Wednesday, August 15, 2012

Qaryah Ramadhan

Semalam aku berkesempatan ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu. Ini kali pertama aku menjejak kaki masuk ke dalam khemah solat di Qaryah Ramadhan ni. Tidak begitu luas tapi sedang molek (sesuai) dengan jumlah kehadiran dan keluasan tempat di situ. Berbentuk memanjang iaitu saf tidak banyak tapi panjang. Aku berada di bahagian kiri di mana saf perempuan berada, lebih kurang tiga saf lelaki dan seterusnya perempuan. Manakala sebelah kanan semuanya saf lelaki.

Macam biasa saja, suasana sejuk, tempat ok, karpet selesa. Bermula ajer imam mula membaca surah lepas Al-Fatihah, bulu roma aku dah start meremang sampai ke hujung kaki kebas-kebas dek aura bacaan dia yang subhanallah tak tau nak cakap. Tapi beberapa ketika lepas tu aku terganggu dengan speaker yang gila babi kuat nak pecah telinga. Mungkin sebab berada betul-betul depan speaker kot. Kemudian diselangi dengan tazkirah antara empat rakaat pertama tarawih.

Kupasan menarik. Antara isinya, apa peliknya jika Lailatul Qadar singgah di malam genap, mungkin genap bagi kita di Malaysia, tapi ganjil di Makkah misalnya kerana malam istimewa itu datang sekaligus. Antara tanda yang ketara adalah keesokkan harinya yang lain macam cerahnya, tidak panas, dan tidak berbayang. Tapi biasanya akan berlaku beberapa hari dalam bulan Ramadhan. So susah jugak nak kata exactly hari mana.

Sepanjang tazkirah berlangsung ada dua paparan projector di dalam khemah dan satu di luar khemah. Empat rakaat seterusnya alhamdulillah imam kedua baca takde plak nak pecah speaker tu. Then baru aku perasan masa tazkirah pon ok ajer speaker tu. So mungkin pihak penganjur kene adjust bersesuaian dengan kenyaringan suara imam. Selepas tarawih ada tadarus al-Quran berterusan dan bergema satu Kota Bharu. Tapi kat gerai-gerai makan sbelah tu di Medan Usahawan tu sama naik dengan bunyi tv masing-masing. Inilah Kelantan yang aku kenal, sama-sama hebat. Tapi apapun bijak memilih kerajaan.

Qiamullail aku berkesempatan singgah lagi. Dibekalkan dengan sahur nasi putih, gulai lemak udang, ikan goreng, timun dan sambal belacan oleh penganjur. Beratur amik dari dalam bonet kenderaan. Komen peribadi aku, bagi yang jauh tu mungkin tak berbaloi sangat untuk singgah setiap malam atau berkampung di sini. Keistimewaan berbuka dan bersahur free pon rasanya masjid-masjid lain pon ada. Masjid kat kawasan kita pon insya Allah ada imam yang mampu menyentuh hati kita dengan bacaannya yang tersendiri walau bukan imam import. Suasana kelainan tu aku gagal merasa. Tapi bergantung kepada masing-masing. Ada beberapa kenalan aku yang jatuh cinta dengan Qaryah Ramadhan walau habis masjid dicuba. Walaubagaimanapun insya Allah tahun depan aku singgah lagi.

No comments:

Post a Comment