Tuesday, May 27, 2014

Comments

Post terakhir aku ialah pada 30 September 2013. Sekarang dah Jun 2014. Kalau perempuan mengandung dah terberanak dah. Hehe! Isk.. Macam mana boleh sebegini lama terbiar. Malu! Oh ye! Diam-diam blog ni sempat jugak menerima kunjungan terutamanya peminat Arowana dan pencari tukang masak. Maaf la. Arowana ambe tu dah mati. Al-kisahnya entah macam mana bila diperhatikan, rupanya ada gelang getah melekat di kepala (bahagian leher) Nang Kemuning tu. So aku buka tudung akuarium seluasnya dan cuba cabut getah tu dari kepala dia. Sekali Nang Kemuning melompat keluar, menggelupur, tak sempat nak tangkap terus dia terjun ke tingkat bawah rumah dari celah tangga. Patah pinggang. Aku cuba selamatkan dalam masa seminggu jugak. Dia tak dapat menyelam. Terapung. Dah cuba pelbagai cara termasuk rendahkan air. Hingga satu badan dia lama-lama jadi merah dan senget. Dalam keadaan masih bernyawa aku masukkan dia dalam peti bagi tidur :)

Aku menerima beberapa komen di blog ni. Maaf tuan puan, masih belum dapat jawab sesetengah komen yang mendedahkan identiti buat masa ni. Akan.. Akan.. Sabar. Contoh soalan kedai kat mana? Tempah akuarium kat mana? Tak dapat nak jawab. Maaf skali lagi.

No comments:

Post a Comment