Monday, December 15, 2014

Medan Ilmu Jumaat

Bermulanya Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, antara aktivitinya yang nampak kecik tapi dipandang dunia ialah kuliah pagi Jumaat di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Jalan Dato' Pati. Kini digelar Medan Ilmu.

Selain menjadi tumpuan mereka yang cintakan ilmu, Medan Ilmu menjadi pembuka rezeki bagi mereka yang berniaga di sekitarnya dan penjaja gerai di sekeliling Medan Ilmu.

Dari jualan ubat power, hinggalah pets seperti arnab pun dijual. Ikan ada sayur ada. Kedai kopi sekitarnya pun penuh saling berganti pelanggan sepanjang sesi kuliah.

Selingan: Lamanya que nak jumpa Dr Seri Buana Zainudin ni. Minggu lepas appointment 11.30 pagi, dapat jumpa 3:30 petang. Nangis! Hari ni appointment 10:30. Sekarang ni 11:32 dok tau mana lagi. Harap dipermudahkan urusan hari ini. Maaf lari topik. Sambil tunggu giliran. Pakcik dah tua. Gini la...

Di Marang, Terengganu pun begitu juga kisahnya. Setiap pagi Jumaat Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi mengajor. Memang jadi tempat masyarakat mencari rezeki.

Berniaga Di Facebook

Ramai silap faham dan silap cara menggunakan Facebook sebagai medium jualan. Bagi sesetengah perniagaan dan produk, Facebook tidak efektif sebagai medium jualan secara terus, manakala bagi sesetengah produk, medium ini amat berjaya berbanding kedai fizikal.

Barangan berbentuk pakaian dan perhiasan diri misalnya, memang terbaik menggunakan Facebook dengan terus jadikan sebagai catalog jualan.

Namun bagi perniagaan berbentuk perkhidmatan mahupun produk kesihatan, medium ini lebih memerlukan kepada testimonial dan perkongsian. Insurans misalnya. Jarang kita lihat consultant uang berjaya terus menceritakan harga dan plan yang ada. Tapi mereka berkongsi kejayaan, berkongsi penyerahan cek manfaat kepada client, dan perlbagai perkongsian lain. Mereka memberikan kesedaran tentang kepentingan produk.

Ambe pulok misalnya, dalam dunia makanan. Kita berkongsi gambar makanan berbeza setiap hari. Dari pelbagai makanan ini kita akan lihat statistik likes ataupun reach makanan mana yang mencapai hits tinggi. Dari situ kita tau apa minat pelanggan dan orang ramai.

Keduanya, sebagai tempat para pelanggan kita berkongsi gambar mereka pula. Jadi kita seharusnya ada sekurangnya page atau place untuk di tag oleh pelanggan. Feedback negative harus dilayan seeloknya. Jangan sesekali melintang angin. Lihat cara customer service Air Asia atau Astro melayan komen di Facebook mereka. Sabar, tenang dan bermaklumat.

Sentiasa utamakan niat berkongsi daripada niat untuk menjual. Insya Allah jualan akan terjadi sendiri hasil perkongsian kita. Tips-tips misalnya elok dikongsikan mana yang berkenaan dengan bidang kita.

Ingat ambe pesan ni, (macam pakar pulok), Facebook is a sharing medium, not a selling medium). Gunakan Facebook Ads. Bayar la sedikit untuk dapatkan perhatian dunia. Bajet sebanyak RM500 mampu memberikan anda sehingga 4000 likers (pengguna sebenar). Bayar kepada Facebook. Bukan kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan ini secara sendiri.

Lagi satu Instagram. Hok ni ambe cerita dalam entry lain. Kelebihan tersendiri Instagram.

Sehingga kini ambe, ambe dah create beberapa Facebook Page dari awal. Paling tinggi ada 50,000 likes. Paling rendah ada 300 likes. Yang 300 likes tu tanpa post terkini, tanpa bayaran untuk ads. Sekadar parking page dan place. Selainnya Alhamdulillah, minima 2000 likes ke atas.

Saturday, December 13, 2014

Premis Niaga Bertingkat

Straight to the point. Bagi pemaju, membina premis perniagaan paling tinggi 3 tingkat adalah lebih laris jualannya berbanding membina satu bangunan tinggi lampai dan premis niaga ala-ala shopping complex.

