Wednesday, April 10, 2013

Jualan RM1000 Sehari

Alhamdulillah sebulan dua kebelakangan ini, warung / kedai makan yang aku usahakan setahun lepas mula mencecah jualan harian melebihi RM1000. Bleh dikatakan penuh setiap hari. Terasa amat rendah diri dengan kurniaan rezeki dari Allah ini. Bila pelanggan dah start serbu macam ni, kene invest kepada pekerja tambahan terutama peak hour 8:00-10:00 malam dan pada hari minggu Khamis-Sabtu.

Nama kedai pun rasanya dah mula dikenali. Pekerja yang ada sekarang ni alhamdulillah juga amat memberikan kerjasama dan komitment terbaik. Cuti balik kampung pun agak menepati janji seperti yang dijanjikan walau biasanya akan terlajak sehari. Beberapa upgrade telah dilakukan di kedai (Ada la sikit-sikit).

Semoga dengan bertambahnya pelanggan setiap hari di warung aku ni, aku berharap dengan tarikan ini, lain-lain rakan niaga sepencarian di kiri kanan depan belakang warung aku ni pon sama-sama meningkat pelanggan. Biar sama-sama ramai dan sama-sama menikmati rezeki dari Allah.

Kota Bharu Trade Centre

Kalau sebut Kota Bharu Trade Centre mungkin ramai tak tahu kat mana, hatta orang Kota Bharu sendiri pun ramai tak tahu. Tapi bila sebut Parkson, insya Allah ramai yang tahu kat mana dan sedia menunjukkan tempat.

Sambutan terhadap KBTC ni tak la sehebat KB Mall. Walaupun di awal pembukaan KB Mall dulu agak perlahan nak penuh beberapa ruang niaga di tingkat atas, tapi tak la seperlahan KBTC. Di awal pembinaan dulu, KBTC ni sepatutnya tinggi lagi dan ada kediaman di bahagian atas. Hotel / Apartment gitu. Tapi sekerat ajer buat. Juga dulu ada jugak dengar, satu level di KBTC ni akan dipenuhi dengan kedai-kedai emas. Amat menarik sebenarnya cadangan awal berkenaan deretan kedai emas pada satu level. Harga akan jadi lebih kompetitif. Keselamatan berpusat / jaringan keselematan mudah diwujudkan serta menjadi tarikan utama di Malaysia (unik).

Beberapa hari lepas aku kunjungi Parkson untuk buat berapa kali entah. Memang kerap juga pergi. Parkson ni ada kelas tersendiri. Lain bila masuk Parkson ni. Orang tak ramai dan serabut. Parking mungkin agak tak selesa (sempit / laluan curam).

Main point yang aku nak perkatakan di sini, banyak outlet yang dibuka sebelum ni dah tutup. Sox World, Jefferson, macam-macam kedai la lagi. Itu baru level 1. Level atas lagi tak tau la. Food court memang tahap berhantu la. Tak tau mana silapnya perancangan / kajian pemasaran.

Walau apapun, aku harap Giant dan Parkson terus maintain kat KBTC ni. Kalau takde dua ni jawabnya jadi muzium la KBTC ni. Tak silap aku, ni merupakan kali ketika Parkson buka di Kelantan setelah dua kali tutup sebelum ini.