Tuesday, September 18, 2012

Akuarium Arowana Jernih

Seminggu ni aku sibuk dengan arowana yang aku baru beli hari tu. Hari ni dah masuk 11 hari. Beberapa kali aku pening dengan air yang cepat keruh. Pelik bila dibandingkan dengan akuarium kenalan aku yang berdekad lamanya, ok ajer air dia jernih dengan satu pam. Hairan.

Dari sebiji filter dalam air (pump oksigen), kini dah jadi tiga filter dengan dua top filter. Alhamdulillah nampak perkembangan menarik walaupun masih tak capai piawaian yang aku nak macam yang guna filter bawah (tebuk akuarium) tu. Mungkin juga kerana akuarium aku ni kosong, tanpa ada sebarang batu / pasir kat bawah yang membezakan dengan akuarium kenalan aku tadi. Akuarium besar lebih kurang 5ft jugak, dia siap guna satu top filter ajer.

Masalah lain yang timbul, ada pantulan dari bawah akuarium. Kabinet tempat aku letak akuarium ni permukaan gelap, so macam ada cermin kat bawah. Bimbang jugak takut jadi "Droopy Eyes" (mata jatuh ke bawah). Kebanyakkan kes adalah disebabkan ikan selalu tengok ke bawah. Selain dari letak batu dan pasir, aku tertengok satu video kat YouTube, mat salleh tu lapik plywood cerah kat bawah akuarium dia dan urat-urat kayu pada plywood tu nampak macam ada pasir kat bawah. So ini jugak yang aku lakukan. Terpaksa kosongkan air dan angkat akuarium untuk lapikkan plywood tu. Sangat comel!

Aku rujuk 2-3 pemilik kedai ikan / akuarium. Dua Cina dan satu Melayu untuk khidmat nasihat. Uncle pertama swoh aku pakai filter / kapas yang ada tiga lapis tu. Kasar, halus dan ada arang kat tengah-tengah. Rujukan lain aku dapat dari internet, mungkin disebabkan dekat dengan tingkap. Jadi cepat cloudy. Mungkin juga. Takkan la nak kene beli UV filter pulok! Adeh. Setakat ni belum kritikal. Aku rasa dah ok dulu. Ada juga pendapat lain, kene biarkan dulu air, mungkin dia keruh sekejap sebab bakteria nak sesuaikan diri, nanti dia akan cerah.

Satu kedai accessories kereta yang aku kunjungi, ada dua akuarium 6ft dan ada arowana gergasi setiap satu. Kata tuan dia, 4 tahun tak pernah tukar air. Haha! Amekkau! Tukar air tak pernah, tambah air jer bila kurang. Kat situ aku nampak dia guna dua top filter. Manakala satu akuarium lagi dia guna filter mahal yang ada uv bentuk macam R2-D2 (robot Star Wars tu).

Oh, uncle Cina kedai akuarium mula-mula tadi tu, aku juga bertanya takpe ke masukkan air direct dari paip air tapi dah curah siap-siap anti klorin. Dia kata dia pon buat camtu kat kedai dia. Mana sempat nak sediakan air tanpa klorin dulu baru masuk akurium, you tengok akuarium banyak mana. Dalam hati aku, ko buat camtu takpe la, ikan tu nanti ko jual. Aku ni nak bela lama. Tapi last-last aku buat cara dia jugak. Ahaha! Insya Allah semoga ikan aku tak manja sangat. (Berdebar jugak sebenarnya tapi kesuntukan masa). So aku letak dalam 5-6 penutup anti klorin tu dulu sebelum hos getah dengan bangganya mencurahkan air dari paip. Uncle tu bagus bagi nasihat macam-macam lagi.

Nasihat aku juga, tak perlu beli filter yang beratus-ratus punya harga, ko pegi la tengok semua akuarium kat kedai ikan tu, satu pon takde pakai filter mahal. Bagi akuarium 2ft ke bawah memadai dengan satu filter yang guna span kat dalam tu bersama satu pam oksigen. Selain tu guna ajer top filter atau nak puas hati guna filter luar kat bawah yang ada 3-4 partition tu.

UPDATE TERBARU: http://insidetatz.blogspot.com/2012/10/update-akuarium-arowana-jernih.html

No comments:

Post a Comment