Monday, September 30, 2013

Nasi Kak Wook Asli

Di merata tempat di Kota Bharu khususnya, boleh dilihat sign Nasi Kak Wook, Nasi Kak Wok, Nasi Ala Kak Wook ada di merata-rata. Ada yang secara khusus menjual nasi sahaja, ada yang ditambah nilai dari business makanan sedia ada. Siapa Kak Wook?

Diberitakan dari kenalan setempat, Kak Wook telah tiada lagi bersama kita. Berasal dari Lundang. Namun legasinya masih ada disambung oleh anak-beranak. Antaranya di Kubang Kerian, jalan antara Jakel ke Nirwana. Juga terdapat di beberapa tempat lain yang diusahakan oleh keluarga asal Kak Wook.

Branding / Penjenamaan merupakan satu kelemahan kita peniaga Melayu terutamanya. Nama Kak Wook digunakan sewenangnya oleh ramai peniaga yang tidak malu. Dah la takde kene mengene dengan Kak Wook. Yang juruh sikit akan menggunakan Ala Kak Wook. Yang malu nak guna pulak dan yang lebih sesuai menggunakan Nasi Bajet / Nasi Ayam Khopeh. Identiti Nasi Kak Wook adalah gulai ayam yang dipotong kecil serta ayam goreng yang juga dipotong kecil beserta sedikit sambal.

Purata harga antara RM3.00 - RM3.50. Ada juga yang masih menjual pada harga RM2.50. Tidak salah nak jual benda sama. Tapi gunalah nama sebaiknya. Tak perlu di pau nama Kak Wook.

Sedikit update kedai makan aku pulak. Alhamdulillah kini boleh dikatakan fullhouse setiap hari. Dah tambah meja pun tetap ramai yang terpaksa balik semula atau menunggu meja kosong. Purata dalam satu masa dengan meja dan kerusi boleh memuatkan maksimum 100 orang. Dengan dua tukang masak, dan lima krew, agak sukar untuk tambah kerusi meja tanpa menambah pekerja.

Baru-baru ni Pegawai Kesihatan buat spot-check, Alhamdulillah takde apa sangat kecuali perkara minor seperti tak pakai kasut, ada yang kad pengendali makan dan expired (tak perasan) dan beberapa perkara lain yang telah diejah dalam masa yang singkat. Memandangkan tempat memasak secara terbuka (boleh dilihat oleh semua), maka sedikit bonus kepada kami agar kebersihan terjaga. Pelanggan boleh melihat sendiri.

Berkenaan jumlah jualan harian, masih belum mencecah RM2,000 sehari. Namun menghampiri.

Sunday, September 1, 2013

Legasi Haza Bistro

Haza Bistro kini tinggal kenangan. Setelah diselidiki, aku dapat tau legasi ini telah dijual kepada seseorang bergelar Dato' di Kuala Lumpur sekitar RM 5 juta. Satu business exit yang baik. Walau pada awalnya aku berpendapat konsep Haza Bistro beserta menu dikekalkan agak meleset. Aku cuba pujuk kaki ke Chef Li's Traders Restaurant. Nama baru yang diberikan kepada Haza Bistro. Mungkin Dato yang dikatakan tu Dato' Dr Rusly Abdullah @ Dato' Chef Li sendiri kot. Wallahua'lam. Teka jer.

Interior masih dikekalkan. Malah beberapa sign tertera nama Haza Bistro masih ada. Menu amat limited. Masakan panas belum ada. Nak kata arab cuisine pun tak sepenuhnya arab. Tak tau nak kata apa. Lepas tengok menu terus mintak diri. Tak sempat order. Maaf ye.

Apa yang bagus, adik di kaunter bayaran berpakaian amat sopan dan menutup aurat sepenuhnya. Satu pandangan yang lebih bagus dari staff dahulu walaupun ketiga-tiga owner dahulu adalah ustaz. Takpe la, mungkin satu hari, entah bila, aku akan berkunjung semula. Maka berakhirlah posting pasal Haza Bistro yang dulu pernah aku kata untuk follow up sentiasa.

Kesimpulan aku setakat ini, aku lebih suka mempunyai 3-4 warung dengan income bersih sekitar RM10,000 sebulan setiap satu dari membina sebuah restoran mewah dengan kos jutaan dan overhead ratus ribu. Amat berisiko. Sekian.

Memerdekakan Kebenaran

Malam ni dah masuk 1 September 2013. Jam di laptop ni 3:52 AM! Dok leh tidur starang malam ni. Baham durian seulas jer padahal semalam sebelum tutup kedai. Mungkin siang hari tadi membudu dengan hebatnya. Angin derr..

Walaupun lama aku tak update blog ni, tapi aku tak rasa tiga posting terakhir aku berkenaan situasi politik di Kelantan itu ketinggalan. Beberapa hari lepas, isu panas ini lenyap mengejut setelah pertemuan antara Aktivis Royalti Kelantan dengan Timbalan Menteri Besar. Aku dapat rasakan pertemuan itu terbuka kepada semua bentuk soalan dan tidak khusus kepada royalti sahaja. Apa pun yang dibincangkan, aku dapat rasakan aura positif dari pertemuan ini.

Dengan keredaan ini, semua patut ambil iktibar, sekiranya ada percanggahan pendapat dan isu yang memerlukan penjelasan, gunakan saluran sebetulnya. Jangan biar barah merebak, terus kepada punca dan percepatkan perbincangan atau bersemuka. Maka dapatlah kita memerdekakan kebenaran itu.

Selamat menyambut hari merdeka. Pasal merdeka saja pun macam-macam cerita keluar. Erti sebenar kemerdekaan la, masih belum merdeka la, itu masing-masing punya sastera masing-masing. Aku takde masa nak layan tu semua.

Sehingga bertemu sambutan merdeka seterusnya, aku belakangkan dulu sebarang post politik di sini. Bosan. Aku cuba petik perkara yang santai, bermaklumat dan merehatkan minda :)