Thursday, August 9, 2012

Waktu Terbaik Untuk Tidur

Tidak dinafikan dan telah diuji berkali-kali, memang waktu terbaik untuk tidur adalah sejurus solat Isyak. Cuba la tak caya. Pernah terbaca tentang satu artikel berkenaan gelombang-gelombang berkenaan waktu seperti subuh, tengahari, asar begitu, gelombang yang disebut theta, alpha, beta dan sebagainya. Maka waktu selepas Isyak ni antara waktu gelombang otak berada tahap paling tenang. Kalau tido konfem nyenyak walau sekejap. Mana artikel tu sendiri Google la. Malas nak petik.

Dalam Islam, kalau kita tengok, memang dah cun kita tido lepas Isyak (tido awal la kira) sebab yang hendak diraikan itu ialah bangun malam (qiamullail). Tak payah nak sembang la aku tido lewat malam banyak kerja takpe tido siang hari bla-bla (itu semua di luar tabii manusia). Kot-kot mana pon memang ada negatifnya. Muktamad.

Aku memang jenis kaki tak tido malam, sebab tu aku tau pasal ni. Dari sejak masuk asrama masa remaja sampai sekarang memang tido ku tunggang terbalik. Maka di saat dapat tido awal lepas Isyak, subhanallah amat bersyukur. Aku kini fulltime running sebuah kedai makan. Dunia ICT dah jadi part time (tak pernah betul-betul fulltime pon). Bleh dikatakan sekarang hanya fokus dunia makanan dan hanya maintain client bagi web yang ada dan agak sukar nak terima client baru (tengok mood). Pagi dalam kul 11 start ke pasar bagai untuk persediaan buka kedai lepas asar. Tutup kedai sekitar 12-1 pagi. Begitu la rutin harian.

Alhamdulillah jugak, Ramadhan ni beri kesempatan aku berehat. Serehatnya! Amat best. Bagi makan ayam burung, bercucuk tanam, siram pokok, bawak anak bini jalan-jalan. Heaven! Tajuk topik ni sebab malam ni aku tido awal lagi. Ni kira dah qiam sambil duk depan laptop kot. Macbook Air lagi! Ahaha! Sori terbangga. MBA aku ni baru lagi, sangat suka sangat sayang. Bukan senang nak bleh pakai menatang ni. Bertahun lamanya bersabar dan menunggu. Oh sungguh nipis, bergaya dan stylish. Performance sangat best (berbanding pc dan laptop lama yang dibeli 5 tahun yang lepas). Juga antara faktor aku mula berblog. Sebab dapat sentuh-sentuh MBA yang best ini.

Faktor tak tidur malam ni juga menyumbang kepada masalah muda-mudi dan remaja kita. Percayalah! Pergi la tanye yang bermasalah semua jenis yang tak tido malam. Dari situ la start melepak, merokok, mendadah (istilah baru), berzina, pecah rumah, samun. Mana taknya! Eh yang ada kerja / sekolah pon mesti problem, dah lepas subuh baru balik, keje / skolah apernyer lagi. Kalo pegi pon sure bantai pil kuda ubat batuk la tu. Orang ke apa malam tak tido siang tak tido. Kuda pon reti tido. Bahan terlarang ni berleluasi ketika aku di IPT. Pergi la mana-mana IPT, aku gerenti ada la sarang-sarangnya.

Oh ya, esok Khamis ada Qiam With Me di Istana Negeri, Kelantan. Kebetulan aku memang berada di Kelantan. 6 tahun dah pon menetap di sini. Harap-harap mati dan ditanam pon di sini. Tersingkap sejarah ala-ala zaman kegemilangan Islam masa Kesultanan Melayu Melaka dulu. Punya la istana tempat menyebar Islam dan berkumpul segala ulama. Kelantan berada dalam keadaan terbaik sekarang ini dengan hubungan Sultan dan Menteri Besar yang erat dan Islam Dijunjung.

Aku cuba untuk hadir. Insya Allah. Semangat boh, doh la Ustaz Azhar Idrus ada wakil orang Terengganu. Dakpe la UAI, insya Allah lepas PRU13 ni banyok la program kat Terengganu pulok harapnya dengan kejatuhan UMNO. Lagipun aku tak pernah pegi apa-apa kuliah UAI secara live. Masuk istana jauh sekali. Tapi yang penting aku nak join untuk sama-sama berada dalam lipatan sejarah ini. Allahu Akbar!

Hari ni, insidetatz.blogspot.com dah berada dalam carian Google :)

No comments:

Post a Comment