Thursday, January 3, 2013

Haza Bistro

Dah masuk tahun 2013. Takde apa aku nak sentuh pasal tahun baru. Alhamdulillah bisnes kecik kedai makan ambe yang dimulakan Mac 2012 nampak perkembangan positif. Mengikut perancangan setakat ini. Mampu berjalan dengan duit pusingan tanpa suntikan modal tambahan sejak tiga bulan yang lepas. Banyak pengalaman baru ditimba. Rutin pengurusan sebuah kedai makan / restoran itu sebenarnya tidaklah begitu sukar, tapi pengurusan kepada tenaga kerja itulah yang terutama dan lebih memeningkan kepala. Saringan dan pemilihan pekerja mesti teliti demi menjaga keberkatan perniagaan.

Kenapa tajuk Haza Bistro? Kerana kedai ini juga mula dibuka tahun yang sama dan umur hampir sama dengan kedai aku. Tapi dia punya kos juta aku punya pulak billion. Sejak mula dibuka aku cuba kali pertama. Tapi melalui pengalaman yang tak best. Namun aku pujuk hati untuk cuba lagi. Apatah lagi setelah kenalan aku bagitau owner dia dah banyak ubah pengurusan dan tukar staf. Aku cuba lagi lepas raya aji tapi melalui pengalaman yang lebih memedihkan hati. Namun aku tetap menaruh harapan untuk mencuba lagi buat kali ketiga.

Kenapa aku tidak serik dengan dua pengalaman sebelum ini, sebab aku tau sedikit latar belakang owner Haza Bistro dari buah mulut orang iaitu diusahakan oleh tiga orang ustaz dan di antara mereka ini adalah pemilik cawangan Tutti Frutti di Queenspark (Tanjung Chat) iaitu cawangan pertama yang dibuka di Kelantan. Dari situ aku menaruh harapan yang tinggi untuk mengikuti perkembangan Haza Bistro, melihat segala kekurangan dan kelebihan untuk aku ambil sebagai pengalaman dan perbandingan pro dan kontra antara membuka sebuah restoran yang gah dan sebuah restoran yang biasa-biasa.

Di Kelantan ni, aku letak Restoran Syam (Berek 12) sebagai ikon dan idola. Baik dari kali pertama hingga ke beberapa kali pun, sentiasa positif. Bahkan merupakan antara restoran ekslusif yang bertahan lama hingga kini di Kota Bharu. Selain tu, New Horizon juga antara yang sentiasa aku ikuti perkembangannya. Kedua-dua restoran besar ini ada kekuatan masing-masing.

Berbalik kepada Haza Bistro, yang diusahakan oleh tiga orang ustaz tadi, amat menarik perhatian dan bagaimana langkah-langkah yang mereka telah / akan ambil demi memajukan perniagaan mereka yang baru bermula memberikan aku satu pengalaman secara tidak langsung. Bukan mudah apabila kita buka satu restoran eksklusif ni, expectation dari pelanggan amat tinggi. Pelanggan yang datang pon biasanya yang ada class. Silap haribulan mulut pon laser-laser kalu ada yang tak kene.

Dua pengalaman teruk yang aku lalui sebelum ni aku rasa kalau orang lain yang ada blog mesti dah beleber dan nyumpah-nyumpah, tapi aku kene ingat, aku pon ada kedai makan. Lagipun Haza Bistro ni bisnes orang kita, kalau yer pon nak komen baik hantar cadangan atau komen secara tertutup. Lebih membantu sesama kita. Alhamdulillah pengalaman kali ketiga petang tadi amat baik dan semuanya sempurna. Berkesempatan lihat kali pertama owner dia secara dekat. Amat low profile. Insya Allah akan sentiasa memberikan sokongan.

Sebuah tempat makan ni sukar diduga, kita tak tau apa pelanggan nak, nak kata tempat eksklusif, Roti Bakar Kampung Sireh atap pon takde, tapi orang berjuta. Nak kata servis? Makanan? Harga? Banyak sangat faktor. Setiap kedai ada kekuatan tersendiri. Aku tak punya bajet besar untuk eksklusif. Aku cuba dengan konsep kerusi meja plastik, open air, orang kampung masuk, YB bleh masuk, orang UMNO pon tak kekok masuk, SB pon bleh masuk, Pak Imam dan AJK masjid bleh masuk serta epada mereka yang berprofil tinggi yang pernah menjenguk ke warung hamba ni, harap terima lah seadanya.

Antara nama restoran yang ada nama di Kota Bharu kini selain Haza Bistro adalah Selera Cik Siti dan Restoran Wau. Kepada semua pengusaha kedai makan Melayu-Islam terutamanya di Kota Bharu, izinkan hamba menimba pengalaman dari kalian semua.

No comments:

Post a Comment