Saturday, December 13, 2014

Premis Niaga Bertingkat

Straight to the point. Bagi pemaju, membina premis perniagaan paling tinggi 3 tingkat adalah lebih laris jualannya berbanding membina satu bangunan tinggi lampai dan premis niaga ala-ala shopping complex.

Di Kubang Kerian contohnya, sedang giat pembinaan bangunan baru sekitar Mydin. Corak pembangunan juga amat strategik, pemaju membangunkan lot bangunan yang terkedepan dahulu (value tinggi) dalam satu atau dua row. Kemudian bila dah penuh dibeli, dibangunkan pula lot yang murah, belakang dan tengah. Bila dah penuh yang ni, baru dibangunkan semula lot tepi dan hadapan atau keliling pusat pembangunan tadi dengan value yang tinggi semula.

Cara yang sama dipraktikkan di sekeliling TESCO Kota Bharu. Dengan ini, semua bangunan dimiliki dan terjual. Baru dibina fasa seterusnya. Kalau buat sekaligus, semua pakat nak yang tepi dan ke depan.

Kemaman Centre Point tergugat dengan pembangunan bangunan rendah di sekelilingnya. Ramai peniaga turun dan beralih ke bangunan yang lebih rendah. Mudah pelanggan nak akses.

Yang paling tenat di Kota Bharu ni adalah Bazaar Tengku Anis. Nyaris berhantu bermula tingkat satu ke atas. Tiada sambutan. Bazaar Tok Guru alhamdulillah, walaupun perlahan di peringkat awal. Penuh juga sekurangnya tingkat 1 dan 2. Tingkat atas sekali ada la tempat makan sikit. Kadang kala ada aktiviti jualan atau karnival tertentu.

KB Mall sendiri dulunya mengambil masa untuk dipenuhkan. Sekarang memang berjaya tahap gaban dengan penambahan dua tingkat lagi dengan tarikan panggung wayang, IT City, bowling dan tempat parking yang selesa.

KBTC (Parkson). Yang ni masih kritikal bahagian atas. Kosong.

Di Kuala Terengganu pun dah mula siap Paya Bunga Square. Beberapa minggu selepas pembukaan Mydin Gong Badak. Dua-dua ni aku tak sempat usha lagi.

No comments:

Post a Comment