Di Kubang Kerian contohnya, sedang giat pembinaan bangunan baru sekitar Mydin. Corak pembangunan juga amat strategik, pemaju membangunkan lot bangunan yang terkedepan dahulu (value tinggi) dalam satu atau dua row. Kemudian bila dah penuh dibeli, dibangunkan pula lot yang murah, belakang dan tengah. Bila dah penuh yang ni, baru dibangunkan semula lot tepi dan hadapan atau keliling pusat pembangunan tadi dengan value yang tinggi semula.

Cara yang sama dipraktikkan di sekeliling TESCO Kota Bharu. Dengan ini, semua bangunan dimiliki dan terjual. Baru dibina fasa seterusnya. Kalau buat sekaligus, semua pakat nak yang tepi dan ke depan.

Kemaman Centre Point tergugat dengan pembangunan bangunan rendah di sekelilingnya. Ramai peniaga turun dan beralih ke bangunan yang lebih rendah. Mudah pelanggan nak akses.

Yang paling tenat di Kota Bharu ni adalah Bazaar Tengku Anis. Nyaris berhantu bermula tingkat satu ke atas. Tiada sambutan. Bazaar Tok Guru alhamdulillah, walaupun perlahan di peringkat awal. Penuh juga sekurangnya tingkat 1 dan 2. Tingkat atas sekali ada la tempat makan sikit. Kadang kala ada aktiviti jualan atau karnival tertentu.

KB Mall sendiri dulunya mengambil masa untuk dipenuhkan. Sekarang memang berjaya tahap gaban dengan penambahan dua tingkat lagi dengan tarikan panggung wayang, IT City, bowling dan tempat parking yang selesa.

KBTC (Parkson). Yang ni masih kritikal bahagian atas. Kosong.

Di Kuala Terengganu pun dah mula siap Paya Bunga Square. Beberapa minggu selepas pembukaan Mydin Gong Badak. Dua-dua ni aku tak sempat usha lagi.

Ho Chi Minh

Sekitar setahun yang lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma ambil masa sekitar 2 jam gitu.

Biasanya orang gi Vietnam ni sambil melancong tu ialah sambil shopping, dan ramai yang berniaga barangan dari Vietnam ni. Paling banyak barangan di sini adalah berbentuk fabrik. Samada kain cotton, baju kurung dah siap, serta telekung solat perempuan.

Selain tu macam kot lelaki pun, boleh ukur dan tempah on the spot. Esokkannya siap dihantar ke hotel. Harga memang murah.

Purata kemasukan orang Malaysia ke Vietnam adalah 1000 orang sehari. Ni mamat Vietnam yang cakap. Aku pun tak pernah survey pasal ni. Tapi jalan kat area Pasar Ben Thanh tu, memang ramai pun orang Malaysia. Melayu pulak tu.

Padan la tukang jual pun asyik duk abang kakak abang kakak, murah-murah. Yang fasih Bahasa Melayu pun ada.

Yang hebatnya di sini. Aku perhatikan, bagaimana Vietnam mampu membawa pembeli masuk ke negara dia terus kepada penjual, pengusaha malah pengilang untuk berurus niaga, tanpa mereka perlu mengeksport barangan mereka. Pembeli sendiri yang datang beli, bawak balik sendiri. Pendek kata tak perlu pergi bukak kedai kat Malaysia ni.

Makan mudah kat sini. Banyak restoran halal. Layanan masyarakat dia terhadap orang Malaysia memang terbaik.

( Try update blog ni kot telefon sekali. Maaf la kiter darat baru nok teraaa. )

Saturday, November 1, 2014

High Back Golden Arowana

Ini adalah arowana ketiga aku. RM350 seekor. Jenis High Back Golden. Entah kenapa dah murah sekarang pun aku tak tau. Kalau dulu harga bagi seekor panjang 6 inci ni dah mencecah sekitar RM1,000. Aku beli di Pusat Akuarium Ocean, Jalan Gajah Mati, Kota Bharu. Tauke tu cakap dulu baka Malaysian ni harga mahal sebab kita eksport ke luar. Sekarang negara yang import dari kita tu dah breed sendiri. Haa.. Naya jugak jadinya yang invest sana sini kat kolam arowana tu. Sekali harga dah tak macam dulu.

Apa pun ikan ni cukup sihat. Dalam akuarium besar aku sekarang, aku campur HB Golden ni (belum ada nama) dengan tiga ekor Discuss, lima ekor Lampam biasa, seekor Ikan Bandaran, dan empat ekor Udang Krai. Sebenarnya aku beli skali seekor Silver Arowana bersama HB Golden tu, tapi tak sampai dua minggu kene baham di udang krai yang besar sekor tu.

