Tuesday, September 11, 2012

Bagi Murah Saya Datang Lagi

Pernah tak kita berhadapan dengan situasi samada sebagai pembeli atau penjual di mana kalau sebagai pembeli kita akan cakap "Bagi la diskaun, nanti saya datang lagi" dan sebagai peniaga pula kita berhadapan dengan pelanggan yang meminta demikian. Apakah cara terbaik untuk kita tangani perkara ini dan memberikan pulangan yang menarik kepada kedua-dua pelanggan dan pembeli.

Ini berdasarkan pengalaman aku satu ketika dulu, masa tu aku tengah berurusan bagi menjayakan satu projek dengan Menara KL. Projeknya ialah untuk menyediakan Point Of Sales System (POS) bagi setiap tenant yang menyewa di tingkat bawah Menara KL. Dengan itu mereka boleh monitor tahap jualan dari tenant kerana sering mendapat rungutan sales kurang. Natijahnya mereka mintak kurangkan sewa. Huhu! Macam biasa la dengan proposal bagai, itu ini, prototype (interface) dan cara perjalanan system yang lebih mudah difahami, dan system ini akan dibina sendiri.

Jadi, aku usha di Lowyat Plaza untuk mendapatkan best price bagi Cash Drawer yang bleh sambung ke PC. So tersangkut la di All IT Hypermarket. Ini cerita ntah berapa tahun dulu. Aku cuba mendapatkan harga terbaik bagi 10 unit cash drawer ni. Masa tu deal dengan sorang Mat Salleh yang jaga bahagian sales situ. Aku lupa dah nama. Agak berumur tapi penyabar. Satu harga telah dipersetujui dan aku berminat untuk beli dulu 1 unit untuk testing.

Di sini la bermulanya skill dan pengalaman yang aku pelajari dari Mat Salleh tu. Dia cakap yang satu ni dia akan bagi harga normal bagi satu unit dan tidak termasuk harga yang dipersetujui kalau beli 10. Tapi sekiranya aku jadi beli 10 unit tu nanti, dia akan diskaunkan semula 1 unit yang telah aku beli dulu ni dan bagi semula bakinya. Bijak kan?

Aku mula apply apa yang aku lalui ini bila mana ada seorang pelanggan mintak diskaun yang agak tinggi untuk sewaan meeting room / seminar hall, masa tu aku ada sebuah business center yang agak besar di tengah-tengah Kota Bharu, lebih kurang 4 pintu kedai. Pelanggan ni mungkin leader salah satu MLM dan disewa untuk meeting top leader sahaja. Dia kata bagi diskaun ni nanti dia datang lagi. So aku kata la saya akan bagi diskaun seperti yang dikehendaki, tapi kali ni harga ialah normal dan saya akan bagi balik duit dengan diskaun pada kali kedua dan diskaun jugak yang pertama ni. Cuma duit tu saya akan bagi pada kali kedua sewaan. Terkedu juga dia tu. Pastu memang tak datang pon.

Sama jugak dengan All IT tadi, aku tak beli pon lagi 9 unit tu. Projek dengan Menara KL tu gagal dicapai. Masa abis begitu saja. Lepas tu ada lagi beberapa deal tentang projek itu ini dengan Menara KL, semua gagal. Huhu! Business Center aku yang bapak besar tu pon gagal jugak, dua tahun jer sempat berada di tengah-tengah kesibukan KB. Selain sewa bangunan yang mahal sangat, walaupun mendapat sambutan hangat, tapi pelanggan bersungut mana nak letak kereta. Haha! Bodonya awal-awal aku tak fikir, lorat (rushing) sangat nak dapatkan premis. Bila nak sewa hall mestila ramai yang nak datang, tapi faham-faham la parking di KB.

Aku lalui banyak kegagalan untuk closed deal sebarang projek besar, termasuk Felda Plantation (System Pengurusan Pekerja Asing), IPK Kelantan (CCC / System Kawalan Bilik Operasi) dan beberapa big prospect lagi. Semuanya aku sempat masuk mesyuarat, jumpa key person tertinggi. Tapi mungkin tiada rezeki di situ. Aku belum merajuk dengan dunia ICT, cuma untuk satu big system aku agak sukar memberikan masa dan mengumpul balik team. Mungkin aku bleh sekadar jadi project leader, system flow dan idea menjadi kemahiran ku dan sebagai pemudah cara dengan programmer.

Bermacam ragam manusia aku kenal bila terlibat untuk satu projek ICT yang besar. Dicantas, diugut, bahkan cubaan merampas pun ada. Begitu rupanya.

Kini aku selesa dengan perniagaan warung makan aku. Alhamdulillah selepas raya ni rezeki nampak menaik dan mengharapkan momentum yang berterusan. Cuma aku harus berhati-hati dengan limpahan rezeki yang belum pernah aku kecapi sepanjang minggu ini dari hasil kedai makan aku. Semoga Allah kurniakan aku keberkatan darinya. Setelah mencapai satu target jualan yang aku harapkan, pelanggan terkebelakang aku diskaunkan sentiasa. Kasik bonus harian kepada pekerja agar nikmat limpahan rezeki itu dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment