Monday, December 15, 2014

Medan Ilmu Jumaat

Bermulanya Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan, antara aktivitinya yang nampak kecik tapi dipandang dunia ialah kuliah pagi Jumaat di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di Jalan Dato' Pati. Kini digelar Medan Ilmu.

Selain menjadi tumpuan mereka yang cintakan ilmu, Medan Ilmu menjadi pembuka rezeki bagi mereka yang berniaga di sekitarnya dan penjaja gerai di sekeliling Medan Ilmu.

Dari jualan ubat power, hinggalah pets seperti arnab pun dijual. Ikan ada sayur ada. Kedai kopi sekitarnya pun penuh saling berganti pelanggan sepanjang sesi kuliah.

Selingan: Lamanya que nak jumpa Dr Seri Buana Zainudin ni. Minggu lepas appointment 11.30 pagi, dapat jumpa 3:30 petang. Nangis! Hari ni appointment 10:30. Sekarang ni 11:32 dok tau mana lagi. Harap dipermudahkan urusan hari ini. Maaf lari topik. Sambil tunggu giliran. Pakcik dah tua. Gini la...

Di Marang, Terengganu pun begitu juga kisahnya. Setiap pagi Jumaat Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi mengajor. Memang jadi tempat masyarakat mencari rezeki.

No comments:

Post a Comment