Wednesday, August 29, 2012

Tukang Masak Siam

Kita biasa dengar orang sebut orang Siam sedangkan yang dimaksudkan itu mungkin sedara-mara kita di Selatan Thai yang sebenarnya ialah orang Melayu dan beragama Islam. Aku sering diajukan soalan oleh pelanggan kedai makan aku tukang masak orang mana? Aku sentiasa menyebut dengan tepat iaitu orang Pattani dan kebiasaannya akan di balas "Ooo... Ore alik sano, patut la sedap". Ore alik sano (orang sebelah sana) juga antara nama feveret masyarakat Kelantan menggambarkan orang Selatan Thai yang berada di seberang sempadan.

Kelebihan tukang masak Selatan Thai ni diakui selain masakannya yang sedap (biasanya dipelajari dari pengalaman dari bawah) adalah kecepatan mereka menyiapkan sesuatu hidangan. Nasi goreng biasa boleh disiapkan dalam masa seminit dua. Selain tukang masak, pekerja kedai makan / kedai tomyam dari Selatan Thai biasanya lebih rajin bekerja dan tidak memilih jenis kerja, semua dibuat dari persiapan bahan basah, persiapan kedai (susun atur meja kerusi), basuh pinggan, cuci lantai kedai, semua sekali boleh diharap.

Kekurangan pula yang paling diketahui ramai adalah bila mana mereka ini pulang ke kampung. Punya la liat nak bleh datang balik walau gaji setinggi mana pun. Ini tabiat yang sukar diubah bahkan menjadi satu pandangan serong masyarakat terhadap pekerja Selatan Thai. Mereka bagus bekerja tapi kebagusan dan kerajinan itu sekelip mata nyaris dilupakan dek kerana tabiat mungkir janji ketika pulang ke kampung. Mesti jugak sekurang-kurangnya sehari cendeng (mengelat). Menjadi satu masalah kepada pengusaha restoran untuk menyatakan hari mula berniaga setiap kali kedai cuti.

Beberapa cara telah dicuba, seperti meminimakan jumlah pekerja di kalangan mereka, contoh tukang masak sahaja diimport, selebihnya pekerja dari penduduk setempat, tapi masalah lain pula dikesan, mereka kurang memberi kerjasama dan sentiasa tidak berpuas hati dengan tahap kerja orang-orang kita. Akhir sekali mogok tak nak memasak. Terpaksa la pakcik sendiri turun padang memasak. Sekurang-kurangnya kedai bukak dan berjalan seperti biasa.

Kedai aku kini 100% menggunakan pekerja Selatan Thai, nak bagi sebulu, tapi mereka la yang jadi bos, takde mereka tak berniaga la aku. Kebanyakkan mereka masih muda, 20-30 an. Yang belum mahir dan ada minat akan cepat belajar dan dapat menjadi tukang masak dengan pantas. Ukhuwah sesama mereka kuat lebih-lebih lagi yang satu kampung.

Kepada orang Selatan Thai yang terbaca entry ni jangan amik hati. Seharusnya diterima dengan lapang. Ini adalah fakta dan pergi la tanya mana-mana pengusaha kedai tomyam pasti ditemui masalah yang sama. Tok sah kata tokey orang sini, tokey abang diaorg sendiri ke, orang kampung dia sendiri ke, masalah tetap sama.

Di sini aku nak nasihatkan khususnya pekerja kedai makan dari Selatan Thai, rancanglah percutian anda. Maklum lebih awal bila nak balik dan rancang betul-betul lama mana nak balik. Sebulan ke setahun ke. Asalkan dirancang dan dimaklum dengan awal. Kita tak kisah nak cuti lama mana, tapi bila tarikh kembali bekerja seperti yang telah dijanjikan sila lah bertugas. Ini adalah amanah. Hidup kita akan lebih bermakna dan diberkati.

Satu yang aku perasan, walau dengan kemahiran dan gaji yang agak tinggi mereka perolehi, jarang dapat mencipta satu kehidupan yang selesa. Aku duk perati mungkin kerana mereka tidak kekal dengan satu kedai yang membolehkan partnership dilakukan. Keduanya mungkin disebabkan hilang keberkatan akibat sering memungkiri janji. Sering kali! Apakan daya, nak berkeras jawabnya sekali mogok, tak berniaga la aku.

Kesimpulannya, kita tengok la sejauh mana dan apakah perancangan aku ni berjaya untuk melalui atau melakukan perubahan kepada masalah ini. Perlukan diwujudkan satu konsortium / agen pembekal pekerja kedai makan. Atau inisiatif dan keistimewaan lain sebagai penggalak atau juga peringatan dan teguran ikhlas dan pandangan dari segi Islam lebih menyentuh jiwa mereka untuk sekurang-kurangnya tepati janji terlebih dahulu. Wallahualam dan semoga Allah melembutkan hati kita semua.

Sunday, August 26, 2012

Beraya Di Jalan Raya

Alhamdulillah dapat kembali sentuh-sentuh MBA (Macbook Air) yang hebat ini. Rindu ntah berapa hari tak sentuh (hampir lupa hari). Raya kedua malam bertolak ke KB dari KT. Raya ketiga pagi sertai gathering raya tahunan besar-besaran keluarga di KB, petang sempat memenuhi jemputan raya business partner.

Raya keempat, seawal 8:00 pagi dah ke Temerloh gi belarok (rombongan pengantin lelaki) anak sedara. Hari yang sama dari Temerloh terus ke KL. Melepak di sana dua malam. Rezeki perjalanan dan penginapan hatta pemakanan disponsor. Raya keenam lagi awal, kul 7:00 dah gerak ke Pulau Pinang dari KL belarok lagi, kali ni sepupu pulak. Ntah apa kedudukan bapak mertua dia, aku nampak tadi di kenduri Dato Salleh Man hadir, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pon hadir. Nampak macam orang kuat PKR kot. Bakal calon le tu kot.

Habis kenduri terus balik ke KB. Sampai terus capai MBA.

Bagi manusia jakun gadget, ni la kali pertama aku berada di jalan raya dengan GPS (Sygic), amat membantu. Berada di KL aku sempat melahap di Wadi Hadramawt, memang maut. Hilang kempunan aku terhadap nasi minyak yang gagal capai tahap kepuasan walaupun pekene dua kali di Terengganu. Kambing dia masya Allah. Tu pon orang kata nasi mandy kat Saba Restaurant lagi sedap. Bagi aku dah capai tahap yang aku nak, saje nak menerai kat Saba tu mungkin tak la kot kecuali kebetulan. Hadramawt ni pon orang belanja lagi. Dengar kata tempat ni mahal. Gambar di dinding nampak Tun Abdullah Badawi pon pernah makan, Maher Zain pon ada.

Keesokan pagi aku ke satu medan selera, banyak gerai, lauk gila babi banyak. Dipelori Indon. Lauk ok, kene dengan selera. Sambil makan sambil terasa berada di Indon. Keliling minah Indon duk bising amik order dari pelanggan berurusan sesama mereka. Yang satu hujung tu gerai roti canai bagai tu sure la India.

Di kenduri di Penang tu plak, cateringnya pon India / Mamak. Nasi minyak!!! Oh sungguh sedap. Cukup la untuk tahun ni. Aku dah berpuas hati dengan keterliuran nasi minyak. Hajat tercapai dengan jayanya tanpa diduga. Aku lupa beberapa point untuk ditulis diblog ni. Insya Allah lain kali bila teringat.

Sekian lama bercuti (sebulan lebih). Isnin (lusa) kembali bertugas.

Sunday, August 19, 2012

Hari Raya 2012

Menulis di malam raya. Mercun dah mula reda di kampung aku ni. Kat mana? Kuala Terengganu. Mat-mat moto di seluruh pelusuk kampung sibuk duk setting muto dari tadi. Plat dah tukar dengan tulisan hari raya. Menjelang subuh esok macam biasa la, akan bz pula di wad kecemasan hospital. Zaman muda dulu aku pernah juga ikut-ikut, bila dah masuk 3-4 pagi, jalan sunyi, racing pon dah takde, maka ke wad kecemasan la tempat dituju. Tunggu ambulan bawak masuk sorang-sorang yang eksiden dek lumba motor di serata tempat. Doktor pon macam dah malas nak layan, asal malam raya, malam tahun baru, ni jer kerja. Tak lama lepas tu datang pulak mak bapak menangis-nangis tengok anak menggelupur kesakitan.

Rutin raya aku plak tak berubah sejak aku kenal dunia ni sampai ke hari ni. Sama saja. Tak perlu aku detailkan di sini. Esok kalau nak solat raya dengan Sultan Terengganu bleh ke masjid negeri di Ladang / Batu Buruk, Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Tapi aku mengenalinya dari kecil dengan nama Masjid Ladang. Dulu warna kuning keemasan dinding dan kubah. Sejak BN menang balik dari Terengganu tahun 2004, masjid ni dah jadi kaler biru. Di zaman Idris Jusoh banyak masjid baru dibina di mana-mana. Besar-besar. Masjid sedia ada dibaikpulih dan dikemaskini. Ada yang dah siap dan ada yang masih belum siap hingga kini. Satu masjid berjuta-juta.

Aku rindukan khutbah hari raya dari seorang Menteri Besar di masjid negeri. Pengalaman pertama bagi aku apabila MB Terengganu ketika pemerintahan PAS, disampaikan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang tiba bersama dengan Sultan Terengganu ketika itu. Sambutan rakyat melaut. Teringat juga solat terawih diadakan di tepi Pantai Batu Buruk, berhadapan pentas yang sebelum itu ada karaoke secara bebas / terbuka. Sekarang aku tak pasti ada tak lagi acara sebegitu.

Tol 50 sen sehala di Jambatan Sultan Mahmud diroboh dan dimansuhkan. Patung penyu di Bulatan Penyu ditukar dengan replika batu bersurat dan kini dikenali dengan nama Bulatan Batu Bersurat yang lebih simbolik bagi identiti negeri Terengganu Darul Iman. Kalau tak sampai sekarang la duk tawaf penyu belimbing hitam tu.

Malam ni kami sekeluarga lepak di rumah saja termasuk orang tua aku. Sama-sama berjemaah dan bertakbir raya di rumah. Harapnya nasi minyak di rumah nenek pagi esok memecah kempunan aku bagi tahun ini. Sukar betul nak jumpa nasi minyak di kenduri kahwin di Kelantan. Dah ada ke orang yang singgah di blog aku ni? Ahaha. Apa pun (dengan penuh perasan) selamat hari raya diucapkan kepada yang sedang menatap blog ini. Semoga tahun depan dapat beraya dengan MB Terengganu yang baru pulak. Amiin.

Wednesday, August 15, 2012

Kalimah Allah

Memang teruja bila kalimah Allah tertera di badan ikan, terbentuk oleh awan, pada buah, tak masuk lagi di permata. Memang akan masuk akhbar atau menjadi perbualan di internet. Kadang-kadang kita bleh dapati koleksi gambar-gambar ini dijual atau dibukukan. Itulah kebesaran Allah. Sekali sekala tertera jugak kalimah Muhammad.

Tapikan, Kalamullah (al-Quran) yang terbukti kemukjizatannya, kesahihannya, datangnya pula dari Allah, dipelihara kandungannya hingga kiamat, siap beribu kalimah Allah di dalamnya tertera, penyembuh penyakit, mententeramkan jiwa, beroleh pahala dengan membaca / mendengar pendek kata membawa kita ke syurga.

Cuma ada sesetengah orang lebih teruja pada yang kabur-kabur kelihatan dari yang terang lagi sahih.

Qaryah Ramadhan

Semalam aku berkesempatan ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu. Ini kali pertama aku menjejak kaki masuk ke dalam khemah solat di Qaryah Ramadhan ni. Tidak begitu luas tapi sedang molek (sesuai) dengan jumlah kehadiran dan keluasan tempat di situ. Berbentuk memanjang iaitu saf tidak banyak tapi panjang. Aku berada di bahagian kiri di mana saf perempuan berada, lebih kurang tiga saf lelaki dan seterusnya perempuan. Manakala sebelah kanan semuanya saf lelaki.

Macam biasa saja, suasana sejuk, tempat ok, karpet selesa. Bermula ajer imam mula membaca surah lepas Al-Fatihah, bulu roma aku dah start meremang sampai ke hujung kaki kebas-kebas dek aura bacaan dia yang subhanallah tak tau nak cakap. Tapi beberapa ketika lepas tu aku terganggu dengan speaker yang gila babi kuat nak pecah telinga. Mungkin sebab berada betul-betul depan speaker kot. Kemudian diselangi dengan tazkirah antara empat rakaat pertama tarawih.

Kupasan menarik. Antara isinya, apa peliknya jika Lailatul Qadar singgah di malam genap, mungkin genap bagi kita di Malaysia, tapi ganjil di Makkah misalnya kerana malam istimewa itu datang sekaligus. Antara tanda yang ketara adalah keesokkan harinya yang lain macam cerahnya, tidak panas, dan tidak berbayang. Tapi biasanya akan berlaku beberapa hari dalam bulan Ramadhan. So susah jugak nak kata exactly hari mana.

Sepanjang tazkirah berlangsung ada dua paparan projector di dalam khemah dan satu di luar khemah. Empat rakaat seterusnya alhamdulillah imam kedua baca takde plak nak pecah speaker tu. Then baru aku perasan masa tazkirah pon ok ajer speaker tu. So mungkin pihak penganjur kene adjust bersesuaian dengan kenyaringan suara imam. Selepas tarawih ada tadarus al-Quran berterusan dan bergema satu Kota Bharu. Tapi kat gerai-gerai makan sbelah tu di Medan Usahawan tu sama naik dengan bunyi tv masing-masing. Inilah Kelantan yang aku kenal, sama-sama hebat. Tapi apapun bijak memilih kerajaan.

Qiamullail aku berkesempatan singgah lagi. Dibekalkan dengan sahur nasi putih, gulai lemak udang, ikan goreng, timun dan sambal belacan oleh penganjur. Beratur amik dari dalam bonet kenderaan. Komen peribadi aku, bagi yang jauh tu mungkin tak berbaloi sangat untuk singgah setiap malam atau berkampung di sini. Keistimewaan berbuka dan bersahur free pon rasanya masjid-masjid lain pon ada. Masjid kat kawasan kita pon insya Allah ada imam yang mampu menyentuh hati kita dengan bacaannya yang tersendiri walau bukan imam import. Suasana kelainan tu aku gagal merasa. Tapi bergantung kepada masing-masing. Ada beberapa kenalan aku yang jatuh cinta dengan Qaryah Ramadhan walau habis masjid dicuba. Walaubagaimanapun insya Allah tahun depan aku singgah lagi.

Sunday, August 12, 2012

Logo Satu Malaysia

Kalau kita perasan, agak sukar nak lihat logo UMNO tersergam berbanding logo 1Malaysia samada di baju korporat, topi atau apa-apa bahan cetak, banner dan sebagainya. 1Malaysia aku rasa berjaya menjadi satu logo atau rebranding kepada logo UMNO dan BN. Mungkin orang UMNO sendiri muak tengok logo dia kot. Tak caya cuba ko tampal logo UMNO di kenderaan orang kuat UMNO. Aku rasa ramai jugak yang buang malu nak bawak kereta atas jalan.

Berbeza dengan sekalian orang PAS, dengan penuh bangga menayangkan jati diri sebagai orang PAS. Tok sah kata logo, gambar Musyidul Am pon ada ditampal. Bukan taksub, tapi sayangkan ulama dan cintakan pemimpin yang bagus. Aku rasa tak susah nak berkempen untuk PRU13 ni, memadai la setiap jentera PRU di seluruh pelosok kawasan tampal ajer gambar Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor kesayangan kita. Gambar yang elok dan standard. Jangan yang kartun atau di tulis macam-macam. Simple, gambar dan tulis kat bawah Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor. Mesti orang UMNO suka tengok isteri PM kita :) Aku tengok sekitar jalan di KB ada tertampal gambar Dato' Zaid Ibrahim tanpa sebarang teks. Gambar semata-mata. Secara psikologinya bila tengok orang teringat. Suka atau tak itu belakang kira.

Buat masa ini, aku percaya, orang UMNO lebih rela mengenakan logo 1Malaysia sebagai pengenalan bagi mereka berbanding logo UMNO itu sendiri atau lambang dacing BN tu. Diaorang tahu rakyat kurang senang melihat logo-logo lama tu.

Penghujung Ramadhan

Blog ni kadang nampak menjurus kepada cerita kehidupan aku la plak. (Aku cuba elakkan). Majlis berbuka puasa di masjid tadi berjalan lancar. Lembu sampai agak lewat. Siap disembelih cuma perlu dilapah. Tenghari tu gulai dah ready dalam kawah. Kali pertama aku menolong kerat tulang (mengapak). Nak terkoyak jugak otot belakang kanan ni. Pisau melapah aku menjalankan tugas dengan cemerlang. Berjaya lepak lama sikit di khemah memasak.

Selepas terawih sempat merujuk kepada orang-orang lama tentang status jolokan Istana Air Mata. Sepakat yang berada di situ mengatakan sebab dibina atas tanah rakyat. Macam mana pengambilan aku tak tanya. Cuma aku tanyer bila Istana Negeri, Kubang Kerian tu dibina, yang menjawab sekitar zaman Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob menjadi MB Kelantan. Aku google jap dapat la tarikh antara 1978 - 1990. Tutup cerita. Tanak ungkit lagi pasal ni. Saper nak tau tarikh tepat pembinaan istana tu cari la sendiri. Kalau terjumpa fakta sahih, tolong la share.

Ni minggu terakhir Ramadhan. Quran jarang dibelek laju dari muka ke muka berbanding tahun lepas. Misi aku ke Qaryah Ramadhan belum tercapai. Harap sempat sebelum pulang ke Terengganu.

Saturday, August 11, 2012

Istana Air Mata

Hari ni dapat maklumat baru iaitu Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu juga ada sesetengah masyarakat lama menggelarnya Istana Air Mata. Aku bertanya kenapa? Dalam hati aku berteka-teki mungkin ada air pancut di pintu masuk istana kot. Tapi katanya istana ini dibina dengan harta dan keringat rakyat jelata. Aku terdiam kejap. Kurang bersetuju mungkin. Aku rasa senibina istana ni tak la lama sangat. So chances untuk kerahan duit dan tenaga rakyat tu hampir mustahil kecuali la zaman dulu kala. Status pengesahan jolokan Istana Air Mata dek kerana air mata rakyat ni aku letak pending dulu. Insya Allah aku cuba dapatkan pendapat beberapa kenalan lain. Kalau pasal kos pembinaan Istana Negara sampai 800 juta tu ok jugak ko nak beri jolokan Istana Air Mata. Air Mata Darah pon takpe. Memang terang-terang gunakan duit rakyat.

Apapun walau apa kisah sebenar disebalik jolokan Istana Air Mata (Istana Negeri) Kubang Kerian ni, selepas kejayaan program Qiam With Me semalam, aku rasa air mata kegembiraan rakyat Kelantan lah yang menitik di karpet gebu dewan tersebut. Eh, arini bersepah gambar program tu kat FB. Yang bangang duk komen kata dibuat sebab nak dapat rekod pon ada. Bodoh! Program ni takde pon letak matlamat kat sebarang banner berapa ribu orang akan hadir. Aku tengok gambar sijil Malaysian Book of Records tu jumlah 6000 tu ditulis tangan. Bermakna catatan kemudian. Rekod yang dicatatkan adalah Largest Participant In A Qiamulail Session. Direkodkan ok! Bukan buat untuk dapat rekod. Sila faham.

Arini aku tido awal lagi. Ni yang cerah mata ni. Tapi aku nak rehat jugak. Esok ada majlis buka puasa di surau berdekatan tempat tinggal aku ni. Alhamdulillah kehadiran aku diterima baik penduduk kampung di sini sejak beberapa tahun lepas. Aku banyak sertai program-program masyarakat di sini berbanding kampung halaman aku sendiri. Pendek kata, kalau keluar ajer rumah ni, sure tak berhenti angkat tangan atau disapa penduduk kampung. Ewah, perasan plak. Saling menghormati sebenarnya.

So diberitakan jugak sekitar jam 8:00 melapah daging. Pisau melapah aku dah ready, sentiasa tajam walau tak diasah. Pemberian tok guru aku dua tahun lepas. Aku masih aktif bersilat sampai sekarang. Tak turun gelanggang pon, masih buka seni sekor diri kat rumah. Sangat minat sebarang jenis self defence. Aku temui kerendahan diri dan keyakinan melaluinya, tapi bila turun dalam gelanggang atau sesama rakan seperguruan, lain plak jadinya. Rasa nak menunjuk-nunjuk itu berputik. Apa penyakit ini. Sukar dibendung. Tu yang malas kekadang nak buat apa-apa di gelanggang. Dan naik seh lagak pendekar sombong.

Mmm.. Biasanya lepas siang daging aku balik. Jarang lepak di khemah memasak. Datang pon dekat nak berbuka dah tolong sikit sebanyak. Tengok la mungkin, esok mood ok, aku bersama orang-orang kampung lama dari biasa. Malam tentunya bertarawih sekali di surau. Orang sini panggil masjid. Jarang ada istilah surau.

Sememangnya istilah surau ni tak wujud dalam bahasa Arab. Ok jugak tu, bila azan dilaungkan 5 waktu, ada speaker kat luar dan dalam, memang berbentuk masjid (bangunan dibina khas untuk solat), ada line-line saf, ada kubah, mudah diakses masyarakat umum, lelaki perempuan boleh sertai sesi solat dalam masa yang sama, bagi aku layak dipanggil masjid walau tak buat solat Jumaat. Pendek kata orang tengok orang tau tempat solat. Dok gitu? Yang kecik-kecik dalam shopping mall / office tu bleh la kita panggil musolla.

Friday, August 10, 2012

Qiam With Tuanku

Alhamdulillah, berjaya jugak menyertai Qiam With Me anjuran JAHEIK & MPKB dengan kerjasama MAIK, PKDK Al-Muhammadi, Kuwait Finance House & Majlis Jaksa Pendamai. Punya la set jam kul 3:00, terlajak jugak bangun 3:45. Semalam agak letih, bawak anak bini buka puasa kat luar then shopping baju raya sikit di KB Mall. Lautan manusia di sana. Parking susah.

Malam tadi aku sempat usha dulu kawasan sekitar istana tu, mana nak parking etc. Malam tu jugak ada solat terawih dan kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus. Aku gagal join yang malam tu. Dah janji ngan anak bini nak keluar. Jemaah masa qiam tu diberitakan seramai 6000 orang dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi jumlah jemaah teramai bagi qiamullail. Mujur la tak kira hamparan sejadah terpanjang. Suhu sejuk sangat dalam dewan. Grrr...

Sahur agak ok, nasi lemak, ayam pedas, telur rebus & timun. Pinggan standard kenduri. Mujur tak pakai pinggan polisterin. Hebat catering dan urusetia yang handle. Steady ajer, tak kelam kabut. Aku nampak Dato' Taki, Dato' Mejar Anizam, Dato' Nik Amar, Dato' Nasaruddin, Dato' Mufti Kelantan. Aku lebih mengenali (cam) YB-YB di Kelantan berbanding di Terengganu. Mungkin minat aku kepada PAS lebih menjadi-jadi sejak berada di Kelantan atau mungkin mereka ini sentiasa menjadi tumpuan media.

Lepas subuh terus balik, aku tak tunggu dah nak tengok keberangkatan pulang Tuanku dan Tengku Mahkota dan VVIP lain. Memang hobi dari kecik suka tengok sultan keluar masjid / apa-apa majlis untuk ke kereta. Then polis motor besar iring. Kali ni terpaksa gerak dulu, aku double park kereta tepi jalan besar tu. Sultan Kelantan pakai plat Muhammad 5 (tulisan arab), manakala aku tengok Tengku Mahkota Kelantan (dalam tulisan jawi). Kan senang tu, ada kelas tersendiri, kalau pon ada bayaran untuk guna plat khas bagi istana tu, aku rasa tak la perlu nak bid sampai setengah juta untuk satu nombor plat.

Nasihat (akan ada sokmo setiap entry). Bila ke masjid lewat tu, double park atau parking menghalang kereta dan lalu lintas. Cepat-cepat la keluar lepas solat. Bagi aku lagi afdhol tinggalkan wirid, doa atau solat sunat untuk alihkan kereta kita cepat-cepat agar tak menyusahkan orang. Kalu nak lepak lama sila datang awal parking elok-elok.

Begitu juga dengan hal handphone berbunyi tengah solat (terlupa nak silent / off). Kalau masih berbaki rakaat dalam solat, pada aku baik la ko matikan handphone yang tengah berbunyi tu walau terbatal solat. Then ko cepat-cepat la kejar balik solat tu dari biarkan mengganggu sekalian jemaah. Kalo terer bleh jaga agar tak terbatal lagi bagus.

Terserempak jugak dengan beberapa kenalan. Tahniah kepada penganjur, kerajaan dan jugak pihak istana. Tak lupa tahniah buat diri aku qiam berjemaah pertama Ramadhan ni. Target seterusnya aku nak merasa terawih di Qaryah Ramadhan pulak di KB ni. Nanti aku citer lepas pegi.

Thursday, August 9, 2012

Kaybee

Gi mano? KB. Berbeza dengan Terengganu yang sebut bandor merujuk ke pusat bandar, di Kelantan ni orang sebut gi KB / Kota Bharu. Biarlah empunya diri yang sebut nak gi KB tu memang duduk di KB pon.

Aku pernah satu ketika menuntut di Kelantan. Masa tu aku perhatikan, cara pemakaian dan trend fashion muda-mudi di sini lebih updated dan searus dengan KL. Yang seksi pon seksi, yang gaya hidup bebas memang sebebas-bebasnya. Yang ni walau lebih dari Terengganu tapi satu keburukkan sebenarnya. Mungkin pengaruh rakyat Kelantan yang berada di KL yang ramai dan jugak berdekatan dengan sempadan Thailand / Golok yang banyak benda negatif kat situ.

Sehingga kini, trend ini masih ketara dan menjadi satu imej buruk kepada Serambi Mekah. Betina kalau dah pakai lengan pendek mesti lain macam cara pakai seluar dan tudungnya. Pakai jugak tudung tu tak tahan tu. Tetek tersembul, punggung tertonggek. Gedik-gedik menjadi siulan abang-abang drebar dan prebet.

