Thursday, September 6, 2012

Ilmu Kebatinan

Mutakhir aku perhatikan, selain kisah kerasukan, santau, hantu, jin, dan macam-macam perkara yang berkenaan semakin menguasai kehidupan kita ditambahkan liputan yang meluas dari tv dan internet. Tidak kurang juga dalam masa yang sama hampir di mana saja kita berada mesti ramai yang pandai berubat kepada masalah tadi. Siap ada yang tawarkan diri. Ada ilmu itu ini. Hebat.

Apa masalah yang berlaku sekarang? Mana dahulu yang timbul, masalah atau penawar. Peribadi aku berpendapat mungkin setelah buat satu waktu yang panjang kita lupakan tentang hal-hal yang dikatakan tahyul, maka dalam masa yang sama, generasi yang ada sekarang mudah dihinggapi masalah seperti kerasukan, santau dan sebagainya mungkin disebabkan tiada amalan pendinding. Amalan pendinding yang aku maksudkan tidak khusus, memadai wirid selepas solat.

Kebanyakkan tok bomo yang suka offerkan diri ni pulak terutama muda mudi, biasanya yang tengah bersemangat mencuba dan amat suka dengan kepuasan yang diperolehi bila berjaya mengubat orang. Terdetik jugak beberapa % hebatnya dia tu mesti ada. Aku tak nafikan ramai yang otai dan ikhlas. Aku juga percaya penyembuhan itu dari Allah dan sesetengah orang diberikan kelebihan mujarab dan doa mereka mudah diperkenankan Allah. Itu pasti.

Apa yang aku nak kaitkan di sini, dengan timbulnya kembali perkara mistik ini, dari masalah kerasukan jin dan proses pengubatan tadi, maka yang terkeluar antara celahan ini adalah amalan-amalan ilmu kebatinan yang tiba-tiba top dan dicari ramai. Kenapa mencari? Apa yang tidak cukup pada kita? Mahukan kehebatan? Nak mempertahankan diri? Negara? Nak berperangkah?

Ada la tu masing-masing punya jawapan bagi yang mencari. Kalau tak dia tak cari pulak. Apa jawapannya yang sebenar, Allah dan hati sendiri yang tau. Aku tak bagi sebarang pandangan negatif pasal kebatinan. Cuma aku berpendapat, kepada sahabat-sahabat yang otai dan duk sibuk dengan kebatinan tu, dan kepada yang nak mencari tu, pusatkan niat bagi mencari keredhaan Allah dan keselamatan dunia akhirat. Teruskan la dengan pelajaran yang diinginkan, bergurulah dengan guru yang baik. Aku punya beberapa kenalan yang sangat berminat ini semua. Ada yang semakin warak dan ada yang semakin lagha (lalai). Yang peliknya kadang tu, dari guru yang sama, belajar benda yang sama. Tapi ntah macam mana pembawakan lain-lain. Sila halusi.

Ada yang hebat, dikhabarkan kebal, bleh terbang pon ada, siap bleh buat pukulan jarak jauh. Ada yang bleh ditunjukkan on the spot, ada plak yang time kecemasan sahaja. Apa pon kehebatan yang kalian perolehi, pada pandangan aku, agak tidak sesuai sekiranya kita beramal untuk mendapat kekebalan misalnya. Kerana, mungkin dengan kebal itu menjadi satu kelemahan buat kita. Mungkin menghadapi masalah tertentu dengan kekebalan itu. Ada masanya kita perlu luka, perlu berdarah untuk keselamatan kita.

Jadi pointnya di sini aku nasihatkan kepada pengamal ilmu kebatinan, apa jua amalan kalian, berdoa dan mohon la dari Allah supaya dikurniakan keselamatan dunia akhirat. Apa jua bentuk keselamatan itu biar Allah yang tentukan. Kiranya masa tu perlu kebal, maka kebal lah kita, kiranya perlu ghaib, maka mungkin orang tak nampak kita. Tak perlu kita mohon dari Allah secara khusus apa bentuk yang kita inginkan kerana kita tak tau apa yang terbaik. Perhatikan dalam kehidupan kita seharian, banyaknya 'mujur' yang kita lalui. Mungkin itulah keselamatan yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedari.

Jadi setiap dari kita tak semestinya terlibat secara langsung dengan apa-apa pertubuhan, perguruan, gelanggang itu ini, guru itu ini untuk memperolehi keselamatan. Kita cuma perlu didedahkan dan disedarkan. Insya Allah kita semua punya jalan mencari keredhaan Allah.

No comments:

Post a Comment