Monday, September 3, 2012

Bulan Kedua Bersama Blogspot

Baru ajer post entry sebentar tadi berkenaan Komunis, tak pasal-pasal tersebut Mat Sabu. Lepas tu tengok kat tepi blog, dah ada archive bagi September pulak. Tak sangka 20 entries sempat aku taip sepanjang Ogos. Dari pemerhatian aku, capaian ke blog ini ada la sikit-sikit terutama pada entry Dialek Terengganu. Saper nak belajar dan mendalami dialek Terengganu dan tersampai ke blog ni, aku sarankan, sumber terbaik nak dengar dialek Terengganu sepertimana dialek yang aku guna pakai sejak kecik adalah dari Ustaz Azhar Idrus. Cukup lengkap dialek dan penggunaan lenggoknya. Menepati standard dialek Terengganu original dari Kuala Terengganu.

Untuk pengetahun, dialek Terengganu tidak mungkin serupa di Kuala Berang, Besut, Jerteh atau sesetengah tempat yang bila bercampur dengan dialek dari negeri lain. Tapi yang UAI tu insya Allah menepati citarasa lidah aku.

Apa lagi tentang blogspot? Aku rasakan cukup ringkas dan sesuai bagi aku, cuma aku rasakan belum bersedia untuk dilepaskan identiti (yang aku rasa mungkin dah terbongkar). Tapi aku mesti bersedia ke arah itu. Aku masih belum berkesempatan memasukkan sebarang gambar dan mungkin belum lagi ke arah itu yang mungkin sedikit melambatkan urusan kemasukan entry terbaru.

By the way, kedai makan dah buka 31 Ogos 2012 yang lepas, kebetulan kene dengan hari Jumaat dan merdeka. Alhamdulillah permulaan yang baik. Pelanggan penuh.

No comments:

Post a Comment