Wednesday, January 30, 2013

Kedai Gambar Medo

Rasanya orang Kota Bharu semua kenal Kedai Gambar Medo. Generasi baru mungkin ada yang tak kenal kat mana, tapi mungkin pernah terdengar dari mak bapak mereka. Mungkin juga antara yang tertua di Kelantan. Kalau di Terengganu tu kita biasa dengar Kedai Gambar Tokyo berdekatan Masjid Putih.

Masuk kedai ni, ada satu keratan akhbar yang ditampal, tajuk dia 62 tahun terus unggul. Teringan mulut pegi tanya tokey dia, itu akhbar tahun bile? Dia cakap 2007. So bermakna sekarang 2013 ni bleh dikatakan 68 tahun terus unggul. Siapa yang biasa dengan kedai ni mesti perasan ada 2 orang Aunty Cina, dan seorang Uncle Cina. Mereka ni sejak mula sampai sekarang. Dari camera pakai filem, sekarang guna digital dan mereka juga up to date dan mahir dengan software terkini untuk update gambar.

Bertanyakan pulak tentang pelapis dia, takde anak ke nnurun, dia kata sape-sape pon dia bleh ajar amik gambar, tapi pengalaman amik gambar tu tak dapat dia nak ajar. Di segala dokumen rasmi, resit, plastic bag pasti akan ada tertera "Dengan Ampuni Perkenan Oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan (Jurugambar Istana)". Aku jugak baru perasan ada satu cawangan yang tertera di plastik bag dia atas nama EDEN Foto Studio. Ntahla, mungkin anak-anak diaorang kot yang uruskan.

Apa kelebihan Medo? Kalau korang nak tau pergi la sendiri dan cuba amik gambar kat sana. Cukup sekadar gambar passport. Tengok hasilnya. Korang akan tersenyum. Kata tokey dia, saper yang pernah amik gambar kat sini, dia tak akan pergi kat lain dah. Walaupun dah berumur, tapi uncle dan aunty ni, dia tau nak buatkan orang tersenyum dan pantas amik gambar at the right moment. Diaorang juga reti nak setting kedudukan kepala, bahu, tangan, perbetulkan kain, seluar, cara duduk, malah spek aku pon diaorang tolong betulkan. Haha! Terbaik walau hanya dengan t-shirt pagoda dan seluar pendek.

Oh yer, di hari raya, studio dia memang buka. Tapi mungkin orang ramai. So kene booking. Alang-alang korang dah berlawa sefamily di hari raya, bleh singgah untuk sekeping gambar keluarga kat Medo ni. Minimum pakej yang ada RM70. Satu gambar besar, satu gambar kecik. Frame pon disediakan kalau berminat. Insya Allah anda berpuas hati.

Dengan digital camera yang dia guna sekarang, terasa rindu jugak dengan camera guna filem lama dia yang tengok dari atas tu.

Saturday, January 26, 2013

Pilihan Makanan Arowana

Pilihan makanan bagi ikan kelisa / arowana ni biasanya ada tiga iaitu cengkerik, ulat roti dan anak ikan. Ketiga-tiga ni adalah yang jenis hidup. 5 bulan sudah berlalu. Nang Kemuning aku alhamdulillah sihat segar bugar dan telah mencapai saiz lebih dari sekaki. Pengalaman aku dalam pemeliharaan ikan kelisa ni termasuk South America Arowana yang mati melompat keluar dari akuarium kecik bertudung plastic pembahagi akuarium tu tak sampai setahun. Tapi aku cerita berdasarkan pengalaman sebagai newbies. 

Dari ketiga jenis makanan tu, paling senang dan mudah untuk diberi ialah anak ikan. Seringgit bleh dapat 20 ekor. Sesetengah kedai cuma 10 ekor. Bergantung. Kelebihan anak ikan, biasanya anak ikan kap ni, tak perlu kita nak beri satu persatu, tuang ajer semua yang dibeli dalam akuarium kelisa kita dan dia akan makan sendiri time lapar. Kat situ menjimatkan masa, tak perlu perhatian. Amat berguna bila perlu tinggalkan rumah. Kelebihannya lagi ialah najis arowana tak banyak dari anak ikan ni. Hampir tiada. Keburukkannya pulak anak ikan ni suka berenang di bawah akuarium. Mata arowana akan sentiasa tertumpu ke bawah akuarium dan boleh menyebabkan Drop Eye. Keduanya, bila dalam kuantiti yang banyak, anak ikan lambat habis dimakan, ada antara anak ikan ni suka gigit silikon dalam akuarium. Silap haribulan bocor akuarium.

