Wednesday, October 31, 2012

Tarikh PRU 13

Ntah berapa tok bomoh gagal meneka tarikh PRU 13 kali ni. Pakar-pakar penganalisa politik pon gagal meneka dengan tepat tarikh PRU 13 kali ni yang telah bermain jangkaannya dari November 2011. Esok dah masuk November 2012. Sebenarnya memang tarikh-tarikh jangkaan sebelum ni dari maklumat risikan memang ada betulnya. Cuma bila tiba saat akhir terpaksa ditunda kerana keaadaan waktu itu tidak menyebelahi BN dan begitulah seterusnya hingga terpaksa ditunda beberapa kali.

Gelombang-gelombang persiapan beberapa kali berlaku dengan perang bendera yang berlaku. Kini semua bendera yang naik sudah byk yang rongak, patah, koyak, malah dah jadi kain buruk. Ramai dari jentera dah mula berasa hanyut dan hilang mood. Baik dari PR mahupun BN. Agak nampak keletihan.

Tahun depan tak perlu diramal. Sudah semestinya akan berlaku pilihanraya. Maka dari segi strategi peperangan, amatlah rugi jika BN mengadakan pada tahun depan kerana semuanya sudah dijangka. Semuanya sudah bersiap sedia. Sedangkan elemen kejutan itu perlu dalam setiap peperangan. Tahun ini pula cuma tinggal November dan Disember sahaja. Spekulasi terkini mengatakan bahawa akan berlaku November ini dalam selang masa rehat yang agak panjang dalam jadual peperiksaan.

PRU 13 ini adalah penentu nasib BN / UMNO. Jika diizinkan Allah, maka boleh la kita lihat tersungkurnya UMNO kali ini. Rebah hingga kiamat dan tak akan bangun lagi hingga membuatkan semua orang tak percaya. Perkara ini juga sedia maklum di kalangan orang UMNO. Cuma apa yang akan dilakukan mereka diluar jangkaan kita. Perancangan mereka tak dapat kita fikirkan untuk cuba memenangi PRU 13 kali ini. Mereka tiada timbangan dosa pahala. Asalkan menang semua plan boleh jalan.

PRU 13 kali ini juga paling sengit. Aku khuatir berlaku ulangan peristiwa tahun 1969. UMNO sentiasa cuba memainkan isu kaum dan agama. Rumours darurat akan diisytiharkan sekiranya mereka kalah sudah bertahun lamanya kita dengari. Andai berlaku rusuhan, maka memang teruk kita kali ini. Kerana tentangan yang akan melawan UMNO jugak amat bersedia habisan sebagaimana UMNO ingin menang habis-habisan. Parah.

No comments:

Post a Comment