Wednesday, October 31, 2012

Tarikh PRU 13

Ntah berapa tok bomoh gagal meneka tarikh PRU 13 kali ni. Pakar-pakar penganalisa politik pon gagal meneka dengan tepat tarikh PRU 13 kali ni yang telah bermain jangkaannya dari November 2011. Esok dah masuk November 2012. Sebenarnya memang tarikh-tarikh jangkaan sebelum ni dari maklumat risikan memang ada betulnya. Cuma bila tiba saat akhir terpaksa ditunda kerana keaadaan waktu itu tidak menyebelahi BN dan begitulah seterusnya hingga terpaksa ditunda beberapa kali.

Gelombang-gelombang persiapan beberapa kali berlaku dengan perang bendera yang berlaku. Kini semua bendera yang naik sudah byk yang rongak, patah, koyak, malah dah jadi kain buruk. Ramai dari jentera dah mula berasa hanyut dan hilang mood. Baik dari PR mahupun BN. Agak nampak keletihan.

Tahun depan tak perlu diramal. Sudah semestinya akan berlaku pilihanraya. Maka dari segi strategi peperangan, amatlah rugi jika BN mengadakan pada tahun depan kerana semuanya sudah dijangka. Semuanya sudah bersiap sedia. Sedangkan elemen kejutan itu perlu dalam setiap peperangan. Tahun ini pula cuma tinggal November dan Disember sahaja. Spekulasi terkini mengatakan bahawa akan berlaku November ini dalam selang masa rehat yang agak panjang dalam jadual peperiksaan.

PRU 13 ini adalah penentu nasib BN / UMNO. Jika diizinkan Allah, maka boleh la kita lihat tersungkurnya UMNO kali ini. Rebah hingga kiamat dan tak akan bangun lagi hingga membuatkan semua orang tak percaya. Perkara ini juga sedia maklum di kalangan orang UMNO. Cuma apa yang akan dilakukan mereka diluar jangkaan kita. Perancangan mereka tak dapat kita fikirkan untuk cuba memenangi PRU 13 kali ini. Mereka tiada timbangan dosa pahala. Asalkan menang semua plan boleh jalan.

PRU 13 kali ini juga paling sengit. Aku khuatir berlaku ulangan peristiwa tahun 1969. UMNO sentiasa cuba memainkan isu kaum dan agama. Rumours darurat akan diisytiharkan sekiranya mereka kalah sudah bertahun lamanya kita dengari. Andai berlaku rusuhan, maka memang teruk kita kali ini. Kerana tentangan yang akan melawan UMNO jugak amat bersedia habisan sebagaimana UMNO ingin menang habis-habisan. Parah.

Sunday, October 21, 2012

Treble 2012

Tahniah buat pasukan Kelantan kerana berjaya merangkul ketiga-tiga piala utama yang dipertandingkan di Malaysia ni. Dari desas-desus dan segala percakapan yang aku dengar, rata-rata menyatakan ATM yang akan menang. Ini pon dari suara penyokong The Red Warrior sendiri. Tapi alhamdulillah kau menang jugak Kelantan. Satu permainan yang menarik terutama di separuh masa kedua.

Ramai jugak yang aku tengok menyokong ATM. Bukan dari askar pun. Tapi menyokong ATM sebab bencikan Kelantan. Macam-macam.

Ramai jugak orang Terengganu terutama dikalangan orang UMNO menyokong ATM sebab tak sukakan Kelantan, sedangkan masa Terengganu ke final dulu, TRW siap war-warkan lagi supaya penyokong Kelantan memberikan sokongan kepada negeri jiran sama-sama Pantai Timur iaitu Terengganu.

Aku sentiasa berdoa tak perlulah Kelantan dan Terengganu bertembung di final apa-apa piala pun. Seperti aku pernah sebut sebelum ni, memang lain macam bila kedua-dua negeri ini bertembung. Walaupun berjiran, sama-sama ada budu keropok, sama-sama ada batik dan songkek, tapi memang lain macam.

Saturday, October 20, 2012

Pramugari Air Asia

Ramai orang takut nak naik kapal terbang termasuk aku. Bukanlah takut sampai tak naik, tapi ada satu macam rasa debbor (berdebar) tiap kali berada dalam pesawat dan rasa satu kelegaan dan kesyukuran yang amat bila selamat landing. Walau demikian, memang diakui, perjalanan dengan kapal terbang lebih selamat dari segi statistik kemalangan berbanding naik bas atau berkereta.

Cumanya, setiap kali turun naik pesawat ni, punyalah kita berdoa sakan semoga Allah selamatkan perjalanan tu. Yang menumpang tu memang la bermacam orang yang ada, tapi sedikit cacat doa yang dipanjatkan bila mana ada pramugari Melayu Islam yang turut sama seksi memakai skirt ketat pergi mari dalam tu. Sedikit sebanyak mencacatkan keberkatan perjalanan kita.

Kalau ada la satu atau dua penerbangan dalam sehari yang diiklankan dengan pramugari menutup aurat dengan sempurna sebagai salah satu jalan mendapatkan keberkatan dalam perjalanan, aku rasa ramai orang bid untuk naik penerbangan tu. Tak kira la Air Asia, Fireflyz ke MAS ke. Cubalah. Insya Allah perniagaan korang akan lebih maju dan lebih mendapat sambutan. Bukan apa, pakai seksi pon macam la lawa! Haha!