Paling panas dan benci, trend ini menjadi buah mulut dan modal bagi pencacai UMNO bila isu K-POP tempoh hari di Putrajaya. Di katanya di Kelantan ada K-POP tersendiri. Memang aku akui, pergi ajer mana-mana pasar malam mesti ada sekurang-kurangnya satu gerai jual CD pasang betina duk nyanyi ala-ala dangdut dan gelek sakan. Seksi macam pelacur. Aku tak pasti memang asal Kelantan atau mari dari seberang. Habis PAS dan Tok Guru Nik Aziz disalahkan dan terpalit dengan betina-betina seksi berjoget ni. Tapi aku gerenti, yang ada dalam video dan penjual CD tu bukan orang PAS. Haha! Kalau UMNO boleh dikatakan. Hehe! MPKB sila tak action peniaga jual CD bodo ni. Biasanya ada tv di gerai untuk tayang video tu.

KB skang ni jem sepanjang masa. Walau dah disusun kembali trafik one way sana sini (sungguh hebat consultant yang susun balik trafik ni) tapi jem jugak terutama hari Khamis dan Ahad. Tapi enggo (boleh tahan) la sikit. Walau agak kotor dek urusniaga siang dan malam, tapi aku tengok pekerja MPKB dah bertungkus lumus selesaikan masalah ni. Yang bermasalah adalah perangai dan sikap orang kita sendiri. Ntah la berapa generasi lagi baru reti nak jaga kebersihan. Bukan nak suruh basuh satu KB ni, tapi memadailah tak buang puntung rokok merata, kencing dalam mangkuk tandas elok-elok, sampah buang dalam tong, tak meludah.

Hal lain aku tak sentuh sangat. KB memang semua ada. Atas kita nak cari yang elok ke yang buruk. Makanan melimpah ruah, emas bertimbun-timbun, manusia bermacam ragam. Mat saleh pon ramai. Menjadi transit kepada pelancong dari atau nak ke Thai. Juga pulau-pulau di Terengganu terutamanya Pulau Perhentian. Lebih dekat khabarnya jeti sebelah Kelantan untuk ke situ. Cuma terubat bila lihat muslimat-muslimat berjubah tudung labuh tidak kurang ramainya di KB. Satu pemandangan yang jarang dilihat di negeri lain.

Bandor

Nok gi bandor! Haa.. Bandor ni merujuk kepada Pusat Bandar Kuala Terengganu. Walau memang duduk tak jauh dari pusat bandar (masih dalam daerah KT) asal nak pergi pusat bandar mesti sebut nak gi bandor. Macam la duduk kat kampung. Kalau yang luar daerah KT pulak, contohnya di Kemaman / Dungun, nak ke bandar KT mesti kata nok gi Terengganu. Ahaha! Ni la kelebihan percakapan di Terengganu. No gi Tranung (ke Kuala Terengganu). Nok gi bandor (ke Pusat Bandar, KT).

Awal puasa ni aku sempat jenguk orang tua di kampung. Sempat round dan pusing bandor dua tiga kali. Belakang Kampung Cina yang sebelum ni dah comel ditambah lagi dengan hiasan pokok lampu dan jalan sebelah bawah tu dah berturap. Aku selalu updated dengan perubahan di KT lebih dari orang Terengganu yang berada di luar Kuala Terengganu (daerah lain).

Bazar Ramadhan di Syahbandar masih sesak macam biasa. Betina seksi kurang bergelewak di bazaar berbanding di Kelantan. Kalau ada yang seksi pon tak terliur tengok, gelap tak macam mek kelate putih gebu. Tak la kurus sangat pahala puasa. Terlupa nak sebut Astaka (shopping center jugak) dalam entry lepas. Aku sempat singgah solat di Surau Dato' Amar (surau Pasar Payang). Surau ni special, kalo smayang di tepi tingkap dia tu, terasa sedang solat atas air. Macam surau terapung. Dari situ, aku nampak tingginya bangunan yang tengah naik sbelah Menara PMINT iaitu Paya Bunga Square. Bakal menjadi mercu tanda baru di KT. Terubat la nak memiliki sebuah shopping mall bertingkat macam di KB dan Kuantan.

Lepas ni bleh la runtuhkan ajer Plaza Paya Bunga sbelah tu. Benci nengok dari dulu tak gerak-gerak. Konon menang balik lepas PAS amik sepenggal aritu terus dicat dan nak bukak la konon. Last-last McD jer yang bukak tepi tu. Dalam satu pon tak bleh pakai. Bangunan tu diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan. Kelakor la. Orang kata McD tu bukak sebab YB Dato' Seri Hj Idris Bin Jusoh yang suruh, dia letih nak ke Kerteh sebab anak dia suka McD (Gosip / Buah mulut orang). Status kebenaran diragui.

Sebut Idris Jusoh (bekas MB Terengganu sebelum Mat Said) kini masih ADUN Jertih dan Pengerusi MARA teringat plak selalu nampak dia kat Airport Pengkalan Chepa. Ni satu lagi kekurangan kita Terengganu berbanding KB. Kekerapan penerbangan Airport Sultan Mahmud kurang berbanding Airport Sultan Ismail Petra. Kekerapan ke KL kalau Air Asia di Pengkalan Chepa adalah 8 kali sehari iaitu purata 2 jam sekali berbanding hanya 2 atau 3 penerbangan ajer di Terengganu. Tapi taraf airport Terengganu antarabangsa. Tiap kali musim haji ada penerbangan terus ke Jeddah. Itu ajer kot kelebihan kita. Pasal Idris Jusoh tu memang la dia ke Pengkalan Chepa sebab rumah dia Jertih. Lebih singkat perjalanan dari dia turun ke KT. Pendek kata hujung Terengganu sebelah utara akan ke KB untuk sebarang urusan. Manakala hujung selatan Terengganu plak akan ke Kuantan. Kat situ kita dah rugi banyak pengaliran tunai.

Kelantan & Terengganu

Kalau bercakap apa-apa hal berkaitan atau perbezaan antara Kelantan & Terengganu ni sentiasa kene perlahan. Kedua-dua negeri ni walau nampak berjiran dan budaya serupa tapi aku duk perati terutama di kalangan peringkat orang tua-tua ni ada semacam ketidakserasian. Kalau tanye sesetengah orang Kelantan mesti macam-macam perkara tak best tentang orang Terengganu dan begitulah sebaliknya. Perkara ni mungkin masih lagi terbawa-bawa oleh muda-mudi sekarang hasil hasutan dan nasihat tidak ada manfaat dari orang lama. Ketegangan ni boleh dilihat tiap kali ada perlawanan bola. Memang lain macam jadinya berbanding bila kedua-dua negeri ni bertanding dengan negeri lain. Aku tak salahkan mana-mana (mungkin terbawa-bawa dari zaman dulu kala yang kedua-dua negeri ni ada sejarah peperangan).

Contoh budu dan keropok, tak payah la nak debat berasal dari mana. Bagi aku berasal dari kedua-dua negeri termasuk la berasal dari Selatan Thai. Dari segi penggunaan dan keluaran pula, tak dapat dinafikan kini budu lebih pesat di Kelantan manakala keropok lebih pesat di Terengganu.

Cuba la kita tanamkan satu pendekatan dan sifat kepada muda-mudi dan anak-anak kita yang orang Pantai Timur ni serumpun, mesti bersatu padu. Kita sentiasa jadi mangsa orang kata negeri miskin. Terengganu jangan duk syok sangat mentang-mentang Kelantan yang selalu kene perli negeri miskin. Aku mampu dan layak bercakap pasal hal ni sebab aku anak jati Terengganu (tinggal di bandar Kuala Terengganu) dan dalam masa yang sama aku kini secara kekalnya boleh dikatakan menetap di Kelantan (Kota Bharu), mencari rezeki di sini.

Bagi aku, Terengganu memang mewah dengan jalan raya berturap cantik, jalan lebar dan luas. Terbaik. Pendek kata, masuk ajer sempadan Terengganu dari sebelah Kelantan ni memang terasa dah masuk Terengganu. Dapat di cam dari jalan sahaja. Tempat peranginan yang amat banyak, pantai cantik terjaga, dan bersih. Itu kelebihan kita di Terengganu.

Kelantan pula, walau kekurangan markah dari segi tempat peranginan dan kebersihan terutamanya, tapi kuasa membeli di sini amatlah besar. Negeri yang selalu dibelasah dengan jolokan miskin ni semakin bertambah-tambah pusat membeli-belah dan perniagaan franchising. Eh, masa aku start jejak kaki ke Kelantan dulu-dulu, McDonalds, Pizza Hut dan 7 Eleven kat sini dah ada yang lusuh signboardnya. Masa tu tak payah sembang, Terengganu memang tak ada lagi. Tup tup bukak la sebiji McDonalds kat Kerteh. Then ada pulak Mesra Mall kat situ. Sedangkan semua itu adalah untuk pasaran pekerja-pekerja Petronas / syarikat Oil & Gas yang bertapak di situ. Yang bergaji besar kebanyakkan orang luar. Bayangkan, bukak di Kerteh dulu then baru di ibu negeri Kuala Terengganu.

Lepas tu adalah Mydin Mall dan Giant di Padang Hiliran, KT. Bangganya orang Terengganu dapat dua hypermarket ni. Selama ni boring dengan The Store, Hock Kee Seng dan Sabasun. Mydin terus mendapat sambutan. Tapi time raya, takkan la nak shopping kat Giant / Mydin kot. Pilihan baju kasut semua last-last cari kat The Store jugak. Yang duk Dungun / Kemaman naik Kuantan. Yang duk Jertih / Besut ni naik ke KB.

Oh kat KB ada shopping mall jugak ke? Ada la dua bijik yang ala-ala KL gitu. KB Mall dan Parkson. Masuk dalam ni memang tak perasan berada di KB. Mydin Mall pon ada jugak sebijik sama dengan yang KT punya. Giant pon ada. Yang ala-ala Hock Kee Seng tu kat sini ada Billion, Pantai Timur dan Ceria. Nak lagi? Nirwana kat sini besar macam Mydin Mall jugak bukan jenis setingkat gitu ajer. Nak yang international sikit Tesco pon ada. Semuanya berjalan dengan baik. Takde la itu bukak ini lingkup. Seiring.

Lain-lain franchising mintak maaf aku cakap semuanya lebih di Kelantan dari Terengganu dari segi ekonomi dan kuasa membeli. Bank-bank antarabangsa seperti Kuwait Finance House dan Al-Rajhi bank pon sanggup buka di sini. Maaf jauh sekali nak mengata kat Terengganu tapi aku cuma membalas kata-kata yang aku anggap memalukan dari orang senegeri aku Terengganu bila menghina Kelantan miskin sedangkan tak pernah sampai di sini. Tolong la jangan kata kat Kelantan, malu kita nanti. Dah le orang sini makan beras siam lagi mahal oi dari beras tempatan. Kedai aku pon terpaksa pakai beras siam, kalau tak customer pandang sebelah mata la wei.

Kesimpulan aku. Berada di Kelantan agak mudah dari segi membeli atau mendapatkan apa-apa keperluan dan tak perlu nak pergi negeri lain. Itu yang pasti. Tapi kerinduan pantai yang indah, jalan yang besar dan berturap baik, tempat riadah yang banyak di bandar, tentunya Terengganu menjadi pilihan. Muktamad. Tolong jangan saling mengatakan antara satu sama lain. Aku cintakan kedua-dua Terengganu dan Kelantan. Entry aku akan datang berkisarkan kedua-dua negeri ini. Insya Allah.

Waktu Terbaik Untuk Tidur

Tidak dinafikan dan telah diuji berkali-kali, memang waktu terbaik untuk tidur adalah sejurus solat Isyak. Cuba la tak caya. Pernah terbaca tentang satu artikel berkenaan gelombang-gelombang berkenaan waktu seperti subuh, tengahari, asar begitu, gelombang yang disebut theta, alpha, beta dan sebagainya. Maka waktu selepas Isyak ni antara waktu gelombang otak berada tahap paling tenang. Kalau tido konfem nyenyak walau sekejap. Mana artikel tu sendiri Google la. Malas nak petik.

Dalam Islam, kalau kita tengok, memang dah cun kita tido lepas Isyak (tido awal la kira) sebab yang hendak diraikan itu ialah bangun malam (qiamullail). Tak payah nak sembang la aku tido lewat malam banyak kerja takpe tido siang hari bla-bla (itu semua di luar tabii manusia). Kot-kot mana pon memang ada negatifnya. Muktamad.

Aku memang jenis kaki tak tido malam, sebab tu aku tau pasal ni. Dari sejak masuk asrama masa remaja sampai sekarang memang tido ku tunggang terbalik. Maka di saat dapat tido awal lepas Isyak, subhanallah amat bersyukur. Aku kini fulltime running sebuah kedai makan. Dunia ICT dah jadi part time (tak pernah betul-betul fulltime pon). Bleh dikatakan sekarang hanya fokus dunia makanan dan hanya maintain client bagi web yang ada dan agak sukar nak terima client baru (tengok mood). Pagi dalam kul 11 start ke pasar bagai untuk persediaan buka kedai lepas asar. Tutup kedai sekitar 12-1 pagi. Begitu la rutin harian.

Alhamdulillah jugak, Ramadhan ni beri kesempatan aku berehat. Serehatnya! Amat best. Bagi makan ayam burung, bercucuk tanam, siram pokok, bawak anak bini jalan-jalan. Heaven! Tajuk topik ni sebab malam ni aku tido awal lagi. Ni kira dah qiam sambil duk depan laptop kot. Macbook Air lagi! Ahaha! Sori terbangga. MBA aku ni baru lagi, sangat suka sangat sayang. Bukan senang nak bleh pakai menatang ni. Bertahun lamanya bersabar dan menunggu. Oh sungguh nipis, bergaya dan stylish. Performance sangat best (berbanding pc dan laptop lama yang dibeli 5 tahun yang lepas). Juga antara faktor aku mula berblog. Sebab dapat sentuh-sentuh MBA yang best ini.

Faktor tak tidur malam ni juga menyumbang kepada masalah muda-mudi dan remaja kita. Percayalah! Pergi la tanye yang bermasalah semua jenis yang tak tido malam. Dari situ la start melepak, merokok, mendadah (istilah baru), berzina, pecah rumah, samun. Mana taknya! Eh yang ada kerja / sekolah pon mesti problem, dah lepas subuh baru balik, keje / skolah apernyer lagi. Kalo pegi pon sure bantai pil kuda ubat batuk la tu. Orang ke apa malam tak tido siang tak tido. Kuda pon reti tido. Bahan terlarang ni berleluasi ketika aku di IPT. Pergi la mana-mana IPT, aku gerenti ada la sarang-sarangnya.

Oh ya, esok Khamis ada Qiam With Me di Istana Negeri, Kelantan. Kebetulan aku memang berada di Kelantan. 6 tahun dah pon menetap di sini. Harap-harap mati dan ditanam pon di sini. Tersingkap sejarah ala-ala zaman kegemilangan Islam masa Kesultanan Melayu Melaka dulu. Punya la istana tempat menyebar Islam dan berkumpul segala ulama. Kelantan berada dalam keadaan terbaik sekarang ini dengan hubungan Sultan dan Menteri Besar yang erat dan Islam Dijunjung.

Aku cuba untuk hadir. Insya Allah. Semangat boh, doh la Ustaz Azhar Idrus ada wakil orang Terengganu. Dakpe la UAI, insya Allah lepas PRU13 ni banyok la program kat Terengganu pulok harapnya dengan kejatuhan UMNO. Lagipun aku tak pernah pegi apa-apa kuliah UAI secara live. Masuk istana jauh sekali. Tapi yang penting aku nak join untuk sama-sama berada dalam lipatan sejarah ini. Allahu Akbar!

Hari ni, insidetatz.blogspot.com dah berada dalam carian Google :)

Wednesday, August 8, 2012

Seronok Menaip

Seronok jugak pakai Blogger ni. Aku mahir menggunakan Wordpress dan Joomla. Lain-lain jenis CMS pon pernah cuba. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Untuk fokuskan kepada menulis setakat ni, nak cepat, tak fikirkan branding, nak kurangkan pendedahan identiti, mungkin yang terbaik setakat ini. Ingat nak letak gambar jugak pada setiap post, tapi aku ni bila buka Photoshop melekat jugak beberapa minit kat situ. Tu tak amik kira lagi masa nak carik gambar, nak creditkan balik pulak gambar-gambar yang di pau di internet ni. Size nak bagi kene la ape la. So sabar dulu. Akan datang mungkin kalau aku jumpa features Blogger ni yang bleh resize sendiri (aku tau dah ada tapi tak nak bazirkan masa explore lagi).

Kepada siapa aku menaip aku pon tak tau. Bajet ada orang baca la konon. Pedulikan dulu. Matlamat aku sekarang ni nak menyampaikan apa yang tangan ni gatal nak taip. Keseronokan menaip ni sebenarnya bertambah-tambah dengan hiasan blog aku ni yang kosong. Haha! Sangat best. Aku allergic dengan popup, lagu, video dan page loading yang lambat. Bab header, iklan, flash gerak-gerak, eh kalo bleh semua la nak letak segala widget kat tepi atas kiri kanan bawah. Sangat tak smart ok. Bukan tak bleh letak langsung, tapi biar la bermanfaat bagi kedua pihak, pengunjung dan kita sebagai pemilik blog.

Nasihat lagi. Aku sentiasa pesan kepada client-client, rakan-rakan yang ada blog / web, creditkan balik apa-apa bahan yang kita ambil dari blog / web orang. Percayalah, takde sorang pon yang tak suka pada tindakan kita itu dan sikit pon tak jatuh martabat kita bila creditkan balik hak orang.

So, tips sikit kepada yang baru nak berjinak dengan blog / web ni terutama dari segi susunan dan rekabentuk / hiasan web. Cuba tengok apa jenis surat khabar utama dalam dan luar negara. Kita akan dapati seakan-akan ada satu standard dari segi susunan dan design. Bayangkan kalau dihiasi dengan bunga-bunga, tulisan khat sana sini, satu di kiri satu di kanan, eh ada tulisan gerak-gerak pulak, lawa tak? (mesti ada jugak yang kata lawa). Apa pulak perasaan bila tengah tengok cerita best atau baru nak buka cerita best, tiba-tiba iklan. Putus angin kan. Yang ni aku samakan dengan lagu / video autoplay pada blog / web kita. Benda ni annoying.

Tapi semuanya bergantung kepada kita la. Dah web kita sukati la kan. Orang tak suka tak payah la bukak. Jangan marah. Konon aku nak bagi tips tentang blog / web, padahal blog aku ni baru berumur 3 hari. Ahaha! Kelakor.

Kediaman Rosol Wahid Terbakar

Kan dah kata, bila ada blog ni semua nak post. Tapi baik aku post kat blog la dari melalak di Facebook (aku ada akaun FB ke?). Ni kira antara berita besar dan terkejut hari ni (bagi aku la). Walaupun tak suka UMNO / BN tapi ni kes kemanusiaan dan tanggungjawab kita sesama Islam. Senegeri pulak tu. Bukan benda kecik ni kebakaran rumah. Dapat tau dari FB (ada akaun FB le tu) kediaman YB Dato’ Haji Rosol Bin Wahid (ADUN Ajil) terbakar sekitar selepas berbuka tadi. Tengok pada gambar tu macam keseluruhan rumah hangus. Musibah dan besar ujian beliau bulan puasa ni. Raya pon tak lama dah. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dikhabarkan dan semua selamat. Mendoakan agar semuanya ok yer YB. Insya Allah.

Bila berparti dan berpolitik ni agak-agak la, jangan kita melampau-lampau sehingga memberikan imej tidak baik kepada parti yang kita sokong kerana pembawakan kita atas nama parti seperti mana yang aku serabut tengok komen-komen di Facebook.

Aku suka tengok ahli-ahli dewan negara yang mampu berbincang dan bersembang ketika di luar dewan. Time panas tu panas la jugak, tapi ada masa kita kene santai-santai dan bertukar pendapat. Berpada-pada bila melibatkan sanak-saudara kita yang tidak sebulu, dan tolong la jangan sampai kafir mengkafir. Hormat pendapat masing-masing dan beri penjelasan dengan baik bagi pihak kita. Jangan pandai berparti sahaja tapi tak reti nak berpolitik atau berdiplomasi.

