Saturday, August 11, 2012

Istana Air Mata

Hari ni dapat maklumat baru iaitu Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Bharu juga ada sesetengah masyarakat lama menggelarnya Istana Air Mata. Aku bertanya kenapa? Dalam hati aku berteka-teki mungkin ada air pancut di pintu masuk istana kot. Tapi katanya istana ini dibina dengan harta dan keringat rakyat jelata. Aku terdiam kejap. Kurang bersetuju mungkin. Aku rasa senibina istana ni tak la lama sangat. So chances untuk kerahan duit dan tenaga rakyat tu hampir mustahil kecuali la zaman dulu kala. Status pengesahan jolokan Istana Air Mata dek kerana air mata rakyat ni aku letak pending dulu. Insya Allah aku cuba dapatkan pendapat beberapa kenalan lain. Kalau pasal kos pembinaan Istana Negara sampai 800 juta tu ok jugak ko nak beri jolokan Istana Air Mata. Air Mata Darah pon takpe. Memang terang-terang gunakan duit rakyat.

Apapun walau apa kisah sebenar disebalik jolokan Istana Air Mata (Istana Negeri) Kubang Kerian ni, selepas kejayaan program Qiam With Me semalam, aku rasa air mata kegembiraan rakyat Kelantan lah yang menitik di karpet gebu dewan tersebut. Eh, arini bersepah gambar program tu kat FB. Yang bangang duk komen kata dibuat sebab nak dapat rekod pon ada. Bodoh! Program ni takde pon letak matlamat kat sebarang banner berapa ribu orang akan hadir. Aku tengok gambar sijil Malaysian Book of Records tu jumlah 6000 tu ditulis tangan. Bermakna catatan kemudian. Rekod yang dicatatkan adalah Largest Participant In A Qiamulail Session. Direkodkan ok! Bukan buat untuk dapat rekod. Sila faham.

Arini aku tido awal lagi. Ni yang cerah mata ni. Tapi aku nak rehat jugak. Esok ada majlis buka puasa di surau berdekatan tempat tinggal aku ni. Alhamdulillah kehadiran aku diterima baik penduduk kampung di sini sejak beberapa tahun lepas. Aku banyak sertai program-program masyarakat di sini berbanding kampung halaman aku sendiri. Pendek kata, kalau keluar ajer rumah ni, sure tak berhenti angkat tangan atau disapa penduduk kampung. Ewah, perasan plak. Saling menghormati sebenarnya.

So diberitakan jugak sekitar jam 8:00 melapah daging. Pisau melapah aku dah ready, sentiasa tajam walau tak diasah. Pemberian tok guru aku dua tahun lepas. Aku masih aktif bersilat sampai sekarang. Tak turun gelanggang pon, masih buka seni sekor diri kat rumah. Sangat minat sebarang jenis self defence. Aku temui kerendahan diri dan keyakinan melaluinya, tapi bila turun dalam gelanggang atau sesama rakan seperguruan, lain plak jadinya. Rasa nak menunjuk-nunjuk itu berputik. Apa penyakit ini. Sukar dibendung. Tu yang malas kekadang nak buat apa-apa di gelanggang. Dan naik seh lagak pendekar sombong.

Mmm.. Biasanya lepas siang daging aku balik. Jarang lepak di khemah memasak. Datang pon dekat nak berbuka dah tolong sikit sebanyak. Tengok la mungkin, esok mood ok, aku bersama orang-orang kampung lama dari biasa. Malam tentunya bertarawih sekali di surau. Orang sini panggil masjid. Jarang ada istilah surau.

Sememangnya istilah surau ni tak wujud dalam bahasa Arab. Ok jugak tu, bila azan dilaungkan 5 waktu, ada speaker kat luar dan dalam, memang berbentuk masjid (bangunan dibina khas untuk solat), ada line-line saf, ada kubah, mudah diakses masyarakat umum, lelaki perempuan boleh sertai sesi solat dalam masa yang sama, bagi aku layak dipanggil masjid walau tak buat solat Jumaat. Pendek kata orang tengok orang tau tempat solat. Dok gitu? Yang kecik-kecik dalam shopping mall / office tu bleh la kita panggil musolla.

No comments:

Post a Comment