Monday, December 15, 2014

Medan Ilmu Jumaat

Bermulanya Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, antara aktivitinya yang nampak kecik tapi dipandang dunia ialah kuliah pagi Jumaat di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Jalan Dato' Pati. Kini digelar Medan Ilmu.

Selain menjadi tumpuan mereka yang cintakan ilmu, Medan Ilmu menjadi pembuka rezeki bagi mereka yang berniaga di sekitarnya dan penjaja gerai di sekeliling Medan Ilmu.

Dari jualan ubat power, hinggalah pets seperti arnab pun dijual. Ikan ada sayur ada. Kedai kopi sekitarnya pun penuh saling berganti pelanggan sepanjang sesi kuliah.

Selingan: Lamanya que nak jumpa Dr Seri Buana Zainudin ni. Minggu lepas appointment 11.30 pagi, dapat jumpa 3:30 petang. Nangis! Hari ni appointment 10:30. Sekarang ni 11:32 dok tau mana lagi. Harap dipermudahkan urusan hari ini. Maaf lari topik. Sambil tunggu giliran. Pakcik dah tua. Gini la...

Di Marang, Terengganu pun begitu juga kisahnya. Setiap pagi Jumaat Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi mengajor. Memang jadi tempat masyarakat mencari rezeki.

Berniaga Di Facebook

Ramai silap faham dan silap cara menggunakan Facebook sebagai medium jualan. Bagi sesetengah perniagaan dan produk, Facebook tidak efektif sebagai medium jualan secara terus, manakala bagi sesetengah produk, medium ini amat berjaya berbanding kedai fizikal.

Barangan berbentuk pakaian dan perhiasan diri misalnya, memang terbaik menggunakan Facebook dengan terus jadikan sebagai catalog jualan.

Namun bagi perniagaan berbentuk perkhidmatan mahupun produk kesihatan, medium ini lebih memerlukan kepada testimonial dan perkongsian. Insurans misalnya. Jarang kita lihat consultant uang berjaya terus menceritakan harga dan plan yang ada. Tapi mereka berkongsi kejayaan, berkongsi penyerahan cek manfaat kepada client, dan perlbagai perkongsian lain. Mereka memberikan kesedaran tentang kepentingan produk.

Ambe pulok misalnya, dalam dunia makanan. Kita berkongsi gambar makanan berbeza setiap hari. Dari pelbagai makanan ini kita akan lihat statistik likes ataupun reach makanan mana yang mencapai hits tinggi. Dari situ kita tau apa minat pelanggan dan orang ramai.

Keduanya, sebagai tempat para pelanggan kita berkongsi gambar mereka pula. Jadi kita seharusnya ada sekurangnya page atau place untuk di tag oleh pelanggan. Feedback negative harus dilayan seeloknya. Jangan sesekali melintang angin. Lihat cara customer service Air Asia atau Astro melayan komen di Facebook mereka. Sabar, tenang dan bermaklumat.

Sentiasa utamakan niat berkongsi daripada niat untuk menjual. Insya Allah jualan akan terjadi sendiri hasil perkongsian kita. Tips-tips misalnya elok dikongsikan mana yang berkenaan dengan bidang kita.

Ingat ambe pesan ni, (macam pakar pulok), Facebook is a sharing medium, not a selling medium). Gunakan Facebook Ads. Bayar la sedikit untuk dapatkan perhatian dunia. Bajet sebanyak RM500 mampu memberikan anda sehingga 4000 likers (pengguna sebenar). Bayar kepada Facebook. Bukan kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan ini secara sendiri.

Lagi satu Instagram. Hok ni ambe cerita dalam entry lain. Kelebihan tersendiri Instagram.

Sehingga kini ambe, ambe dah create beberapa Facebook Page dari awal. Paling tinggi ada 50,000 likes. Paling rendah ada 300 likes. Yang 300 likes tu tanpa post terkini, tanpa bayaran untuk ads. Sekadar parking page dan place. Selainnya Alhamdulillah, minima 2000 likes ke atas.