Peringkat awal HB Golden ni macam malas sikit nak makan. Was-was pun ada bila aku lepas anak ikan banyak-banyak sekaligus. Nak makan sekor punyalah lama aku tunggu nak tengok. Sekarang aku baru start ajar makan ulat. Masuk hari ketiga baru pickup menyambar. Aku biarkan dia lapar dulu. Baru dia cepat sambar. Paling banyak dia makan dalam satu masa tiga ekor. Kalau campak yang keempat mesti ulat tu sampai ke lantai akuarium. Maka bersegeralah udang krai menjamu selera.

Setakat ni hasil campuran ke semua ikan di atas ni agak menarik. Arowana jadi king di bahagian atas, udang krai king bahagian bawah. Tapi yang Super King setakar ni memang udang krai aku yang besar sekor tu. Memang takde yang berani dekat.

Sunday, September 14, 2014

Bisul Duduk Atas Bantal


Pernah dengor dok orang-orang tua dulu larang jangan duduk atas bantal. Nanti naik bisul. Mungkin muda-muda lening dok tau pasal ni. Ataupun budak-budak skoloh lening pun mungkin dok tau dan rok rajin dengor duduk atas bantal jadi bisul. Tapi untuk orang lama, aku gerenti, walaupun ramai dok percaya dan tahu apa kene mengena bantal dengan bisul, namun kita dok sanggup nok duduk atas bantal. Kalu duduk pun mesti rasa pelik kan? Hehe.

Itulah bisanya kata orang tua.

Se lagi kalu meniarap, kaki jangan angkat ke atas / lipat ke atas, nanti mok cepat mati. Haha. Hok ni pun lagi jauh dari segi kelogikan dan hubung kait lipat kaki masa meniarap dan ajal mok kita. Tapi aku sampai lening dok akan angkat kaki. Bimbang jugok mok kiter mati awal. Mok dan Ayoh ambe alhamdulillah sihat lagi. Malah dengan umur dia berbanding aku ni, rasanya lebih sihat diaorg lagi. Semoga Allah memanjangkan usia kedua mereka dalam ketaatan. Boleh aku tumpang lagi keberkatan doa mereka. Doa ibu khususnya.

Allahurabbi.

Anak-anak aku? Haha. Memang aku larang semua di atas. Tapi aku dok kabo la sebab aper! Hehe!

Spekulasi Dan Pelaburan

Ni ilmu baru yang aku dapat. Aku dok pernoh belajor ekonomi. Bisnes pun dok pernoh. Tapi terdengar dalam satu wawancara dalam tv berkenaan harga rumah. Aku dok dengor sangat topik yang dibualkan. Cuma terdengar bila dia sebut hal spekulasi ni.

Kononnya ada orang yang pitih lebih ni ingin melabur dalam hartanah. Tapi sebenarnya dia bukan membuat pelaburan tapi menjadi speculator. Hoh! Guaner pulok tu. Ginih ceritanya..

Ok contoh kita beli satu hartanah. Ikut la rumah ke tanah ke bangunan ke. Jadi kita bagi la orang sewa atau kita guna untuk apa-apa tujuan yang manfaat. Sebab hartanah ni aku dok pernoh lagi dengor turun harga. Atau mungkin kita nak jual suatu hari nanti. Ini mungkin pelaburan.

Berbanding dengan kita banyak pitih. Bila ada orang jual hartanah, kita beli, naikkan harga dan jual dengan segera. Ni lebih kepada speculator. Kita memaksa hartanah ni naik harga dan mengurangkan peluang sebenar orang yang sepatutnya menggunakan hartanah tersebut untuk tujuan tertentu. Susoh jugok aku nok explain. Pendek kata, jenis sajer-sajer, banyak pitih atau untuk dapatkan untung segera tengah jalan. Macam orang tengah dalam urusniaga.

Sebab tu harga rumah lening macam setang. RM 400,000 tu main-main jer lening. RM 1 Juta pun biasanya. Tiada satu harga standard yang ditetapkan oleh mana-mana badan mahupun agensi kerajaan. Asalkan orang boleh beli dan permintaan ada, boleh jalan berapa juta pun sbutir. Tahun depan 2015 banyak desas-desus akan kenaikkan harga rumah. Kita tengok jer la.