Seterusnya adalah cengkerik. Cengkerik ni kelebihan dia adalah dia timbul di permukaan air. Arowana memang geram sangat dengan cengkerik dan cepat menyambar. Tapi kita kene bagi satu persatu, tak bleh tabur semua skali. Cengkerik yang tidak sempat disambar arowana, selain berenang di permukaan air, ada jugak yang pantas memanjat wayar atau salur getah yang ada dalam akuarium. Jadi bleh la dia lepak dalam akuarium tu atau melarikan diri keluar. Penjagaan cengkerik ni tak susah, bleh taruk mentimun dalam bekas yang disimpan cengkerik. So dia makan skali dengan minum. Tapi cengkerik ni agak busuk bila mati. Masam!

Ulat roti pon amat digemari arowana. Bila letak dalam air dia timbul kejap, then tenggelam slow-slow sambil menari. Kalo ikan sihat dia akan sambar sebelum jatuh. Cara penjagaan bagi roti la. Nama pon ulat roti. Ulat roti ni pon sama bila mati masyaam jugak. Kedua-dua ulat dan cengkerik ni menghasilkan najis arowana yang banyak dan hitam. Tapi kita akan rasa ada interaksi dengan arowana kita kerana kita bagi makan satu persatu sambil arowana menyambar. Bila dia dah tak sambar / perut dia dah buncit tu stop la bagi. Simpan next session pulak.

Apa pun pemilihan makanan bergantung. Ada orang bagi pellet, ada yang bagi isi ayam, udang dan sebagainya. Sekali-sekala terjumpa lipan bleh la kasik. Musim hujan baru ni sempat jugak bagi 2 ekor. Terjumpa bawah pasu :D Pelbagaikan makanan dia, dan tengok mana dia suka.

Bagi aku plak, aku rotate ketiga-tiga jenis yang aku beritahu tadi, anak ikan time malas, cengkerik dan ulat time rajin.

Wednesday, January 23, 2013

A&W Kota Bharu

Kat mana nak layan A&W di Kota Bharu? Rasanya dah takde lagi outlet A&W di Kota Bharu, bahkan rasanya dah takde lagi di Kelantan. In fact, rasanya banyak outlet telah ditutup di serata Malaysia. Teringat dulu-dulu selalu ke A&W untuk refill rootbeer dia dalam botol besar. Masa tu cawangan pertama di Terengganu adalah di Batu Buruk. KFC pon takde lagi. Seterusnya cawangan kedua di bawah Menara PMINT, ditutup jugak setelah beberapa tahun beroperasi.

Duk taip entry ni terliur plak kat rootbeer float gelas besar dia, curly fries dan coney dog. Di Kota Bharu sebelum ni ada satu dekat The Store berhadapan Parkson, dan satu lagi yang baru dibuka dalam Tesco. Skang semua dah ditutup. Yang depan Parkson tu The Store sambung jadi dia punya outlet. Yang dalam Tesco tu plak skang diganti oleh Burger King.

Tak sangka ada jugak franchiser yang terkesan di Kota Bharu. Mulanya ingat kat Kelantan ajer yang ditutup, tapi rasanya banyak outlet di Malaysia yang telah ditutup oleh KUB yang dinilai sebagai tidak menguntungkan.

Monday, January 21, 2013

Blogger Android China

Pinjam tab anak. China mari. Pakcik dia beli kat Guangzhou kos cuma RM200. Biasa kat sini orang jual dalam RM399 atau RM400 lebih. Ni kali pertama aku menerai post dari tab / selain Macbook Air. Sekali-sekala nak jugak tukar angin. Berbanding Samsung Galaxy tab, memang terasa agak slow bila buka banyak apps. Facebook saja pon dah lembab. So far Blogger Apps yang aku download ni agak ok dan laju. Selain tu skrin tak sehebat Samsung la.

Bagaimana China begitu hebat bab meniru ni? Beberapa dekad dahulu China bermula dengan membeli pattern dari US yang telah expired. Setiap pattern hanya boleh dilindungi selama 20 tahun. Seterusnya pattern itu harus dibuka umum bagi mengelakkan kongkongan teknologi. Dari situ China bermula dan kini mampu menghasilkan produk tersendiri. Bab telefon di China memang dijual secara terbuka tapi sebaliknya bagi jam berjenama gred AAA. Terdapat sekatan dari kerajaan di sana dan dijual secara rahsia terutama di bilik-bilik hotel.

