Wednesday, April 10, 2013

Jualan RM1000 Sehari

Alhamdulillah sebulan dua kebelakangan ini, warung / kedai makan yang aku usahakan setahun lepas mula mencecah jualan harian melebihi RM1000. Bleh dikatakan penuh setiap hari. Terasa amat rendah diri dengan kurniaan rezeki dari Allah ini. Bila pelanggan dah start serbu macam ni, kene invest kepada pekerja tambahan terutama peak hour 8:00-10:00 malam dan pada hari minggu Khamis-Sabtu.

Nama kedai pun rasanya dah mula dikenali. Pekerja yang ada sekarang ni alhamdulillah juga amat memberikan kerjasama dan komitment terbaik. Cuti balik kampung pun agak menepati janji seperti yang dijanjikan walau biasanya akan terlajak sehari. Beberapa upgrade telah dilakukan di kedai (Ada la sikit-sikit).

Semoga dengan bertambahnya pelanggan setiap hari di warung aku ni, aku berharap dengan tarikan ini, lain-lain rakan niaga sepencarian di kiri kanan depan belakang warung aku ni pon sama-sama meningkat pelanggan. Biar sama-sama ramai dan sama-sama menikmati rezeki dari Allah.

1 comment: