Tuesday, May 27, 2014

Joki Parking HUSM

Walau hampir sembilan bulan aku tak menulis, namun ada 10 topik dan isu yang sempat aku memo kan dalam handphone. Ni senarai pertama. Berkenaan joki parking di HUSM Kubang Kerian. Ok. Kisahnya bermula aku pernah dikunci tayar oleh pengawal keselamatan HUSM kerana parking bukan ditempat parking. Dah berjuta kali pusing takde parking, so parking la kat satu corner tu. Bila discharge pesakit, angkut beg apa semua, masukkan dalam but kereta, bila nak masuk kereta untuk start, sekali baru nampak tayar kene kunci dan ada papan tanda. Tanya kat kaunter pertanyaan punya lah jauh tempat nak settle saman HUSM ni. So merana lah pesakit yang baru discharge tu menunggu aku pegi bayor parking dulu. RM50 beb. Pengawal keselamatan tu suruh aku ke Bahagian Taksiran mintak diskaun (orang nak cepat ni), tapi terpaksa menolak dengan baik. Aku yang sentiasa cool senyum selalu. Masa tu belum ada lagi parking berbayor tiket bagai.

Kini! Dah la parking berbayar. Maknanya bila penuh akan ada papan masuk ke parking tu FULL. Siap ada perkhidmatan joki. Berdasarkan pengalaman dulu. Aku terus gunakan perkhidmatan joki.

Masuk jer lorong hujung sekali. Ambil tiket, parking jer dekat parking doktor tu atau depan pintu dekat joki tu, bergantung kepada deretan kereta. Bawak masuk tiket parking dan bayar kat kaunter joki tu. RM5.00 jer untuk 3 jam pertama. Kita akan diberi satu nombor rujukan.

Kalau pergi time orang tak ramai, ada kalanya joki ni bagi jer kita parking berdekatan tanpa kenakan caj joki. So time nak keluar bayar biasa kat pondok bayaran. Kalau tak kita kene bayar kat kaunter joki tu dan tiket parking kita dicop PAID gitu. Dalam banyak kali berurusan, pernah skali kene dengan joki tak friendly. Sampai sekarang dia cam aku dan aku cam dia. Sekadar tu ajer. Dia pun tak mintak maaf. Aku pun tak marah. So sendiri-sendiri faham. Kisahnya masa aku bagi kunci, dia kata pakcik parking sendiri la kereta kat situ (sambil tunjuk belakang dia). Area parking doktor kot. Aku pun pergi la start balik kete dan parking belakang satu kereta tu. Bila serah kunci semula kat dia, dengan meccoknya (tak ikhlas) dia pegi alihkan semula dan parking sebelah kereta tu. Adus. So dia bagi kunci. Katanya tak payah bayar joki. Kira nanti bayar kat pondok bayaran nak keluar aja. Bermakna, normal caj la. Tapi tak kene la anak muda meccok gitu. Dok baik boh. Mujur la ambe ni manusia yang cool.

Jadi! RM5.00 untuk 3 jam pertama insya Allah berpatutan. Highly recommended! Satu usaha bagus dari HUSM dan apa nama dah tu.. Ha! UVEST kalau tak silap. Pengendali parking kat HUSM tu. Entah la subsidiary HUSM ke atau memang swasta. Kalau area joki tu penuh kereta, biasanya joki akan tolong parking kat mana-mana area parking tu, termasuk sebelah padang HUSM tu atau mana-mana la dia suka. Asalkan tak kene saman dan kunci tayar sudah. Bila kita siap nak balik, bagi je nombor rujukan tadi dan tunggu kereta sampai depan muka pintu. Hatta bawak kereta buruk sekali pun.

Comments

Post terakhir aku ialah pada 30 September 2013. Sekarang dah Jun 2014. Kalau perempuan mengandung dah terberanak dah. Hehe! Isk.. Macam mana boleh sebegini lama terbiar. Malu! Oh ye! Diam-diam blog ni sempat jugak menerima kunjungan terutamanya peminat Arowana dan pencari tukang masak. Maaf la. Arowana ambe tu dah mati. Al-kisahnya entah macam mana bila diperhatikan, rupanya ada gelang getah melekat di kepala (bahagian leher) Nang Kemuning tu. So aku buka tudung akuarium seluasnya dan cuba cabut getah tu dari kepala dia. Sekali Nang Kemuning melompat keluar, menggelupur, tak sempat nak tangkap terus dia terjun ke tingkat bawah rumah dari celah tangga. Patah pinggang. Aku cuba selamatkan dalam masa seminggu jugak. Dia tak dapat menyelam. Terapung. Dah cuba pelbagai cara termasuk rendahkan air. Hingga satu badan dia lama-lama jadi merah dan senget. Dalam keadaan masih bernyawa aku masukkan dia dalam peti bagi tidur :)

Aku menerima beberapa komen di blog ni. Maaf tuan puan, masih belum dapat jawab sesetengah komen yang mendedahkan identiti buat masa ni. Akan.. Akan.. Sabar. Contoh soalan kedai kat mana? Tempah akuarium kat mana? Tak dapat nak jawab. Maaf skali lagi.