Tuesday, January 8, 2013

Bangunan Kubang Kerian

Aku agak tertarik dengan cara bangunan di bina secara berperingkat di kawasan Kubang Kerian (Mydin Mall) dan di Lembah Sireh (TESCO). Bangunan di bina sedikit demi sedikit. Siap satu fasa, dijual dulu sampai habis dan di bina lagi fasa seterusnya setelah fasa sebelum ini habis dijual.

Selain dari keuntungan dan pengeluaran modal yang tidak sekaligus bagi membangunkan sesuatu kawasan yang besar, dapat dilihat dengan cara ini bangunan-bangunan yang dibina penuh berpunya. Sekiranya dibina ke semua fasa sekaligus, tentu berlaku perebutan memilih kawasan atau lot yang strategik (corner lot contohnya) dan tentu banyak lot yang tidak terjual.

Aku tidak arif hal hartanah, namun aku pasti dengan separuh lot yang terjual bagi setiap projek tentunya telah balik modal. Di Kubang Kerian sudah nampak agak penuh. Di Lembah Sireh pulak banyak lagi kawasan luas terutamanya di sebelah satu lagi jambatan yang bakal dibina kondo / perumahan.

No comments:

Post a Comment