Monday, December 15, 2014

Berniaga Di Facebook

Ramai silap faham dan silap cara menggunakan Facebook sebagai medium jualan. Bagi sesetengah perniagaan dan produk, Facebook tidak efektif sebagai medium jualan secara terus, manakala bagi sesetengah produk, medium ini amat berjaya berbanding kedai fizikal.

Barangan berbentuk pakaian dan perhiasan diri misalnya, memang terbaik menggunakan Facebook dengan terus jadikan sebagai catalog jualan.

Namun bagi perniagaan berbentuk perkhidmatan mahupun produk kesihatan, medium ini lebih memerlukan kepada testimonial dan perkongsian. Insurans misalnya. Jarang kita lihat consultant uang berjaya terus menceritakan harga dan plan yang ada. Tapi mereka berkongsi kejayaan, berkongsi penyerahan cek manfaat kepada client, dan perlbagai perkongsian lain. Mereka memberikan kesedaran tentang kepentingan produk.

Ambe pulok misalnya, dalam dunia makanan. Kita berkongsi gambar makanan berbeza setiap hari. Dari pelbagai makanan ini kita akan lihat statistik likes ataupun reach makanan mana yang mencapai hits tinggi. Dari situ kita tau apa minat pelanggan dan orang ramai.

Keduanya, sebagai tempat para pelanggan kita berkongsi gambar mereka pula. Jadi kita seharusnya ada sekurangnya page atau place untuk di tag oleh pelanggan. Feedback negative harus dilayan seeloknya. Jangan sesekali melintang angin. Lihat cara customer service Air Asia atau Astro melayan komen di Facebook mereka. Sabar, tenang dan bermaklumat.

Sentiasa utamakan niat berkongsi daripada niat untuk menjual. Insya Allah jualan akan terjadi sendiri hasil perkongsian kita. Tips-tips misalnya elok dikongsikan mana yang berkenaan dengan bidang kita.

Ingat ambe pesan ni, (macam pakar pulok), Facebook is a sharing medium, not a selling medium). Gunakan Facebook Ads. Bayar la sedikit untuk dapatkan perhatian dunia. Bajet sebanyak RM500 mampu memberikan anda sehingga 4000 likers (pengguna sebenar). Bayar kepada Facebook. Bukan kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan ini secara sendiri.

Lagi satu Instagram. Hok ni ambe cerita dalam entry lain. Kelebihan tersendiri Instagram.

Sehingga kini ambe, ambe dah create beberapa Facebook Page dari awal. Paling tinggi ada 50,000 likes. Paling rendah ada 300 likes. Yang 300 likes tu tanpa post terkini, tanpa bayaran untuk ads. Sekadar parking page dan place. Selainnya Alhamdulillah, minima 2000 likes ke atas.

1 comment:

  1. The best real money casinos | Casinoowed
    Discover the best real money 인카지노 casinos หารายได้เสริม available for US players 2021. Discover which sites give you the best bonuses & games.‎Top Casino Games 메리트 카지노 주소 · ‎Playtech · ‎Playtech Casinos · ‎The Best Bitcoin

    ReplyDelete