Berita hari ni jugak dapat dari FB, pelumba basikal trek kita Azizulhasni (oghang teghanung gok ni boh) berjaya ke final di Sukan Olimpik 2012 tapi tak berjaya sebarang pingat. Camne tu? Dapat masuk final tapi takde pingat walau perak / gangsa. Konfius jugak kejap. Check-check rupanya yang dapat ke final tu 6 orang sekaligus. So dari semasa saingan final ni Malaysia dapat tempat ke enam dari enam peserta akhir. Tu yang takde pingat tu. Takpe la, masih muda. Cuba lagi dan tahniah.

Tuesday, August 7, 2012

Dialek Terengganu

Penerimaan kepada dialek Terengganu bagi orang luar tak sama dengan penerimaan dialek Kelantan. Aku pon tak tau kenapa. Mula perasan ketika menuntut di salah sebuah SBP di Selangor. Pelajar dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah & Sarawak. Pelajar dari Terengganu ada la kira-kira sebuah bas manakala pelajar dari Kelantan pula dua buah bas.

Bila orang luar cuba meniru (lebih kepada mengejek) dialek Terengganu, mula la start dengan "Makang Ikang". Sangat allergic aku mendengarnya. Oh lupa, yes, aku anak jati Terengganu. Ada yang jujur cuba belajar dan bertutur dengan dialek Terengganu plak tetiba jadi kecek Kelate. Dia ingat dialek Terengganu ni sama kot dengan Kelantan. Sedangkan kedua-dua dialek ni memerlukan lidah yang berbeza.

Bila orang luar dengar orang Kelantan kecek (cakap), biasanya diaorang akan cuba berdialek dalam bahasa Kelantan sedaya upaya. Tapi bila dengar orang Terengganu duk cakkak (cakap) selamba jer mari menyampuk duk perli-perli dengan tambahan G yang dibuat-buat.

Kini alhamdulillah, dengan adanya Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, dialek Terengganu ni kurang jadi bahan ejekan tapi lebih kepada ikutan. Satu pendedahan sebenar dialek oleh mereka berdua ini. Tak macam Mat Over yang tak pure berdialek Terengganu, masih campur-campur bahasa baku. Tapi lagu "Kerabu Pucuk Paku" ko kelas la Mat Over. Ada motivasi buat diriku.

Aku cukup fasih dengan kedua-dua dialek Terengganu mahupun Kelantan. Fasih hingga ke istilah-istilah yang anak muda kini mungkin tak tau. Walaupun demikian, sekiranya lama berada di Kelantan, mesti balik Terengganu akan tersasul-sasul hari pertama. Begitu jugak ketika lama berada di Terengganu sure tersasul di hari pertama berada di Kelantan.

Satu nasihat dari aku, bila jumpa orang senegeri, bercakap la dalam dialek negeri kita.

Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei & Lin Dan

Stress aku tengok ko main. Nak bernafas pon tak senang. Walau dah tau result dia ni kalah, tapi bila tengok siaran ulangan tu tetiba rasa macam dia ni ada harapan lagi nak menang. Menyokong sakan di depan tv macam la tengah live sampai saat akhir. Ni la penyakit bila ada blog, semua benda nak tulis (suka hati aku la).

Pertemuan kali ni amat dasyat. Rasanya itulah yang terbaik mampu kita harapkan dari Lee C W (Malaysia). Walau tak dapat gold seperti yang kita semua harapkan, tapi aku percaya rakyat Malaysia berlapang dada kali ini dan semua menyatakan tahniah dan pertambahan sokongan. Bila bertanding, ini yang semua nak tengok. Usaha keras, semangat, saingan dan tentangan. Hasilnya tak perlu difikirkan. Kalah pon orang tak marah. Tak dapat nombor satu pon, ok aper nombor dua.

Dalam kehidupan kita pon camtu la. Usaha dan berusaha. Insya Allah hasilnya walau tak seperti yang kita harapkan, tapi takkan la langsung tak dapat sebahagian hasil yang kita nakkan itu.

Tapi paling serabut dalam game tu ialah tanda salib di bahu Lin D (China). Eh punya la mata ni terpaku tiap kali ditayangkan sisi kiri Lin Dan. (camera pon macam saje-saje jer fokus situ). Serabut!

Kenape Blogger?

Bismillah. Bertahun lamanya bergelumang dengan komputer masih tak puas. Dari takde internet, main game dari Drive A: Drive B: satu dua game muat dalam satu diskette. Tu dah advanced dah tu. Diskette 8" (diskette besar nipis lembik) pon pakai lagi. Prince of Persia la manjang. Lawan pedang dengan hantu, lompat-lompat, minum racun. Last-last lompat level jugak dengan cheat code.

Start dah ader internet. TM 1515, Jaring 1511. Bersusun-susun senarai account internet orang punye. Dari ICQ / mIRC dengan modem 25.6 kbps lepas tu upgrade ke 56 kbps punyalah syok. Takde langsung sentuh isu internet slow ke apa. Download la dari MIDI, WAVE then ada pulak MP3. Cybercafe macam hape tumbuh. Bayangkan dengan 56 kbps steady ajer cybercafe beroperasi. Tokey Cina ajer yang pakai line ISDN. Counter Strike, Tiberian Sun, FIFA punya la legend. Start ajer keluar Final Fantasy, Age of Empire aku dah bosan dengan semua jenis games. Haram tak sentuh. Lepas tu malas cerita la. Dipendekkan cerita dari Nokia 3210 dan Motorola Startac hingga iPhone dan Blackberry. Dari Intel MMX IBM hingga iPad / Bermacam tablet. Dari ICQ / mIRC hingga Facebook / Twitter.

Di mana aku? Konon nak jadi technopreneur. Bekerja dari rumah la konon, usahawan ICT la konon, hebat la buat web, design-design punya la kreatif (pau sana-sini orang punya), dah terer lagi, main domain-domain pulak, web hosting pulak (biar la reseller ajer pon). Start le dapat client korporat bagai, satu web ribu-ribu, belas ribu. Eh tak abis lagi, ada staf la pulak. Buat sistem nak jual puluh ratus ribu (tak pernah closed deal pon). Last-last tinggal sekor diri jugak. Last-last pakai Blogger ni jugak.

Rasa nak lempar sesuatu kat internet. Ada sesuatu yang tak dapat dilontarkan dengan identiti terang-terangan walau aku percaya satu hari nanti sure orang tahu jugak siapa. Juga nak tengok sejauh mana capaian kepada maklumat tanpa allies dengan mana-mana web / blog.

Oh ye, kenapa Blogger? Buat masa ni jawapan dia kerana apa yang ditaip di sini, harap dapat le berada di Google dengan mudah. Dah Google tu kan tuan dia. Kita tengok la cam mana.