Update: Akuarium Jernih

Dari statistik yang aku dapat kebanyakkan pengunjung tiba ke sini dari hasil carian berkenaan Akuarium Arowana Jernih yang membawa kepada entry pada September yang lalu. Untuk update terbaru berkenaan status arowana dan akuarium aku ni, alhamdulillah telah mencapai piawaian air superclear yang aku nak.

Kuncinya, bagi akuarium baru seperti aku ni, memang kene sabar sekejap, air tu akan jernih sendiri dalam masa seminggu dua dengan 2-3 kali tukar air. Tukar separuh-separuh. Keruh sikit tu awal-awal disebabkan tidakbalas bakteria untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran air.

Jadi sekali lagi apa yang aku kekalkan dan gunakan setakat ini bagi akuarium 5 kaki ni ialah dua top filter (guna 3 layer filter yang ada arang di tengah). Setakat ni begitu cemerlang, dan aku tak tukar lagi air dari bulan lepas. Sekadar sauk tahi-tahi yang Nang Kemuning siap-siap gumpal dah kat bawah tu.

Aku tak pasti tahi dari makanan (cengkerik) tu memang tergumpal sendiri kat bawah akuarium tu, atau tergumpal tu disebabkan arowana yang buat. Semacam ada satu lapisan lendir yang lekatkan tahi-tahi tu setempat di dasar akuarium.

Friday, October 12, 2012

Memandu Dengan Tenang

Kita semua mesti pernah berdepan dengan situasi di mana pemandu kereta jenis suka beleber (berleter) ketika memandu. Marah sana marah sini semua tak kene ketika memandu. Mungkin ada di antara kita yang termasuk dalam kategori ni. Aku rasa ni merupakan satu tabiat yang biasanya diwarisi oleh bapa kepada pemandu tersebut. Dia biasa lihat mak bapak dia memandu macam tu sejak kecil.

Itu yang jenis suka pot pet pot pet ketika memandu. Pantang ada pemandu lain tak kene mesti mengomel. Tak pon akan dipandang pemandu yang tersilap tu macam nak gaduh. Satu jenis lagi yang suka picit hon. Tak kene sikit tekan hon, orang depan lambat gerak sikit tekan hon. Memang sakit jantung dibuatnya. Kedua-dua perangai ni melambangkan pemanduan yang serabut untuk sampai ke satu destinasi yang pendek dan bleh dikatakan jiwa kacau jugak.

Tak bleh ke bawak kereta dengan tenang. Orang buat silap maafkan la dalam hati. Bukan langgar kita pon. Kalau nampak orang cuba memotong tak lepas di depan, elakkanlah kereta ke kiri sikit bagi laluan. Semoga dia sempat potong, dapat jugak pahala. Ada masanya kene jugak time kita. Alangkah leganya orang bagi laluan dan tak marah kat kita. Tak gitu? Ini tak, angkat lampu tinggi soheh! Dah tu siap hon pulak!

Cuba amalkan memandu dengan tenang tak tidak mengomel. Sentiasa bagi laluan tak kala nampak orang tak sempat memotong. Sentiasa mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka yang nampak lorat atau semacam masalah ketika memandu. Insya Allah kita akan perasan, tak kala kita tersilap ketika memandu, atau tak sempat masuk lane ketika memotong, kita akan perasan orang lain mudah bagi jalan kat kita.

Wednesday, October 10, 2012

Promoter Dapur Elektrik

Alhamdulillah kebelakangan ni aku dah tak nampak booth penjual dapur elektrik kat pusat membeli-belah sekitar Kota Bharu ni. Memang menyampah tiap kali lalu berdekatan mereka. Gift percuma la, aper la. Boleh blah!

Bab yang kene tipu tu nasib la. Nak tau cerita korang Google la sendiri. Cuba keyword "Aowa" ataupun "Arezzo". Apa yang aku nak kongsikan di sini, samada yang tertipu atau  tak sempat ditipu tapi berjaya mendapatkan gift percuma, cuba perhatikan apa yang diperlukan untuk dapat gift percuma tu. Mesti kene isi borang kan? Kat borang tu bagi yang isi mesti sekurang-kurangnya kene jugak isi nama / butiran peribadi ikut IC, ataupun mungkin kene letak jugak email / telefon.

Aku rasakan penjualan dapur yang beribu-ribu tu satu bonus bagi diaorang, selain tu mendapatkan data / maklumat orang ramai ni mungkin antara  tujuan utama. Nama dan nombor telefon agak bermakna dan satu senarai panjang boleh dijual kepada pihak-pihak tertentu yang berminat.

Aku amik contoh di Tesco Kota Bharu, dulu ada la satu booth depan kedai emas Tomei area nak amik troli sebelum naik atas. Promoter-promoter dapur tak malu dan berani ni memang tak putus asa menyapa orang walau pelat macam happe. Management Tesco tak perasan ke diaorang ni sebenarnya mengganggu pelanggan sedia ada Tesco. Bila sapaan pertama orang tak layan diikut-ikutnya beberapa langkah memaksa. Bodoh!

... sampai tertido aku nak siapkan entri ni, setengah jam jugak terlelap.