Tuesday, September 25, 2012

Kain Cindai

Dua hari lepas sekali lagi dimurahkan rezeki dapat memiliki cebisan kain cindai sebesar tapak tangan cuma RM100. Aku tak pernah menyimpan angan-angan untuk menjadikannya sebagai koleksi, cuma tergerak hati bila melihat offer bagi cebisan kecil campur Cindai Jantan dan Cindai Betina yang telah dilaminate bersaiz lesen kereta yang cuma RM70.

Atas sumber yang dipercayai, aku contact la seorang anak muda yang berminat dengan barangan mistik ni dan dipelawa ke rumahnya. Kali pertama aku dapat sentuh kain yang agak berusia ini, bermacam saiz dan ada yang siap dibingkaikan sebagai koleksinya sendiri.

Bila dikeluarkan banyak-banyak tu aku berkenan kat satu cebisan yang agak kesat basah dan kasar tenunannya, sungguh menarik minat entah kenapa. Saje bertanya, kalau saya bajet RM100 agak-agak besar mana bleh dapat (lari dari hajat asal / yang ditawarkan bersaiz lesen kereta tu). So dipotongnya agak cantik, kene dengan corak. Harga offer sebab gori dia kata. Yang kecik-kecik tu akan dijualnya secara borong dan berlipat ganda harganya di pasaran. Cuba intai online, sebesar ibu jari pon dan seratus lebih orang jual. Dijamu makaroni bakar dan teh o.

Berkenaan mistik wallahualam. Pelaris perniagaan? Jauh sekali dalam fikiran. Sekadar berminat untuk dijadikan koleksi, sekurang-kurangnya anak muda kenal dan bleh sentuh rasa macam mana kain cindai seperti yang diperkatakan. Seperti yang diperkatakan kain cindai / sutera digunakan pakai orang zaman dulu ketika berperang memang ada betulnya dimana tidak tembus anak panah. Tapi bukan disebabkan mistik kain itu tapi kerana tenunannya.

Anak panah ni, hujung tajam dia bila masuk ke badan di kira satu mata yang tajam, tapi bila ditarik, maka dua mata yang tajam akan menikam kulit badan menyebabkan anak panah tidak dapat dikeluarkan bila terkena. Sama dengan mata kail. Masuk senang, keluar susah.

Jadi dengan mengenakan sutera / cindai di badan atau sebagai alas di bawah baju besi, anak panah akan tertusuk bersama kain tadi yang sukar ditembusi benda tajam, cedera tetap cedera, luka tetap luka. Jadi untuk tarik anak panah itu agak mudah dengan menarik kain sutera tadi tu dan meminimakan kecederaan. Itu pada fikiran aku.

Kain cindai juga dikatakan menjadi aksesori tambahan pada pakaian orang-orang istana.

Saturday, September 22, 2012

Nang Kemuning

Sempena hari Jumaat ni, aku dah ada satu nama yang berkenan buat Yellow Tail Arowana aku yang telah dua minggu bersama aku. Nak kesan jantina hampir mustahil. Tapi dengan pemerhatian dan firasat (konon) selama 14 hari ni, naluri aku duk kata betina. Aku lihat pembukaan mulut dia tak seluas Tok Janggut dulu walau saiz aku beli mula-mula tu hampir sama. Orang kata arowana betina mulut kecik sikit dari jantan, sebab jantan yang akan simpan telur dalam mulut. Seekor cengkerik dewasa terpaksa digigit beberapa kali, betulkan kedudukan, then baru bleh telan.

Alhamdulillah, air kini begitu jernih setelah beberapa kali tukar air. Rupanya air keruh sikit sebelum ni mungkin bakteria sedang sesuaikan diri dengan akuarium baru. So sekarang amat berpuas hati. Aku dah tinted sikit sisi sebelah tepi yang mengadap tingkap (cahaya masuk sebelah pagi). Tinted 95%.

Nang Kemuning nama diberi. Gelaran bagi Ratu Kuning / Puteri Saadong.

Mung Kenal Ke Sape Aku?

Kau kenal aku siapa? Mung kenal ke aku sape? Demo kenal ko kawe ni sapo? Dunia akhir zaman ni, di saat semua orang mencari dan mendekatkan diri dengan Allah, ada lagi orang bercakap dengan ayat di atas tu. Satu masa dulu, zaman muda, aku pernah jugak dalam keadaan marah menyebut ayat tu, tapi yang bijaknya, orang yang aku tuju ayat tu jawab dengan baik, dia tanyer pulak aku, sape mung? (Kau siapa?) Memang la tak terjawab. Haha! Pengajaran bermakna buat aku.

Aku mendapat satu khabar, diberitakan seorang pimpinan besar UMNO / BN di Dungun, berpangkat Datuk, suka menyebut ayat-ayat tersebut dan suka membaling-baling makanan di kedai makan yang dia tak suka. Umumnya masyarakat Dungun arif dengan perangai buruk beliau.

Kejadian pertama, makan roti canai, dibalingnya roti canai itu (mungkin kurang sedap / sedikit keras), takpe lagi, siap sound kat tuan kedai tu kenal ke tak dia tu sape. Kejadian kedua, makan keropok lekor, pon sama, baling jugak keropok. Mungkin Datuk ni sentiasa makan yang enak-enak kot. Lama aku tak dengar khabar perangai buruk Datuk ni. Dulu masa PAS menang di Terengganu, pernah jugak aku dengar dia mengamuk kat kedai gunting panas telinga orang duk cakap hal politik semasa. Haha! Macam-macam.

Tuesday, September 18, 2012

Akuarium Arowana Jernih

Seminggu ni aku sibuk dengan arowana yang aku baru beli hari tu. Hari ni dah masuk 11 hari. Beberapa kali aku pening dengan air yang cepat keruh. Pelik bila dibandingkan dengan akuarium kenalan aku yang berdekad lamanya, ok ajer air dia jernih dengan satu pam. Hairan.

Dari sebiji filter dalam air (pump oksigen), kini dah jadi tiga filter dengan dua top filter. Alhamdulillah nampak perkembangan menarik walaupun masih tak capai piawaian yang aku nak macam yang guna filter bawah (tebuk akuarium) tu. Mungkin juga kerana akuarium aku ni kosong, tanpa ada sebarang batu / pasir kat bawah yang membezakan dengan akuarium kenalan aku tadi. Akuarium besar lebih kurang 5ft jugak, dia siap guna satu top filter ajer.

Masalah lain yang timbul, ada pantulan dari bawah akuarium. Kabinet tempat aku letak akuarium ni permukaan gelap, so macam ada cermin kat bawah. Bimbang jugak takut jadi "Droopy Eyes" (mata jatuh ke bawah). Kebanyakkan kes adalah disebabkan ikan selalu tengok ke bawah. Selain dari letak batu dan pasir, aku tertengok satu video kat YouTube, mat salleh tu lapik plywood cerah kat bawah akuarium dia dan urat-urat kayu pada plywood tu nampak macam ada pasir kat bawah. So ini jugak yang aku lakukan. Terpaksa kosongkan air dan angkat akuarium untuk lapikkan plywood tu. Sangat comel!

Aku rujuk 2-3 pemilik kedai ikan / akuarium. Dua Cina dan satu Melayu untuk khidmat nasihat. Uncle pertama swoh aku pakai filter / kapas yang ada tiga lapis tu. Kasar, halus dan ada arang kat tengah-tengah. Rujukan lain aku dapat dari internet, mungkin disebabkan dekat dengan tingkap. Jadi cepat cloudy. Mungkin juga. Takkan la nak kene beli UV filter pulok! Adeh. Setakat ni belum kritikal. Aku rasa dah ok dulu. Ada juga pendapat lain, kene biarkan dulu air, mungkin dia keruh sekejap sebab bakteria nak sesuaikan diri, nanti dia akan cerah.

Satu kedai accessories kereta yang aku kunjungi, ada dua akuarium 6ft dan ada arowana gergasi setiap satu. Kata tuan dia, 4 tahun tak pernah tukar air. Haha! Amekkau! Tukar air tak pernah, tambah air jer bila kurang. Kat situ aku nampak dia guna dua top filter. Manakala satu akuarium lagi dia guna filter mahal yang ada uv bentuk macam R2-D2 (robot Star Wars tu).

Oh, uncle Cina kedai akuarium mula-mula tadi tu, aku juga bertanya takpe ke masukkan air direct dari paip air tapi dah curah siap-siap anti klorin. Dia kata dia pon buat camtu kat kedai dia. Mana sempat nak sediakan air tanpa klorin dulu baru masuk akurium, you tengok akuarium banyak mana. Dalam hati aku, ko buat camtu takpe la, ikan tu nanti ko jual. Aku ni nak bela lama. Tapi last-last aku buat cara dia jugak. Ahaha! Insya Allah semoga ikan aku tak manja sangat. (Berdebar jugak sebenarnya tapi kesuntukan masa). So aku letak dalam 5-6 penutup anti klorin tu dulu sebelum hos getah dengan bangganya mencurahkan air dari paip. Uncle tu bagus bagi nasihat macam-macam lagi.

