Tuesday, September 25, 2012

Kain Cindai

Dua hari lepas sekali lagi dimurahkan rezeki dapat memiliki cebisan kain cindai sebesar tapak tangan cuma RM100. Aku tak pernah menyimpan angan-angan untuk menjadikannya sebagai koleksi, cuma tergerak hati bila melihat offer bagi cebisan kecil campur Cindai Jantan dan Cindai Betina yang telah dilaminate bersaiz lesen kereta yang cuma RM70.

Atas sumber yang dipercayai, aku contact la seorang anak muda yang berminat dengan barangan mistik ni dan dipelawa ke rumahnya. Kali pertama aku dapat sentuh kain yang agak berusia ini, bermacam saiz dan ada yang siap dibingkaikan sebagai koleksinya sendiri.

Bila dikeluarkan banyak-banyak tu aku berkenan kat satu cebisan yang agak kesat basah dan kasar tenunannya, sungguh menarik minat entah kenapa. Saje bertanya, kalau saya bajet RM100 agak-agak besar mana bleh dapat (lari dari hajat asal / yang ditawarkan bersaiz lesen kereta tu). So dipotongnya agak cantik, kene dengan corak. Harga offer sebab gori dia kata. Yang kecik-kecik tu akan dijualnya secara borong dan berlipat ganda harganya di pasaran. Cuba intai online, sebesar ibu jari pon dan seratus lebih orang jual. Dijamu makaroni bakar dan teh o.

Berkenaan mistik wallahualam. Pelaris perniagaan? Jauh sekali dalam fikiran. Sekadar berminat untuk dijadikan koleksi, sekurang-kurangnya anak muda kenal dan bleh sentuh rasa macam mana kain cindai seperti yang diperkatakan. Seperti yang diperkatakan kain cindai / sutera digunakan pakai orang zaman dulu ketika berperang memang ada betulnya dimana tidak tembus anak panah. Tapi bukan disebabkan mistik kain itu tapi kerana tenunannya.

Anak panah ni, hujung tajam dia bila masuk ke badan di kira satu mata yang tajam, tapi bila ditarik, maka dua mata yang tajam akan menikam kulit badan menyebabkan anak panah tidak dapat dikeluarkan bila terkena. Sama dengan mata kail. Masuk senang, keluar susah.

Jadi dengan mengenakan sutera / cindai di badan atau sebagai alas di bawah baju besi, anak panah akan tertusuk bersama kain tadi yang sukar ditembusi benda tajam, cedera tetap cedera, luka tetap luka. Jadi untuk tarik anak panah itu agak mudah dengan menarik kain sutera tadi tu dan meminimakan kecederaan. Itu pada fikiran aku.

Kain cindai juga dikatakan menjadi aksesori tambahan pada pakaian orang-orang istana.

No comments:

Post a Comment