Thursday, August 9, 2012

Kelantan & Terengganu

Kalau bercakap apa-apa hal berkaitan atau perbezaan antara Kelantan & Terengganu ni sentiasa kene perlahan. Kedua-dua negeri ni walau nampak berjiran dan budaya serupa tapi aku duk perati terutama di kalangan peringkat orang tua-tua ni ada semacam ketidakserasian. Kalau tanye sesetengah orang Kelantan mesti macam-macam perkara tak best tentang orang Terengganu dan begitulah sebaliknya. Perkara ni mungkin masih lagi terbawa-bawa oleh muda-mudi sekarang hasil hasutan dan nasihat tidak ada manfaat dari orang lama. Ketegangan ni boleh dilihat tiap kali ada perlawanan bola. Memang lain macam jadinya berbanding bila kedua-dua negeri ni bertanding dengan negeri lain. Aku tak salahkan mana-mana (mungkin terbawa-bawa dari zaman dulu kala yang kedua-dua negeri ni ada sejarah peperangan).

Contoh budu dan keropok, tak payah la nak debat berasal dari mana. Bagi aku berasal dari kedua-dua negeri termasuk la berasal dari Selatan Thai. Dari segi penggunaan dan keluaran pula, tak dapat dinafikan kini budu lebih pesat di Kelantan manakala keropok lebih pesat di Terengganu.

Cuba la kita tanamkan satu pendekatan dan sifat kepada muda-mudi dan anak-anak kita yang orang Pantai Timur ni serumpun, mesti bersatu padu. Kita sentiasa jadi mangsa orang kata negeri miskin. Terengganu jangan duk syok sangat mentang-mentang Kelantan yang selalu kene perli negeri miskin. Aku mampu dan layak bercakap pasal hal ni sebab aku anak jati Terengganu (tinggal di bandar Kuala Terengganu) dan dalam masa yang sama aku kini secara kekalnya boleh dikatakan menetap di Kelantan (Kota Bharu), mencari rezeki di sini.

Bagi aku, Terengganu memang mewah dengan jalan raya berturap cantik, jalan lebar dan luas. Terbaik. Pendek kata, masuk ajer sempadan Terengganu dari sebelah Kelantan ni memang terasa dah masuk Terengganu. Dapat di cam dari jalan sahaja. Tempat peranginan yang amat banyak, pantai cantik terjaga, dan bersih. Itu kelebihan kita di Terengganu.

Kelantan pula, walau kekurangan markah dari segi tempat peranginan dan kebersihan terutamanya, tapi kuasa membeli di sini amatlah besar. Negeri yang selalu dibelasah dengan jolokan miskin ni semakin bertambah-tambah pusat membeli-belah dan perniagaan franchising. Eh, masa aku start jejak kaki ke Kelantan dulu-dulu, McDonalds, Pizza Hut dan 7 Eleven kat sini dah ada yang lusuh signboardnya. Masa tu tak payah sembang, Terengganu memang tak ada lagi. Tup tup bukak la sebiji McDonalds kat Kerteh. Then ada pulak Mesra Mall kat situ. Sedangkan semua itu adalah untuk pasaran pekerja-pekerja Petronas / syarikat Oil & Gas yang bertapak di situ. Yang bergaji besar kebanyakkan orang luar. Bayangkan, bukak di Kerteh dulu then baru di ibu negeri Kuala Terengganu.

Lepas tu adalah Mydin Mall dan Giant di Padang Hiliran, KT. Bangganya orang Terengganu dapat dua hypermarket ni. Selama ni boring dengan The Store, Hock Kee Seng dan Sabasun. Mydin terus mendapat sambutan. Tapi time raya, takkan la nak shopping kat Giant / Mydin kot. Pilihan baju kasut semua last-last cari kat The Store jugak. Yang duk Dungun / Kemaman naik Kuantan. Yang duk Jertih / Besut ni naik ke KB.

Oh kat KB ada shopping mall jugak ke? Ada la dua bijik yang ala-ala KL gitu. KB Mall dan Parkson. Masuk dalam ni memang tak perasan berada di KB. Mydin Mall pon ada jugak sebijik sama dengan yang KT punya. Giant pon ada. Yang ala-ala Hock Kee Seng tu kat sini ada Billion, Pantai Timur dan Ceria. Nak lagi? Nirwana kat sini besar macam Mydin Mall jugak bukan jenis setingkat gitu ajer. Nak yang international sikit Tesco pon ada. Semuanya berjalan dengan baik. Takde la itu bukak ini lingkup. Seiring.

Lain-lain franchising mintak maaf aku cakap semuanya lebih di Kelantan dari Terengganu dari segi ekonomi dan kuasa membeli. Bank-bank antarabangsa seperti Kuwait Finance House dan Al-Rajhi bank pon sanggup buka di sini. Maaf jauh sekali nak mengata kat Terengganu tapi aku cuma membalas kata-kata yang aku anggap memalukan dari orang senegeri aku Terengganu bila menghina Kelantan miskin sedangkan tak pernah sampai di sini. Tolong la jangan kata kat Kelantan, malu kita nanti. Dah le orang sini makan beras siam lagi mahal oi dari beras tempatan. Kedai aku pon terpaksa pakai beras siam, kalau tak customer pandang sebelah mata la wei.

Kesimpulan aku. Berada di Kelantan agak mudah dari segi membeli atau mendapatkan apa-apa keperluan dan tak perlu nak pergi negeri lain. Itu yang pasti. Tapi kerinduan pantai yang indah, jalan yang besar dan berturap baik, tempat riadah yang banyak di bandar, tentunya Terengganu menjadi pilihan. Muktamad. Tolong jangan saling mengatakan antara satu sama lain. Aku cintakan kedua-dua Terengganu dan Kelantan. Entry aku akan datang berkisarkan kedua-dua negeri ini. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment