Saturday, October 20, 2012

Update: Akuarium Jernih

Dari statistik yang aku dapat kebanyakkan pengunjung tiba ke sini dari hasil carian berkenaan Akuarium Arowana Jernih yang membawa kepada entry pada September yang lalu. Untuk update terbaru berkenaan status arowana dan akuarium aku ni, alhamdulillah telah mencapai piawaian air superclear yang aku nak.

Kuncinya, bagi akuarium baru seperti aku ni, memang kene sabar sekejap, air tu akan jernih sendiri dalam masa seminggu dua dengan 2-3 kali tukar air. Tukar separuh-separuh. Keruh sikit tu awal-awal disebabkan tidakbalas bakteria untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran air.

Jadi sekali lagi apa yang aku kekalkan dan gunakan setakat ini bagi akuarium 5 kaki ni ialah dua top filter (guna 3 layer filter yang ada arang di tengah). Setakat ni begitu cemerlang, dan aku tak tukar lagi air dari bulan lepas. Sekadar sauk tahi-tahi yang Nang Kemuning siap-siap gumpal dah kat bawah tu.

Aku tak pasti tahi dari makanan (cengkerik) tu memang tergumpal sendiri kat bawah akuarium tu, atau tergumpal tu disebabkan arowana yang buat. Semacam ada satu lapisan lendir yang lekatkan tahi-tahi tu setempat di dasar akuarium.

No comments:

Post a Comment