Sunday, September 9, 2012

Yellow Tail Arowana

Akuarium 5 kaki aku akhirnya siap dalam masa 3 hari saje. Ditempah dengan salah seorang pelanggan aku setelah kedai yang aku tempah sebelum raya tak siap dan siap swoh pegi kedai lain kerana tak tau bila bleh buat, banyak kerja katanya. Walau harga naik sekali ganda dari RM50 ke RM100 aku berpuas hati dengan cermin yang lebih tebal dan berpenutup cermin gelap dan siap hantar ke rumah lagi pukul 12:30 malam!

Excited melampau aku menyiapkan segala motor, penapis, background, dan siap isikan air terus setengah akuarium walaupun dipesan oleh tukang esok baru bleh isi air. Alhamdulillah takde leaking apa-apa. Semua dah ready, akuarium punyalah bapak besar tapi ikan takde! Uwaa!

Hari Jumaat aku mencelah segenap Kota Bharu mencari arowana, hampeh kedai tentulah banyak tutup, aku singgah di satu kedai di Lundang, Kedai Akuarium Trafic Light sebelah Salamku. Ada dua ekor arowana kecik, harga RM180 sewaktu ditanya. Aku berdiri merenung tak bergerak kedua-dua ekor, hendap punya hendap, sekor tu besar sikit manakala sekor lagi kecik sikit dan siri bawah dia cacat. So aku tumpukan yang besar sikit. Besar pon aku rasa dalam 5 inci jer kot ni.

Mek tu kata ni jenis kuning, aku swoh bagi makan nak tengok dia kata takut nanti ikan muntah kalau you bawak balik. Erkk.. Dia pon bagi la udang kering sebab aku nak tengok juga cara dia ni makan. Tawar punya tawar memang tak bleh blah, dia berkeras jugak RM175. Lama jugak dan akhirnya jadi la aku beli. Sebelum ni aku mengidam 10" Hatchback Gold di Mudah. Cuma RM250 di Besut. Ada 5 ekor plak tu. Satu tawaran patut ambil. Tapi aku takde bajet hingga melebihi RM200. Ni pon abih reng doh, aku bajet cuma RM150. Maka aku buat balik la si kuning ni ke rumah. Mek tu dah pesan, nanti balik jangan bagi makan lagi, takut dia muntah sebab pening. Ok la mek.

Kos keseluruhan RM100 (Akuarium) + RM100 (Peralatan Akuarium) + RM175 (YT Arowana) = RM375.00. Campur tolak air, gi mari semua aku letak la RM400 untuk permulaan.

Ralik (asyik) duk perati ikan tu dalam akuarium besar. Kelakor plok tengok kecik jer tuannya. Tapi orang kata ikan akan cepat membesar bila duk dalam tempat besar. Harap begitu la. Dalam dua hari ni ikan dah pandai makan ulat yang masih ada arwah Tok Janggut dulu punya. Yang ni aku belum ada nama sesuai lagi. Tengah tunggu lagak dan apa-apa keistimewaan yang bakal terserlah.

Oh yer, petang aku beli ikan ni, malam tu kedai makan aku diserang pelanggan bagai nak gila. Ramai dan memecah rekod jualan selama ini. Pinggan gelas tak sempat angkat masuk pelanggan lain. Kelam kabut semua. Mujur majoriti yang datang tu pelanggan tetap. Ada jugak yang siap tolong alihkan pinggan gelas yang ditinggalkan. Terima kasih semua dan maaf kelam kabut. Ni kalau Cina mesti percaya ikan ni ada 'ONG'. Aku plak hampir terpengaruh beberapa percent kenyataan itu. Tapi sebagai orang Islam harus yakin dan sedar rezeki itu datang dari Allah. Mungkin dengan keberkatan hari Jumaat dan solat sunat Dhuha. Kalaupun disebabkan si ikan, mungkin itu keistimewaan yang Allah berikan kepadanya menjadi pembuka rezeki. Setiap benda di muka bumi ini tidak bersahaja dan ada tujuan masing-masing. Setiap benda di muka bumi ini juga ada kelebihan masing-masing yang Allah kurniakan.

Semoga Yellow Tail Arowana ini berkembang pesat, dan kuning engkau itu sila la terserlah yer!

2 comments: