Sunday, September 14, 2014

Bisul Duduk Atas Bantal


Pernah dengor dok orang-orang tua dulu larang jangan duduk atas bantal. Nanti naik bisul. Mungkin muda-muda lening dok tau pasal ni. Ataupun budak-budak skoloh lening pun mungkin dok tau dan rok rajin dengor duduk atas bantal jadi bisul. Tapi untuk orang lama, aku gerenti, walaupun ramai dok percaya dan tahu apa kene mengena bantal dengan bisul, namun kita dok sanggup nok duduk atas bantal. Kalu duduk pun mesti rasa pelik kan? Hehe.

Itulah bisanya kata orang tua.

Se lagi kalu meniarap, kaki jangan angkat ke atas / lipat ke atas, nanti mok cepat mati. Haha. Hok ni pun lagi jauh dari segi kelogikan dan hubung kait lipat kaki masa meniarap dan ajal mok kita. Tapi aku sampai lening dok akan angkat kaki. Bimbang jugok mok kiter mati awal. Mok dan Ayoh ambe alhamdulillah sihat lagi. Malah dengan umur dia berbanding aku ni, rasanya lebih sihat diaorg lagi. Semoga Allah memanjangkan usia kedua mereka dalam ketaatan. Boleh aku tumpang lagi keberkatan doa mereka. Doa ibu khususnya.

Allahurabbi.

Anak-anak aku? Haha. Memang aku larang semua di atas. Tapi aku dok kabo la sebab aper! Hehe!

Spekulasi Dan Pelaburan

Ni ilmu baru yang aku dapat. Aku dok pernoh belajor ekonomi. Bisnes pun dok pernoh. Tapi terdengar dalam satu wawancara dalam tv berkenaan harga rumah. Aku dok dengor sangat topik yang dibualkan. Cuma terdengar bila dia sebut hal spekulasi ni.

Kononnya ada orang yang pitih lebih ni ingin melabur dalam hartanah. Tapi sebenarnya dia bukan membuat pelaburan tapi menjadi speculator. Hoh! Guaner pulok tu. Ginih ceritanya..

Ok contoh kita beli satu hartanah. Ikut la rumah ke tanah ke bangunan ke. Jadi kita bagi la orang sewa atau kita guna untuk apa-apa tujuan yang manfaat. Sebab hartanah ni aku dok pernoh lagi dengor turun harga. Atau mungkin kita nak jual suatu hari nanti. Ini mungkin pelaburan.

Berbanding dengan kita banyak pitih. Bila ada orang jual hartanah, kita beli, naikkan harga dan jual dengan segera. Ni lebih kepada speculator. Kita memaksa hartanah ni naik harga dan mengurangkan peluang sebenar orang yang sepatutnya menggunakan hartanah tersebut untuk tujuan tertentu. Susoh jugok aku nok explain. Pendek kata, jenis sajer-sajer, banyak pitih atau untuk dapatkan untung segera tengah jalan. Macam orang tengah dalam urusniaga.

Sebab tu harga rumah lening macam setang. RM 400,000 tu main-main jer lening. RM 1 Juta pun biasanya. Tiada satu harga standard yang ditetapkan oleh mana-mana badan mahupun agensi kerajaan. Asalkan orang boleh beli dan permintaan ada, boleh jalan berapa juta pun sbutir. Tahun depan 2015 banyak desas-desus akan kenaikkan harga rumah. Kita tengok jer la.

Tanaman Tembakau Bachok

Budak-budak yang ambil subjek Geografi masa sekolah mesti sinonim tanaman tembakau ni kat Kelantan. Entah sekarang masih sahih ke tidak fakta ni lagi. Aku tengok dah tak banyak tanaman tembakau di Kelantan. Biasanya banyak di tanam di Bachok.

Dulu memang ada kilang British American Tobacco (BAT) kat Kota Bharu. Area Kawasan Perindutrian Pengkalan Chepa rasanya. Tapi sudah pun tutup. Aku pernah diberitakan, yang kilang ini atau mungkin individu tertentu dalam BAT merupakan antara penyumbang dana bagi kempen Datuk Dr. Awang Adek Hussin ketika pilihanraya. Antara lainnya demi menjaga stok tembakau di Bachok kerana pemerintahan Tok Guru ketika itu kuat untuk menamatkan penanaman tembakau di Kelantan.

Mutakhir ini. Mungkin dalam tiga tahun kebelakangan ini. Aku tengok kawasan di Bachok yang dulunya penuh dengan tembakau, kini bertukar wajah dengan tanaman jagung. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Pun begitu masih ada sedikit tanaman tembakau yang wujud.

Aku rasa tembakau ni memang di tanam untuk tujuan rokok. Sama ada untuk stok kilang besar untuk rokok dalam kotak ataupun tembakau untuk rokok daun. Tak pernah aku dengar tembakau ditanam untuk dijadikan ulam atau ubatan tradisional. Hehe. Kalau pun ada, mungkin sumber lain selain tembakau lebih baik untuk tujuan tersebut. Namun demikian, Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada kebaikan dalam keburukkannya. Saper berminat boleh la buat kajian.

Apa pun, tahniah buat penanam yang mampu switch dari tanaman tembakau kepada tanaman lain. Good job! Kemah boh!