Nasihat aku juga, tak perlu beli filter yang beratus-ratus punya harga, ko pegi la tengok semua akuarium kat kedai ikan tu, satu pon takde pakai filter mahal. Bagi akuarium 2ft ke bawah memadai dengan satu filter yang guna span kat dalam tu bersama satu pam oksigen. Selain tu guna ajer top filter atau nak puas hati guna filter luar kat bawah yang ada 3-4 partition tu.

UPDATE TERBARU: http://insidetatz.blogspot.com/2012/10/update-akuarium-arowana-jernih.html

Open With Mac OS X

Memandangkan aku hilang ingatan dua tiga topik yang aku nak sentuh kat blog ni, maka aku taip dulu apa yang terlintas sekarang ni.

Kebelakangan ni aku diserabuti oleh duplicate icon / application bila mana aku click open with untuk buka file dengan application yang aku nak. Icon yang duplicate tu ialah Opera (mungkin daripada aku uninstall dan install balik dulu). Bila aku right click, open with maka tebbeng (terpampang) tubik Opera dua. Sangat annoying dan mengganggu keperfectan Macbook Air aku ni.

Cari punya cari jumpa la satu blog ni dia swoh taip code ni kat terminal:

/System/Library/Frameworks/CoreServices.framework/Versions/A/Frameworks/\ LaunchServices.framework/Versions/A/Support/lsregister -kill -r -domain local\ -domain system -domain user

Lepas tu relaunch Finder (control+option+click kat Finder icon), nanti akan nampak Relaunch.

Memang jaddi! Ni kali pertama aku refer dan creditkan kepada blog lain. Terima kasih kepada IT Pixie (sukati dia la paham ke dok apa aku kata). Pandai-pandai dia la translate kat Google. Pilih bahasa Kelantan & Terengganu.

Friday, September 14, 2012

Kapak Kecil Kelantan

Rezeki. Hari ni betul-betul punya rezeki dapat beli sebilah kapak kecil Kelantan besar sikit dari kapak binjai manis batang nibung tu dan lebih berat dengan harga cuma RM28. Aku pun pelik mulanya. Kapak ni telah beberapa kali aku duk tanya dan belek di gerai yang sama di bawah Pasar Siti Khadijah tu. Pernah sebelum ni harganya sampai RM70. Kalau korang search yang duk jual online harganya mungkin melebihi RM100. Yang kecik batang nibung tu pon dan RM70-RM80 orang jual. Yang tu aku dah ada sebelum ni. Beli dua dapat RM70. Satu aku hadiahkan buat anak buah aku yang baru berjinak dengan seni mempertahankan diri.

Mulanya aku amik kapak tu dan lihat harga tertera RM58. Sudah agak murah pada pandangan aku. Lepas tu sorang makcik yang jual sayur belakang tu laung "ore nok beli ni!". Lalu datang la seorang makcik bertanyakan nak apa. Aku terus mintak "nok goni 30 ya buleh?". Mokcik tu pun belek harga, RM58 katanya. Dia kata potong depan RM8 tu la jadi RM50. Aku cakap mahal lagi sambil duk belek bilah-bilah pedang yang ada di situ. Lepas tu makcik ni offer dia kata gini la, tolak RM2 lagi, amik RM28. Heh? Aku pon terkejut gaban. Terus aku tanya berapa mokcik nok matti ni (final price)? Dia cakap RM28. Aku pon terus bayar.

Sambil aku duk beli sayur, bunyi kecoh-kecoh kat belakang, rupanya makcik tadi tu tolong jualkan sementara pemilik gerai tu pergi solat. Alamak! Dia bising kata bagi RM28 macam bagi saja la! (Mujur dia tak rugi). Aku pun berpaling dan kedua-dua makcik tu pon berpaling tengok aku dan terus sambung pot pet pot pet diaorang. Aku dah standby dah, kalau dia panggil mintak balik aku bagi jer. Tapi takde pulak panggil aku. Cuma owner gerai tu bengang kat makcik tu la jual murah sangat.

Kepada mokcik / akak pemilik gerai tu, saya rasa jugak bersalah sebab dapat agak jualan tu under price. Tapi excited dah nampak makcik yang mula-mula tu memang ikhlas nak jual harga tu. Tu yang kite bayor tu! Saya doakan semoga akak / makcik owner gerai tu dimurahkan rezeki hendaknya. Gerai dia betul-betul sebelah penjual rokok daun / tembakau (gerai nombor dua) dari tangga tengah pasar. Gerai dia membelakangi Tabung Haji, Kota Bharu.

Tuesday, September 11, 2012

Bagi Murah Saya Datang Lagi

Pernah tak kita berhadapan dengan situasi samada sebagai pembeli atau penjual di mana kalau sebagai pembeli kita akan cakap "Bagi la diskaun, nanti saya datang lagi" dan sebagai peniaga pula kita berhadapan dengan pelanggan yang meminta demikian. Apakah cara terbaik untuk kita tangani perkara ini dan memberikan pulangan yang menarik kepada kedua-dua pelanggan dan pembeli.

Ini berdasarkan pengalaman aku satu ketika dulu, masa tu aku tengah berurusan bagi menjayakan satu projek dengan Menara KL. Projeknya ialah untuk menyediakan Point Of Sales System (POS) bagi setiap tenant yang menyewa di tingkat bawah Menara KL. Dengan itu mereka boleh monitor tahap jualan dari tenant kerana sering mendapat rungutan sales kurang. Natijahnya mereka mintak kurangkan sewa. Huhu! Macam biasa la dengan proposal bagai, itu ini, prototype (interface) dan cara perjalanan system yang lebih mudah difahami, dan system ini akan dibina sendiri.

Jadi, aku usha di Lowyat Plaza untuk mendapatkan best price bagi Cash Drawer yang bleh sambung ke PC. So tersangkut la di All IT Hypermarket. Ini cerita ntah berapa tahun dulu. Aku cuba mendapatkan harga terbaik bagi 10 unit cash drawer ni. Masa tu deal dengan sorang Mat Salleh yang jaga bahagian sales situ. Aku lupa dah nama. Agak berumur tapi penyabar. Satu harga telah dipersetujui dan aku berminat untuk beli dulu 1 unit untuk testing.

Di sini la bermulanya skill dan pengalaman yang aku pelajari dari Mat Salleh tu. Dia cakap yang satu ni dia akan bagi harga normal bagi satu unit dan tidak termasuk harga yang dipersetujui kalau beli 10. Tapi sekiranya aku jadi beli 10 unit tu nanti, dia akan diskaunkan semula 1 unit yang telah aku beli dulu ni dan bagi semula bakinya. Bijak kan?

Aku mula apply apa yang aku lalui ini bila mana ada seorang pelanggan mintak diskaun yang agak tinggi untuk sewaan meeting room / seminar hall, masa tu aku ada sebuah business center yang agak besar di tengah-tengah Kota Bharu, lebih kurang 4 pintu kedai. Pelanggan ni mungkin leader salah satu MLM dan disewa untuk meeting top leader sahaja. Dia kata bagi diskaun ni nanti dia datang lagi. So aku kata la saya akan bagi diskaun seperti yang dikehendaki, tapi kali ni harga ialah normal dan saya akan bagi balik duit dengan diskaun pada kali kedua dan diskaun jugak yang pertama ni. Cuma duit tu saya akan bagi pada kali kedua sewaan. Terkedu juga dia tu. Pastu memang tak datang pon.

Sama jugak dengan All IT tadi, aku tak beli pon lagi 9 unit tu. Projek dengan Menara KL tu gagal dicapai. Masa abis begitu saja. Lepas tu ada lagi beberapa deal tentang projek itu ini dengan Menara KL, semua gagal. Huhu! Business Center aku yang bapak besar tu pon gagal jugak, dua tahun jer sempat berada di tengah-tengah kesibukan KB. Selain sewa bangunan yang mahal sangat, walaupun mendapat sambutan hangat, tapi pelanggan bersungut mana nak letak kereta. Haha! Bodonya awal-awal aku tak fikir, lorat (rushing) sangat nak dapatkan premis. Bila nak sewa hall mestila ramai yang nak datang, tapi faham-faham la parking di KB.

Aku lalui banyak kegagalan untuk closed deal sebarang projek besar, termasuk Felda Plantation (System Pengurusan Pekerja Asing), IPK Kelantan (CCC / System Kawalan Bilik Operasi) dan beberapa big prospect lagi. Semuanya aku sempat masuk mesyuarat, jumpa key person tertinggi. Tapi mungkin tiada rezeki di situ. Aku belum merajuk dengan dunia ICT, cuma untuk satu big system aku agak sukar memberikan masa dan mengumpul balik team. Mungkin aku bleh sekadar jadi project leader, system flow dan idea menjadi kemahiran ku dan sebagai pemudah cara dengan programmer.

Bermacam ragam manusia aku kenal bila terlibat untuk satu projek ICT yang besar. Dicantas, diugut, bahkan cubaan merampas pun ada. Begitu rupanya.

Kini aku selesa dengan perniagaan warung makan aku. Alhamdulillah selepas raya ni rezeki nampak menaik dan mengharapkan momentum yang berterusan. Cuma aku harus berhati-hati dengan limpahan rezeki yang belum pernah aku kecapi sepanjang minggu ini dari hasil kedai makan aku. Semoga Allah kurniakan aku keberkatan darinya. Setelah mencapai satu target jualan yang aku harapkan, pelanggan terkebelakang aku diskaunkan sentiasa. Kasik bonus harian kepada pekerja agar nikmat limpahan rezeki itu dikongsi bersama.

Monday, September 10, 2012

Macbook Air Battery

Hari ni aku nak sentuh sket bab teknologi. Walaupun ini merupakan produk pertama dari Apple yang aku guna tapi aku cuba membuat research sebanyak mungkin bagi menambah ilmu tentang apa yang aku guna. Satu perkara yang sering menjadi perbualan samada di kalangan pengguna laptop mahupun handphone ialah cara nak bagi jangka hayat bateri lebih tahan lama dan cara caj yang betul.

Berbeza dengan kebanyakkan laptop yang kebiasaannya direkemen oleh pengeluar atau authorized technician ialah guna jangan guna battery bila kita sambungkan kepada sumber elektrik. Mungkin ini yang terbaik bagi laptop biasa and it does. Sama juga hal dengan handphone mahupun sebarang bentuk tablet. Tapi lain halnya dengan teknologi dari Apple bagi Macbook yang terkini.

Selain dari nasihat dan pengalaman dari rakan-rakan yang pernah mempunyai masalah jangka hayat bateri yang pendek, bila mereka mengajukan perkara ini kepada Apple Support maka technician yang menasihati mereka supaya sambungkan kepada sumber elektrik (plugged in) bila mana boleh dicapai. Menggunakan Macbook Air dengan sambungan terus ke sumber elektrik lebih memanjangkan hayat bateri dari guna batteri sampai habis, then caj, then guna begitu.

Aku juga dah cuba usha forum-forum berkenaan cara terbaik menggunakan Macbook Air ni, dan itulah yang aku jumpa walau ada juga yang suruh guna macam laptop biasa cabut battery bila guna powerline. Jadi nasihat aku dan juga apa yang aku guna sekarang ialah, sentiasa sambungkan kepada elektrik, dan sebulan sekali tu guna battery sepenuhnya sampai abis, then recharge agar jus dalam battery tu recycle atau mengalir dengan baik.

Sunday, September 9, 2012

Yellow Tail Arowana

Akuarium 5 kaki aku akhirnya siap dalam masa 3 hari saje. Ditempah dengan salah seorang pelanggan aku setelah kedai yang aku tempah sebelum raya tak siap dan siap swoh pegi kedai lain kerana tak tau bila bleh buat, banyak kerja katanya. Walau harga naik sekali ganda dari RM50 ke RM100 aku berpuas hati dengan cermin yang lebih tebal dan berpenutup cermin gelap dan siap hantar ke rumah lagi pukul 12:30 malam!

Excited melampau aku menyiapkan segala motor, penapis, background, dan siap isikan air terus setengah akuarium walaupun dipesan oleh tukang esok baru bleh isi air. Alhamdulillah takde leaking apa-apa. Semua dah ready, akuarium punyalah bapak besar tapi ikan takde! Uwaa!

Hari Jumaat aku mencelah segenap Kota Bharu mencari arowana, hampeh kedai tentulah banyak tutup, aku singgah di satu kedai di Lundang, Kedai Akuarium Trafic Light sebelah Salamku. Ada dua ekor arowana kecik, harga RM180 sewaktu ditanya. Aku berdiri merenung tak bergerak kedua-dua ekor, hendap punya hendap, sekor tu besar sikit manakala sekor lagi kecik sikit dan siri bawah dia cacat. So aku tumpukan yang besar sikit. Besar pon aku rasa dalam 5 inci jer kot ni.

Mek tu kata ni jenis kuning, aku swoh bagi makan nak tengok dia kata takut nanti ikan muntah kalau you bawak balik. Erkk.. Dia pon bagi la udang kering sebab aku nak tengok juga cara dia ni makan. Tawar punya tawar memang tak bleh blah, dia berkeras jugak RM175. Lama jugak dan akhirnya jadi la aku beli. Sebelum ni aku mengidam 10" Hatchback Gold di Mudah. Cuma RM250 di Besut. Ada 5 ekor plak tu. Satu tawaran patut ambil. Tapi aku takde bajet hingga melebihi RM200. Ni pon abih reng doh, aku bajet cuma RM150. Maka aku buat balik la si kuning ni ke rumah. Mek tu dah pesan, nanti balik jangan bagi makan lagi, takut dia muntah sebab pening. Ok la mek.

Kos keseluruhan RM100 (Akuarium) + RM100 (Peralatan Akuarium) + RM175 (YT Arowana) = RM375.00. Campur tolak air, gi mari semua aku letak la RM400 untuk permulaan.

Ralik (asyik) duk perati ikan tu dalam akuarium besar. Kelakor plok tengok kecik jer tuannya. Tapi orang kata ikan akan cepat membesar bila duk dalam tempat besar. Harap begitu la. Dalam dua hari ni ikan dah pandai makan ulat yang masih ada arwah Tok Janggut dulu punya. Yang ni aku belum ada nama sesuai lagi. Tengah tunggu lagak dan apa-apa keistimewaan yang bakal terserlah.

Oh yer, petang aku beli ikan ni, malam tu kedai makan aku diserang pelanggan bagai nak gila. Ramai dan memecah rekod jualan selama ini. Pinggan gelas tak sempat angkat masuk pelanggan lain. Kelam kabut semua. Mujur majoriti yang datang tu pelanggan tetap. Ada jugak yang siap tolong alihkan pinggan gelas yang ditinggalkan. Terima kasih semua dan maaf kelam kabut. Ni kalau Cina mesti percaya ikan ni ada 'ONG'. Aku plak hampir terpengaruh beberapa percent kenyataan itu. Tapi sebagai orang Islam harus yakin dan sedar rezeki itu datang dari Allah. Mungkin dengan keberkatan hari Jumaat dan solat sunat Dhuha. Kalaupun disebabkan si ikan, mungkin itu keistimewaan yang Allah berikan kepadanya menjadi pembuka rezeki. Setiap benda di muka bumi ini tidak bersahaja dan ada tujuan masing-masing. Setiap benda di muka bumi ini juga ada kelebihan masing-masing yang Allah kurniakan.

Semoga Yellow Tail Arowana ini berkembang pesat, dan kuning engkau itu sila la terserlah yer!

Thursday, September 6, 2012

Ilmu Kebatinan

Mutakhir aku perhatikan, selain kisah kerasukan, santau, hantu, jin, dan macam-macam perkara yang berkenaan semakin menguasai kehidupan kita ditambahkan liputan yang meluas dari tv dan internet. Tidak kurang juga dalam masa yang sama hampir di mana saja kita berada mesti ramai yang pandai berubat kepada masalah tadi. Siap ada yang tawarkan diri. Ada ilmu itu ini. Hebat.

Apa masalah yang berlaku sekarang? Mana dahulu yang timbul, masalah atau penawar. Peribadi aku berpendapat mungkin setelah buat satu waktu yang panjang kita lupakan tentang hal-hal yang dikatakan tahyul, maka dalam masa yang sama, generasi yang ada sekarang mudah dihinggapi masalah seperti kerasukan, santau dan sebagainya mungkin disebabkan tiada amalan pendinding. Amalan pendinding yang aku maksudkan tidak khusus, memadai wirid selepas solat.

Kebanyakkan tok bomo yang suka offerkan diri ni pulak terutama muda mudi, biasanya yang tengah bersemangat mencuba dan amat suka dengan kepuasan yang diperolehi bila berjaya mengubat orang. Terdetik jugak beberapa % hebatnya dia tu mesti ada. Aku tak nafikan ramai yang otai dan ikhlas. Aku juga percaya penyembuhan itu dari Allah dan sesetengah orang diberikan kelebihan mujarab dan doa mereka mudah diperkenankan Allah. Itu pasti.

Apa yang aku nak kaitkan di sini, dengan timbulnya kembali perkara mistik ini, dari masalah kerasukan jin dan proses pengubatan tadi, maka yang terkeluar antara celahan ini adalah amalan-amalan ilmu kebatinan yang tiba-tiba top dan dicari ramai. Kenapa mencari? Apa yang tidak cukup pada kita? Mahukan kehebatan? Nak mempertahankan diri? Negara? Nak berperangkah?

