Monday, September 30, 2013

Nasi Kak Wook Asli

Di merata tempat di Kota Bharu khususnya, boleh dilihat sign Nasi Kak Wook, Nasi Kak Wok, Nasi Ala Kak Wook ada di merata-rata. Ada yang secara khusus menjual nasi sahaja, ada yang ditambah nilai dari business makanan sedia ada. Siapa Kak Wook?

Diberitakan dari kenalan setempat, Kak Wook telah tiada lagi bersama kita. Berasal dari Lundang. Namun legasinya masih ada disambung oleh anak-beranak. Antaranya di Kubang Kerian, jalan antara Jakel ke Nirwana. Juga terdapat di beberapa tempat lain yang diusahakan oleh keluarga asal Kak Wook.

Branding / Penjenamaan merupakan satu kelemahan kita peniaga Melayu terutamanya. Nama Kak Wook digunakan sewenangnya oleh ramai peniaga yang tidak malu. Dah la takde kene mengene dengan Kak Wook. Yang juruh sikit akan menggunakan Ala Kak Wook. Yang malu nak guna pulak dan yang lebih sesuai menggunakan Nasi Bajet / Nasi Ayam Khopeh. Identiti Nasi Kak Wook adalah gulai ayam yang dipotong kecil serta ayam goreng yang juga dipotong kecil beserta sedikit sambal.

Purata harga antara RM3.00 - RM3.50. Ada juga yang masih menjual pada harga RM2.50. Tidak salah nak jual benda sama. Tapi gunalah nama sebaiknya. Tak perlu di pau nama Kak Wook.

Sedikit update kedai makan aku pulak. Alhamdulillah kini boleh dikatakan fullhouse setiap hari. Dah tambah meja pun tetap ramai yang terpaksa balik semula atau menunggu meja kosong. Purata dalam satu masa dengan meja dan kerusi boleh memuatkan maksimum 100 orang. Dengan dua tukang masak, dan lima krew, agak sukar untuk tambah kerusi meja tanpa menambah pekerja.

Baru-baru ni Pegawai Kesihatan buat spot-check, Alhamdulillah takde apa sangat kecuali perkara minor seperti tak pakai kasut, ada yang kad pengendali makan dan expired (tak perasan) dan beberapa perkara lain yang telah diejah dalam masa yang singkat. Memandangkan tempat memasak secara terbuka (boleh dilihat oleh semua), maka sedikit bonus kepada kami agar kebersihan terjaga. Pelanggan boleh melihat sendiri.

Berkenaan jumlah jualan harian, masih belum mencecah RM2,000 sehari. Namun menghampiri.

No comments:

Post a Comment