Aku pernah dihadiahkan seutas Glashutte. Aku sendiri tak pernah dengar dan tau menatang aper brand ni. Bila aku Google nah keluar la harga original dia USD20,000. Aku tilik dia punya gambar atas bawah belakang memang sama sangat. Material dia pon memang berkualiti. Dari bawah enjin dia bleh tengok, so start situ la aku mengenakan Glashutte di tangan. Walau bukan ori, tapi aku tau harga dia mesti ratusan ringgit jugak.

Oh, entri sebenar post ni nak try tab China ni jer :-)

Friday, January 11, 2013

Pelayan Berumur

Arini dah mula berniaga. Geng-geng dari Pattani selamat sampai petang semalam. Alhamdulillah setelah 11 hari cuti tak sangka sambutan seperti biasa. Bimbang jugak kot customer tak datang. Rezeki dari Allah ni memang kita tak terduga. Bermacam cara dan pintu rezeki sampai kepada kita.

Pelanggan tetap ramai yang datang. Jemaah masjid pon macam biasa terus datang selepas Isyak. Kebanyakkan yang datang hari ni semua pelanggan tetap. Hmm.. Macam mana aku nak pastikan kes rehat panjang seperti sebelum ni tidak berulang. Nak berkeras sangat dengan tukang masak ni takut lain pulak jadinya.

Kot-kot mana kene jugak bertegas / bersuara agar tidak berulang macam sebelum ni. 11 hari beb tak berniaga tak pasal-pasal. Kalo cuti raya tu lain la. Tu pon tak pernah sampai 11 hari. Mungkin kene buat sistem giliran. Yang nak bercuti panjang tu boleh, tapi tak la sampai semua skali. Alhamdulillah juga aku dapat backup pekerja part-time yang amat bagus. Umurnya dah lebih 40 tahun. Amat lemah lembut dengan customer. Kerja pantas. Orang Kelantan.

Dari perhatian aku, rupanya bila pelayan yang sedikit berumur, contohnya yang 40 tahun ke atas ni, customer lebih sopan bila bercakap, dan dari segi psikologi, kami di pihak peniaga sudah menang selangkah iaitu customer tak cakap lebih kurang, sebab pelayan ni agak berumur. Jadi bila aku fikir balik, tengok dalam tv, padan la restoran ekslusif mat salleh, pelayannya adalah mereka yang lebih berumur. Kan?

Tuesday, January 8, 2013

Bangunan Kubang Kerian

Aku agak tertarik dengan cara bangunan di bina secara berperingkat di kawasan Kubang Kerian (Mydin Mall) dan di Lembah Sireh (TESCO). Bangunan di bina sedikit demi sedikit. Siap satu fasa, dijual dulu sampai habis dan di bina lagi fasa seterusnya setelah fasa sebelum ini habis dijual.

Selain dari keuntungan dan pengeluaran modal yang tidak sekaligus bagi membangunkan sesuatu kawasan yang besar, dapat dilihat dengan cara ini bangunan-bangunan yang dibina penuh berpunya. Sekiranya dibina ke semua fasa sekaligus, tentu berlaku perebutan memilih kawasan atau lot yang strategik (corner lot contohnya) dan tentu banyak lot yang tidak terjual.

Aku tidak arif hal hartanah, namun aku pasti dengan separuh lot yang terjual bagi setiap projek tentunya telah balik modal. Di Kubang Kerian sudah nampak agak penuh. Di Lembah Sireh pulak banyak lagi kawasan luas terutamanya di sebelah satu lagi jambatan yang bakal dibina kondo / perumahan.

Sonamu Kelantan

Semua dalam keadaan berjaga-jaga dan beringat. Memang bab bencana alam, produk haram, akan merebak dengan cepat di Facebook. Antara negeri yang dianggarkan bakal terasa tempias Sonamu ini adalah Kelantan dan Terengganu. Tapi yang hairannya apsal Kelantan ajer yang mendapat liputan dalam TV3? Aku pon lama dah tak layan TV3, sementara cuti dilanjutkan dek tukang masak tak sampai-sampai lagi ni maka sempat tengok semalam dan hari ni.

Berbanding Kelantan (Kampung Sabak) dan Terengganu, aku rasa Terengganu lebih berat dan panjang kawasan yang bakal terkene tempias Sonamu. Diberitakan jugak ramai pesakit yang dah agak ok di discharge kan dari HSNZ, Kuala Terengganu. Maklum la betul-betul mengadap Pantai Batu Buruk. Malah geografi Terengganu memang dari utara sampai selatan semuanya berpantai. Tapi Pantai Sabak yang ciput tu jugak mendapat liputan.

Rupanya banyak nak diselitkan kat situ, antaranya memang disebut benteng pasir yang dibuat oleh Kerajaan PERSEKUTUAN sambil ditunjukkan guni-guni berisi pasir yang dibentengkan 2-3 lapis. Satu usaha yang AMAT MEMBANTU dari Kerajaan Persekutuan. Hari ni pulak di Bachok nelayan tak dapat mencari makan. Diselitkan pula mujur ada bantuan nelayan sebanyak RM200 sebulan.

Tahniah la TV3 atas liputan persediaan Sonamu di Kelantan.

Alhamdulillah juga Sonamu telah melencong ke barat daya dan arini dah ada di Facebook video ribut di Johor. Tapi kesahihan aku tak pasti. Sebelum ni pon banyak jugak video tentang puting beliung di Johor, tapi kesahihan aku tak pasti dan tak masuk pon tv.

Monday, January 7, 2013

Akuarium Arowana Retak

Minggu lepas beli lampu warna putih (T5) untuk letak dalam akuarium. Aku dah pelik tengok tak lawa lampu biasa warna ungu tu bila duk dalam akuarium. Tak ngam dengan arowana. Kaler tak timbul bila pasang lampu. So aku bertanyakan lampu putih untuk arowana. Rupanya mahal lampu tu. Satu tu yang cap Dolphin seratus lebih, satu lagi murah sket aku dapat RM65. So jadi la beli. Ni yang 4 kaki.

Balik rumah setup-setup lampu, ejas situ sini, tiba-tiba prak! bunyi akuarium. Then air keluar dari bawah akuarium. Kalut habis ler takut pecah satu akuarium tu. Mau banjir rumah / rosak benda lain. Akuarium 5 kaki tu mau dekat 150 gallon air. Aku sempat kosongkan air secepat mungkin sambil tekan kawasan yang retak (lantai bawah). Pindah arowana (Nang Kemuning) ke dalam baldi. Masuk bubble pump. Dah lewat malam sebenarnya aritu. Tak larat nak kemas rumah dan karpet yang basah. So tido dan sambung bersihkan esok pagi.

Kedai yang aku tempat tu tak dapat nak amik dalam masa terdekat, call 2 hari seterusnya camtu jugak, sibuk dengan kerja lain. So aku amik keputusan gam sendiri dengan silicon. Alhamdulillah berjaya! Dah masuk 4 hari selamat digunakan. Arowana aku membesar dengan amat cepat. Memang kene petua orang, nak bela ikan besar ni kene sediakan akuarium yang besar, baru dia cepat membesar.

Sejak baiki retak aritu, aku cuma gunakan dua top filter sajer. Air jernih superclear, dengan T5 light ni memang cemerlang! Kaler ikan timbul bukan main. Bahagia hati. Oh yer, malam sebelum retak tu jugak, pump angin untuk buih yang aku letak atas akuarium tu terjatuh dalam air. Pum tu mati tak jalan dan panas. Subhanallah mujur tak shock satu akuarium tu. Bahaya!

Rehat Panjang

Tahun ni belum lagi merasa pendapat dari kedai makan. Punya la lama tukang masak cuti. Insya Allah takde aral petang atau malam ni sampai la krew dari Pattani, Thailand. Empat orang semuanya. Harap esok boleh mula berniaga. Rehat yang panjang sebenarnya agak meletihkan dan memalaskan tubuh. Rutin harian sedikit lari, sakit urat sebab berehat.

Dari pembukaan tahun ni nampak macam-macam benda besar akan menghiasi hingga penghujung tahun. Ni amaran ribut dah keluar bagi negeri Pantai Timur. Ikut pengalaman lepas, ribut mengejut yang melanda Kota Bharu / Kelantan ni bleh tahan jugak ada pokok besar tumbang, atap runtuh, signboard jatuh, agak membahayakan sebenarnya. Justeru sama-sama kita doakan keselamatan semua.

Isu politik pulak, tetiba Amanat Haji Hadi diutarakan semula, namun sedikit pon takde kesan kepada PAS. Lebih menampakkan kebodohan dan kebaculan UMNO untuk berdepan dengan isu ini. Di Pengkalan Chepa plak kecoh tunjuk perasaan menentang / tak puas hati dengan Datuk Dali Husin.

Thursday, January 3, 2013

Haza Bistro

Dah masuk tahun 2013. Takde apa aku nak sentuh pasal tahun baru. Alhamdulillah bisnes kecik kedai makan ambe yang dimulakan Mac 2012 nampak perkembangan positif. Mengikut perancangan setakat ini. Mampu berjalan dengan duit pusingan tanpa suntikan modal tambahan sejak tiga bulan yang lepas. Banyak pengalaman baru ditimba. Rutin pengurusan sebuah kedai makan / restoran itu sebenarnya tidaklah begitu sukar, tapi pengurusan kepada tenaga kerja itulah yang terutama dan lebih memeningkan kepala. Saringan dan pemilihan pekerja mesti teliti demi menjaga keberkatan perniagaan.

Kenapa tajuk Haza Bistro? Kerana kedai ini juga mula dibuka tahun yang sama dan umur hampir sama dengan kedai aku. Tapi dia punya kos juta aku punya pulak billion. Sejak mula dibuka aku cuba kali pertama. Tapi melalui pengalaman yang tak best. Namun aku pujuk hati untuk cuba lagi. Apatah lagi setelah kenalan aku bagitau owner dia dah banyak ubah pengurusan dan tukar staf. Aku cuba lagi lepas raya aji tapi melalui pengalaman yang lebih memedihkan hati. Namun aku tetap menaruh harapan untuk mencuba lagi buat kali ketiga.

Kenapa aku tidak serik dengan dua pengalaman sebelum ini, sebab aku tau sedikit latar belakang owner Haza Bistro dari buah mulut orang iaitu diusahakan oleh tiga orang ustaz dan di antara mereka ini adalah pemilik cawangan Tutti Frutti di Queenspark (Tanjung Chat) iaitu cawangan pertama yang dibuka di Kelantan. Dari situ aku menaruh harapan yang tinggi untuk mengikuti perkembangan Haza Bistro, melihat segala kekurangan dan kelebihan untuk aku ambil sebagai pengalaman dan perbandingan pro dan kontra antara membuka sebuah restoran yang gah dan sebuah restoran yang biasa-biasa.

Di Kelantan ni, aku letak Restoran Syam (Berek 12) sebagai ikon dan idola. Baik dari kali pertama hingga ke beberapa kali pun, sentiasa positif. Bahkan merupakan antara restoran ekslusif yang bertahan lama hingga kini di Kota Bharu. Selain tu, New Horizon juga antara yang sentiasa aku ikuti perkembangannya. Kedua-dua restoran besar ini ada kekuatan masing-masing.

Berbalik kepada Haza Bistro, yang diusahakan oleh tiga orang ustaz tadi, amat menarik perhatian dan bagaimana langkah-langkah yang mereka telah / akan ambil demi memajukan perniagaan mereka yang baru bermula memberikan aku satu pengalaman secara tidak langsung. Bukan mudah apabila kita buka satu restoran eksklusif ni, expectation dari pelanggan amat tinggi. Pelanggan yang datang pon biasanya yang ada class. Silap haribulan mulut pon laser-laser kalu ada yang tak kene.

Dua pengalaman teruk yang aku lalui sebelum ni aku rasa kalau orang lain yang ada blog mesti dah beleber dan nyumpah-nyumpah, tapi aku kene ingat, aku pon ada kedai makan. Lagipun Haza Bistro ni bisnes orang kita, kalau yer pon nak komen baik hantar cadangan atau komen secara tertutup. Lebih membantu sesama kita. Alhamdulillah pengalaman kali ketiga petang tadi amat baik dan semuanya sempurna. Berkesempatan lihat kali pertama owner dia secara dekat. Amat low profile. Insya Allah akan sentiasa memberikan sokongan.

Sebuah tempat makan ni sukar diduga, kita tak tau apa pelanggan nak, nak kata tempat eksklusif, Roti Bakar Kampung Sireh atap pon takde, tapi orang berjuta. Nak kata servis? Makanan? Harga? Banyak sangat faktor. Setiap kedai ada kekuatan tersendiri. Aku tak punya bajet besar untuk eksklusif. Aku cuba dengan konsep kerusi meja plastik, open air, orang kampung masuk, YB bleh masuk, orang UMNO pon tak kekok masuk, SB pon bleh masuk, Pak Imam dan AJK masjid bleh masuk serta epada mereka yang berprofil tinggi yang pernah menjenguk ke warung hamba ni, harap terima lah seadanya.

Antara nama restoran yang ada nama di Kota Bharu kini selain Haza Bistro adalah Selera Cik Siti dan Restoran Wau. Kepada semua pengusaha kedai makan Melayu-Islam terutamanya di Kota Bharu, izinkan hamba menimba pengalaman dari kalian semua.