Ada la tu masing-masing punya jawapan bagi yang mencari. Kalau tak dia tak cari pulak. Apa jawapannya yang sebenar, Allah dan hati sendiri yang tau. Aku tak bagi sebarang pandangan negatif pasal kebatinan. Cuma aku berpendapat, kepada sahabat-sahabat yang otai dan duk sibuk dengan kebatinan tu, dan kepada yang nak mencari tu, pusatkan niat bagi mencari keredhaan Allah dan keselamatan dunia akhirat. Teruskan la dengan pelajaran yang diinginkan, bergurulah dengan guru yang baik. Aku punya beberapa kenalan yang sangat berminat ini semua. Ada yang semakin warak dan ada yang semakin lagha (lalai). Yang peliknya kadang tu, dari guru yang sama, belajar benda yang sama. Tapi ntah macam mana pembawakan lain-lain. Sila halusi.

Ada yang hebat, dikhabarkan kebal, bleh terbang pon ada, siap bleh buat pukulan jarak jauh. Ada yang bleh ditunjukkan on the spot, ada plak yang time kecemasan sahaja. Apa pon kehebatan yang kalian perolehi, pada pandangan aku, agak tidak sesuai sekiranya kita beramal untuk mendapat kekebalan misalnya. Kerana, mungkin dengan kebal itu menjadi satu kelemahan buat kita. Mungkin menghadapi masalah tertentu dengan kekebalan itu. Ada masanya kita perlu luka, perlu berdarah untuk keselamatan kita.

Jadi pointnya di sini aku nasihatkan kepada pengamal ilmu kebatinan, apa jua amalan kalian, berdoa dan mohon la dari Allah supaya dikurniakan keselamatan dunia akhirat. Apa jua bentuk keselamatan itu biar Allah yang tentukan. Kiranya masa tu perlu kebal, maka kebal lah kita, kiranya perlu ghaib, maka mungkin orang tak nampak kita. Tak perlu kita mohon dari Allah secara khusus apa bentuk yang kita inginkan kerana kita tak tau apa yang terbaik. Perhatikan dalam kehidupan kita seharian, banyaknya 'mujur' yang kita lalui. Mungkin itulah keselamatan yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedari.

Jadi setiap dari kita tak semestinya terlibat secara langsung dengan apa-apa pertubuhan, perguruan, gelanggang itu ini, guru itu ini untuk memperolehi keselamatan. Kita cuma perlu didedahkan dan disedarkan. Insya Allah kita semua punya jalan mencari keredhaan Allah.

South America Arowana

Pagi ni aku dikejutkan awal dengan khabar ikan kelisa aku berada di lantai. Baru jer bulan puasa aritu dia buat perangai sekali lompat dari akuarium (bertutup dengan pembahagi akuarium). Kali ini gagal diselamatkan. Aku pegang dah kering dan melekat di lantai. Frust jugak, tapi kurang terkejut dari yang sebelum ni. Bulan puasa aritu ntah berapa lama dia duk kat lantai aku tak tau, tapi masih gerak sikit, terpaksa aku sorong tarik dalam akuarium lama jugak sampai dia bleh berenang balik. Dengan penuh debaran, sayang sangat-sangat dan harapan akhirnya berjaya diselamatkan. Suka tak terhingga. Tapi yang pagi tadi tu memang outsteseng! Alhamdulillah jugak Allah kurniakan aku satu nikmat tidak frust sangat. So biasa-biasa ajer.

Ikan ni aku beli di pasar malam ajer, brother tu jual cuma RM60. Aku beli panjang sejengkal, dalam 4 bulan jer bela dah cecah sekaki lebih. Ini kelisa pertama aku. Spesis South America, cap ayam ajer. Ekor dia kecik dan badan dia meruncing ke belakang. Tapi sepanjang aku bela, spesis ni hebat, tidak manja.

Tadi intai balik kat pasar malam tapi hampa takde plak brother tu jual. Ekceli lama dah aku tak menjenguk ikan hiasan di pasar malam. Ntah brother tu jual lagi ke tak. Spesis koman ni jarang ada kat kedai yang kebanyakkannya jual yang mahal. Ekor montok bulat macam ikan pelaga tu. Spesis Asian / Hatchback kot.

Paling menyedihkan, aku dah tempah akuarium panjaaaaang untuk dia, dan esok dijangka siap. Tak sempat ko merasa wahai 'Tok Janggut'. Rupanya ke tong sampah panjang dulu ko tido malam ni. Aduhai. Ntah mana plak aku nak cari pengganti yang murah. Orang kata ikan jenis yang besar ni, kalu beli masa kecik tu, letak dalam akuarium besar, dia membesar dengan cepat.

Maka bermula misi mencari kelisa murah.

Monday, September 3, 2012

Bulan Kedua Bersama Blogspot

Baru ajer post entry sebentar tadi berkenaan Komunis, tak pasal-pasal tersebut Mat Sabu. Lepas tu tengok kat tepi blog, dah ada archive bagi September pulak. Tak sangka 20 entries sempat aku taip sepanjang Ogos. Dari pemerhatian aku, capaian ke blog ini ada la sikit-sikit terutama pada entry Dialek Terengganu. Saper nak belajar dan mendalami dialek Terengganu dan tersampai ke blog ni, aku sarankan, sumber terbaik nak dengar dialek Terengganu sepertimana dialek yang aku guna pakai sejak kecik adalah dari Ustaz Azhar Idrus. Cukup lengkap dialek dan penggunaan lenggoknya. Menepati standard dialek Terengganu original dari Kuala Terengganu.

Untuk pengetahun, dialek Terengganu tidak mungkin serupa di Kuala Berang, Besut, Jerteh atau sesetengah tempat yang bila bercampur dengan dialek dari negeri lain. Tapi yang UAI tu insya Allah menepati citarasa lidah aku.

Apa lagi tentang blogspot? Aku rasakan cukup ringkas dan sesuai bagi aku, cuma aku rasakan belum bersedia untuk dilepaskan identiti (yang aku rasa mungkin dah terbongkar). Tapi aku mesti bersedia ke arah itu. Aku masih belum berkesempatan memasukkan sebarang gambar dan mungkin belum lagi ke arah itu yang mungkin sedikit melambatkan urusan kemasukan entry terbaru.

By the way, kedai makan dah buka 31 Ogos 2012 yang lepas, kebetulan kene dengan hari Jumaat dan merdeka. Alhamdulillah permulaan yang baik. Pelanggan penuh.

Merdeka 2012

Saban tahun kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia, sambut sesambut sambutnya, ikut sajer apa yang tertulis di buku teks sejarah dari sekolah. Maka itu sahaja yang kita tahu apa itu kemerdekaan. Tiba-tiba keluar pula sejak beberapa tahun yang lepas sambutan Hari Malaysia. Ooo.. Baru la tau pulak pasal ni. Itu pun sebab didedahkan dan mendapat maklum balas umum tentang Hari Malaysia. Apa itu Hari Malaysia sila cari sendiri. Anda sedang menggunakan Internet.

Keluar la kisah-kisah pahlawan kita menentang penjajah, tapi dalam kepala kita dari kecil yang jahat ialah Komunis, Bintang Tiga dan Jepun. Tapi jarang terlintas difikiran kita, juga dijajah oleh British, Portugis, Belanda dan Siam. Sejak Mat Sabu keluarkan kenyataan pasal Mat Indera, kecoh sekejap tanahair kita. Habis semua mengatakan kat Mat Sabu tu. Keluar la bermacam statement dari ahli sejarah, berderet pula keluar cerita-cerita lama dalam tv. Last-last rakyat juga yang tersedar dari bermacam statement yang keluar dan mencari sendiri bagaimana sejarah kemerdekaan itu berlaku.

Secara peribadi aku tak la suka sangat dengan Mat Sabu sebagai pemimpin dalam PAS. Tapi dia seorang yang berani dan aku dapat rasakan Mat Sabu sedikit sebanyak mampu menyekat pengaruh DSAI dalam PAS. Tentang Mat Sabu yang dikatakan Syiah pulak, aku pun macam rasa ye la kot dia ni Syiah. Bagaimana aku mampu menerima keadaan ini? Aku tidak punya ilmu yang tinggi dalam hal ini, aku tak mampu nak menjawab, tapi aku percayakan keputusan yang diambil oleh Majlis  Syura / Ulamak-ulamak dalam PAS tentang hal ini kerana mereka lebih berilmu dan tahu bagaimana nak uruskan perkara ini.

Kita perhatikan, pejuang-pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan yang tersenarai dalam buku teks sejarah kita baik dari Tok Janggut ke, Dol Said ke, Haji Abdul Rahman Limbong, Rentap, Mat Salleh, Yamtuan Antah dan lain-lain semuanya menentang British. Takde pulak dari kalangan mereka ini melawan Komunis. Cemana tu? Sedangkan dalam kepala kita lawan komunis, komunis jahat. Aku sudah keliru.

Dalam banyak-banyak sambutan Kemerdekaan, tahun ni paling kelakar kot. Tiba-tiba kecoh hal logo. Macam-macam. Aku malas nak ulas isu ini. Banyak lagi blog lain yang boleh dibaca. Tapi kelakar kan merdeka tahun ni? Cukup membuatkan kita tersenyum dengan telatah Rais Yatim ni.