Saturday, December 13, 2014

Premis Niaga Bertingkat

Straight to the point. Bagi pemaju, membina premis perniagaan paling tinggi 3 tingkat adalah lebih laris jualannya berbanding membina satu bangunan tinggi lampai dan premis niaga ala-ala shopping complex.

Di Kubang Kerian contohnya, sedang giat pembinaan bangunan baru sekitar Mydin. Corak pembangunan juga amat strategik, pemaju membangunkan lot bangunan yang terkedepan dahulu (value tinggi) dalam satu atau dua row. Kemudian bila dah penuh dibeli, dibangunkan pula lot yang murah, belakang dan tengah. Bila dah penuh yang ni, baru dibangunkan semula lot tepi dan hadapan atau keliling pusat pembangunan tadi dengan value yang tinggi semula.

Cara yang sama dipraktikkan di sekeliling TESCO Kota Bharu. Dengan ini, semua bangunan dimiliki dan terjual. Baru dibina fasa seterusnya. Kalau buat sekaligus, semua pakat nak yang tepi dan ke depan.

Kemaman Centre Point tergugat dengan pembangunan bangunan rendah di sekelilingnya. Ramai peniaga turun dan beralih ke bangunan yang lebih rendah. Mudah pelanggan nak akses.

Yang paling tenat di Kota Bharu ni adalah Bazaar Tengku Anis. Nyaris berhantu bermula tingkat satu ke atas. Tiada sambutan. Bazaar Tok Guru alhamdulillah, walaupun perlahan di peringkat awal. Penuh juga sekurangnya tingkat 1 dan 2. Tingkat atas sekali ada la tempat makan sikit. Kadang kala ada aktiviti jualan atau karnival tertentu.

KB Mall sendiri dulunya mengambil masa untuk dipenuhkan. Sekarang memang berjaya tahap gaban dengan penambahan dua tingkat lagi dengan tarikan panggung wayang, IT City, bowling dan tempat parking yang selesa.

KBTC (Parkson). Yang ni masih kritikal bahagian atas. Kosong.

Di Kuala Terengganu pun dah mula siap Paya Bunga Square. Beberapa minggu selepas pembukaan Mydin Gong Badak. Dua-dua ni aku tak sempat usha lagi.

Ho Chi Minh

Sekitar setahun yang lepas, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma ambil masa sekitar 2 jam gitu.

Biasanya orang gi Vietnam ni sambil melancong tu ialah sambil shopping, dan ramai yang berniaga barangan dari Vietnam ni. Paling banyak barangan di sini adalah berbentuk fabrik. Samada kain cotton, baju kurung dah siap, serta telekung solat perempuan.

Selain tu macam kot lelaki pun, boleh ukur dan tempah on the spot. Esokkannya siap dihantar ke hotel. Harga memang murah.

Purata kemasukan orang Malaysia ke Vietnam adalah 1000 orang sehari. Ni mamat Vietnam yang cakap. Aku pun tak pernah survey pasal ni. Tapi jalan kat area Pasar Ben Thanh tu, memang ramai pun orang Malaysia. Melayu pulak tu.

Padan la tukang jual pun asyik duk abang kakak abang kakak, murah-murah. Yang fasih Bahasa Melayu pun ada.

Yang hebatnya di sini. Aku perhatikan, bagaimana Vietnam mampu membawa pembeli masuk ke negara dia terus kepada penjual, pengusaha malah pengilang untuk berurus niaga, tanpa mereka perlu mengeksport barangan mereka. Pembeli sendiri yang datang beli, bawak balik sendiri. Pendek kata tak perlu pergi bukak kedai kat Malaysia ni.

Makan mudah kat sini. Banyak restoran halal. Layanan masyarakat dia terhadap orang Malaysia memang terbaik.

( Try update blog ni kot telefon sekali. Maaf la kiter darat baru nok teraaa. )