Sunday, August 24, 2014

Pengendali Makanan

Antara syarat yang perlu ada untuk mendapatkan lesen niaga / permit dari MPKB-BRI (untuk Kota Bharu) bagi jenis perniagaan makanan adalah Kad Pengendali Makanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kad ni akan kita perolehi setelah menjalani kursus pengendali makanan dan mendapatkan suntikan anti tifoid. Ok, aku just nak cerita prosedur untuk Kota Bharu.

Kalau dulu, kita boleh dapatkan suntikan dulu dan pergi kursus kemudian. Sekarang ni, kene tunjuk sijil kursus dulu baru boleh dapatkan suntikan. Jadi, kene la pergi kursus dulu. Kat Kota Bharu ni, kursus dikendalikan oleh:

MF Solid Trading, Tingkat 2
Lot 188, Seksyen 12, Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu, Kelantan
09-7942502 / 019- 9497070

Ini senarai oleh KKM yang aku baru Google sakni. Kalau nak tau senarai company yang handle kursus seluruh Malaysia boleh la buka:


Tapi biasanya aku call nombor ni 019-9531515. Company sama jugak MF Solid Trading tadi. Nama tuan telefon aku tak tau. Lelaki. Tempat kursusnya dari alamat tadi tu, betul-betul depan Maybank Jalan Mahmood. Pergh. Siap bagi iklan free kat MF Solid Trading. Aku takde kene mengena dengan company ni. Staff aku yang baru lapor diri, memang aku terus call no ni untuk daftar kursus. Biasanya Jumaat. Sambil tunggu diaorang boleh la aku layan kuliah kat Medan Ilmu tak jauh dari situ. Dulunya aku ikuti kursus dengan company lain. Jalan Dusun Muda. Tak jauh dari Wisma Persekutuan. Oh ye, harga kursus masih sama. RM50. Masa dalam 2-3 jam gitu.

Lepas dapat sijil, terus la pergi dapatkan suntikan anti tifoid tadi. Anti tifoid ni suntikan / vaksin untuk elak terkena penyakit berjangkit wabak bawaan air. Sekali cucuk tahan 3 tahun. Aku baru dua kali cucuk. Tu pun tunggu kad mampus dulu. Untuk Kota Bharu, pergi Klinik Kesihatan Kota Bharu sbelah Stadium Sultan Muhammad IV tu. Masuk pintu besar, terus ke kaunter kiri. Tunjuk sijil. Then ambil nombor serta buat bayaran. Harga aku lupa. RM15 kot. Hari yang dikhaskan untuk suntikan pun ada jugak. Tapi aku lupa lagi. Hua! Hua! Hua! Tak silap Selasa hingga Khamis gitu.

Dah ada sijil, dah dapat slip suntikan. Nak buat kad tempat lain pulak! Kene pergi Pejabat Kesihatan sbelah bangunan Telekom Malaysia dekat stesen bas Kota Bharu tu. Pastikan pergi awal. Kalau tak merana lah. Ada hari tertentu jugak. Kad cuma buat hari.. Alamak lupa lagi. Ades! Hari… Isnin dan Khamis rasanya. So kalau nak dapatkan hari sama suntik dan buat kad. Pergilah hari Khamis. Sekali lagi pastikan awal dan bergerak pantas. Nombor giliran dapatkan di pondok pengawal. Kad boleh terus dapat hari tu jugak.

Sekiang!

Dulu aku sponsor jer kos kursus dan suntikan ni untuk anak-anak buah kat kedai. Tapi sekarang sebab selalu sangat tukar-tukar pekerja, jadi aku terus hantar kursus dan dapat suntikan dan terus potong dari gaji. Kad dan sijil aku bagi masing-masing pegang. Sukati la lepas ni nak kerja mana pun. Harga suntikan untuk bukan warganegara sekitar RM30 gitu. Lupa beb!

Sekiang sekali lagi! Tua doh. Nyanyok boh! Maaf deh.