinggal di sediakan
    Sila hubungi kami 0189404507/0197192985

    ReplyDelete
  20. Memerlukan tukang masak ..sila hubungi 0162256060

    ReplyDelete
  21. Perlukan tkg masak thai ... lelaki islam
    Sila hubungi 0186630873

    ReplyDelete
  22. perlukan tukang masak lelaki 2 orang, 2 orang tukang buat air & waiter /waitress , 1 orang budak delivery makanan sila hubungi adam 012-2416890 kawasan Taman Segambut (SPPK) 51200 Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  23. Kami perlukan tukang masak laki. Masak masakan goreng Siam... contact 0193903117

    ReplyDelete